Thursday, August 21, 2008

Mati

Pernah tak kita fikir bila kita akan mati? Tak pernah kan. Saya kena akui tak semua orang selalu fikirkan pasal mati, termasuklah saya.

Kadang2, kita tak sedar yang kita boleh mati bila2 masa dari sekarang pun. Saya boleh mati sebelum saya sempat habis menulis entry ni. Saya jugak boleh mati on the way back dari kedai mamak ni. Saya jugak boleh mati masa saya dah "selamat" sampai kat bilik. Semuanya bergantung kepada kehendak Tuhan yang Maha Esa, Allah yang Maha Kuasa.

Saya tak tahu bila saya akan mati. Tiada siapa pun tahu, melainkan Allah. Tapi, hakikat yang kita boleh mati bila2 masa, insyaAllah kita semua tahu.

Kenapa kita lupa? Ataupun kita yang buat2 lupa?

Sedih kan?

Ingatlah. Hidup kita kat dunia ni ada tempoh dia. Ada expiry date dia. Ada full-stop dia. Allah kurniakan setiap antara kita hati dan akal. Gunakanlah dengan amanah. Sebab kita cuma ada peluang ni sekali je.


Tuesday, August 19, 2008

Macbuku Jamil


Tersebutlah kisah di sebuah kampung di utara tanah air, tinggal seorang budak lelaki yang bosan. Beliau berasa sungguh bosan.

Iye, sungguh bosan.

Beliau sungguh dilema kerana berasa bosan sedangkan beliau tidak tahu apa yang perlu dibuat bagi menghilangkan kobosanan beliau.

Hendak dijadikan cerita, sedang beliau berjalan2 bagi menghilangkan kebosanan beliau, tiba2 beliau terjumpa sebuah kotak putih berbentuk empat segi, berukuran 13.3inch, berwarna putih serta mempunyai ukiran berbentuk epal di permukaannya.

"Oh, apakah ini?" detik hati beliau.

Disebabkan rasa ingin tahu yang begitu membuak di hati beliau, beliau mengambil keputusan untuk membuka kotak tersebut.

"Oh, ini sungguh menarik!" "Kotak ini boleh menukar muka aku menjadi lebih tampan!"

Sejak hari itu, beliau tidak lagi bosan!

p/s: This pic was taken using Jatak's Macbook (u owe me for this announcement Tak hehe).

p/s/2: By the way, just ignore this post. I was really bored at the moment i posted it! It's 1am in the morning and i just couldn't sleep at all. Maybe i should start counting the sheeps by now.

Entry untuk kakak dan Miqdad

Oho. Penatnya. Memang penat sangat. Hujung minggu lepas memang sangat penat. Banyak urusan pulak hehe. Sabtu lepas saya ke LCCT, menghantar Anun dan kawan2. Diorang dah nak konvo hujung minggu ni. Iyelah, memang musim konvo pun sekarang iye dak? Dan keesokan harinya plak (hari ahad), saya ke Semenyih untuk kenduri kahwin ex-classmate saya masa di SMAP Kajang dulu.

Em, dah kawin dah budak ni ye...

Bila ingat balik, cepat lah pulak masa ni berlalu. Dulu semua macam budak2 je lagi. Sekarang ni dah jadi isteri orang dah. Dah ada yang ada anak dah pun budak batch saya dulu.

Apa2pun, eloklah macam tu. Buat apa tangguh lama2 kan? Eloklah kahwin cepat2, lebih berkat, dan takde rasa serba salah dah insyaAllah. Kadang2 saya pun tak paham dengan masyarakat melayu kita. Bila sebut pasal kahwin awal/kahwin masa belajar, mesti banyak persepsi negatif yang diorang bagi.

"Amboi, dah gatal nak kahwin ke...."

"Kerja2 la dulu....jangan duk pikir nak kawin je..."

Iye, saya tak pernah nafikan kahwin ni bukan untuk suka2. Kahwin datang sekali dengan tanggungjawab. Bila dah kawin, banyak perkara yang kita kena pertimbangkan, tak boleh buat macam masa bujang dulu.

Saya tahu semua tu. Dan kita semua pun tahu.

Pada saya, yang penting pastikan kita tahu kenapa kita nak kahwin. InsyaAllah kalau untuk dapat keredhaan Allah dalam hubungan kita, Allah akan permudahkan niat murni kita. Kahwin bukan kerana dah gersang. Kahwin untuk cari keberkatan dalam hidup. Dan keberkatan datang daripada keredhaan Allah. Itu yang penting untuk kita tahu.

Jangan takut dengan tanggapan masyarakat kat kita. Tapi takutlah dengan imej negatif kita di depan Allah. Kenapa perlu jaga hati masyarakat lebih daripada menjaga murka Allah.

Pikir2kan lah.

Wednesday, August 13, 2008

Pemberitahuan

Pemberitahuan?

Entahlah, saya dah taktau nak pilih tajuk apa. Apa2pun, cuma nak bagitau berkenaan majlis kaklong haritu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar ;] terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang; Jamil, Not, dan Hadi Amin. Jangan lupa bayar untuk makanan haritu, aku tak cakap boleh makan free tau ;D

By the way, gambar2 majlis dah siap. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya uploadkan ke blog ni. Nanti saya mintakkan dengan kaklong.

It's been a while..

Em, lama betul tak update blog ni. Sibuk sikit sejak masuk tahun klinikal ni. Takdan nak menulih2 ni hehe.

Ikut hati rasa macam nak menulis.

Tapi takde idea lah pulak.

Tapi nak menulis.




p/s: Chantek! Dah siap satu entry. Okay, boleh publish dah!