Tuesday, May 19, 2009

Monday, April 20, 2009

Buat kawan2 kesayangan hamba

Seperti mana kawan2 yang lain yang kehilangan mood menulis blog, saya jugak tak terkecuali. Macam2 salah faham dan perselisihan faham yang berlaku dua tiga hari ni, pada saya antara punca utama. Saya tak maksudkan kawan2 saya yang lain, tapi kawan2 terdekat saya, yang saya sayang, yang saya suka berkawan dengan diorang selama ni - kawan2 16 kerat student lelaki 4th year (bakal 5th year insyaAllah) FPSK Usim.

Iya, ibarat membuka pekung di dada, saya memang sangat kecewa dengan keadaan sekarang. Saya tak pasti apa pandangan orang luar terhadap kitorang - baik ke, buruk ke, - tapi, apa yang pasti, kami tidak serapat dulu.

Tak semesra dulu.

Dan teramat menipulah saya rasa kalau saya kata saya tak sedih. Kawan2 yang kita dah kenal selama 5 tahun, yang kita sayang, yang kita tak suka mengumpat dan mengutuk belakang dia walaupun kita tahu yang dia tak tahu (tapi Allah tahu), yang kita seboleh2nya nakkan hubungan ini kembali mesra, macam masa Tamhidi.

Memang betullah macam orang kata, Tamhidi time paling best.

Time kita masih tak berapa matang.

Tapi, itulah time masa hubungan kita paling jujur, sekurang2 itu kata hati saya.

Orang akan berkata macam2. Dan akan berprasangka macam2. Sampaikan kekecewaan saya ini terpaksa diluahkan kepada seorang teman.

"Cok, kalau kita jujur, orang akan tahu cok"

Saya tahu, dan saya setuju. Tapi, jujurkah saya? Walaupun kita cuba yang termampu, tapi tak bermakna ketermampuan kita itu dah menjadikan kita jujur. Mungkin saya menjengkelkan di mata sesetengah kawan. Dan hanya permohonan maaflah yang saya pinta.

Andaikata Pecok yang korang kenali selama 5 tahun ini hanyalah kepura2an bagi korang, apalah yang mampu saya lakukan. Andaikata Pecok yang korang lihat berlaku perubahan dalam dua tiga menjak ni menjadi rujukan, hanya senyuman dan maaf yang mampu saya pohonkan.

Saya tidak minta untuk saya disukai. Tak seronok bila diri disenangi tapi kawan dibenci. Saya lagi rela kalau kawan2 15 orang ni berkawan rapat dan pinggirlah saya seorang diri, itu lebih menggembirakan hati saya. Saya sentiasa berminat untuk melihat kita semua berkawan kembali, macam dulu.  

Jomlah kawan2, kita berubah. Dan sampai masanya untuk kita berbaik. Saya merindui kawan2 saya. Kawan2 yang telah lama meninggalkan saya, samada zahir atau batin, samada sedar atau tidak.

Saya tahu - sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Andaikata 15 orang terlalu sukar untuk kita puaskan, korang tolaklah Pecok dalam list tu. Usahakan 14 orang tu dulu.

:]

Sunday, April 19, 2009

Hepi Besday Jatak!

Oh, dah ramai kawan2 yang post entry pasal Besday Jatak (padahal saya baru baca entry oleh Awe dan Mokchique). 

Ada satu perkara sebenarnya yang buat saya terfikir.

Kenapa orang kata Jatak tak suka senyum? Eh, tak pernah lah pulak saya terfikir macam ni. Jatak selalu je senyum kat saya. Takkanlah selama ni saya misinterpret bibir jatak yang blur sebagai senyuman ikhlas seorang kawan.

Ko tak selalu senyum ke tak?

Saya tak rasa macam tu :] Pada saya, Jatak seorang yang suka senyum. Taktau lah kalau sebenarnya Jatak senyum kat orang lain kat belakang saya, ataupun tersenyum sendirian memikirkan perkara2 lucu. 

But, he did smile. And he smiles a lot.

Manusia tersenyum bila hatinya tenang. Bila dirinya gembira. Itu fitrahnya. Tak ada orang yang bermasam muka bila dapat straight A dalam exam, dan tak ada pulak orang yang tersenyum bila ibubapanya baru sahaja dibunuh. 

Perasaan suka dan sedih itu memang fitrah manusia. Instead of kita mempersoalkan kenapa kawan kita tak senyum, alangkah baiknya kalau kita gembirakan hati dia. Tak perlu jenaka2 kosong. Kalau kita tak mampu nak bergurau dengan cara yang dibenarkan islam, saya percaya, cukuplah dengan menenangkan hatinya, itu dah lebih daripada memadai, insyaAllah :] 

Berjenaka dan bergurau ada cara dan batasannya. Saya sendiri pun selalu keterlaluan dalam bab bergurau. Maafkan saya andai ada kawan yang kecik hati. Memang ada pun. Dan saya minta maaf. Lebih baik kita menjadi lebih pendiam, daripada menjadi ceria tetapi menyakiti hati kawan. 

Wallahu'alam. 

Hepi Besday Jatak :] May Allah bless you. 




Seronok senyum bersama Jatak :] 

p/s: oh, kenapa aku sungguh lucu dalam gambar2 itu huhu

Wednesday, April 15, 2009

Liverpool vs Chelsea

Oh uh.

Penatnya mata. Nilah akibatnya bersengkang mata sampai pukul 4.30am semata2 nak tengok match Liverpool vs Chelsea (2nd leg, quater final CL).

Padan muka saya.

Masa hantar Aya ke sekolah dalam pukul 7.15am pagi tadi, risau la jugak sebab saya rasa saya macam separuh sedar je tadi. Walaupun dah mandi ala kerbau dan sempat makan bihun goreng dan seteguk teh, tapi jelas - saya masih mengantuk!

Apa2pun, Liverpool seri semalam 4-4. So, Chelsea lah yang akan ke semi-final lawan Barca ;] Sedih? Ada la jugak sikit2. Tapi, puas hati sebab dah fight till the end ;] 

Lepas ni nak sokong apa ek?

p/s: Not, Aurelio ko score free kick cantik semalam hehe

Thursday, April 9, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 27!

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ini saya tujukan khas buat dua insan yang penting dalan hidup saya, dua orang yang paling saya cintai selepas junjungan besar kita Rasulallah s.a.w., dua insan yang tak pernah jemu menyayangi saya, tidak pernah penat menggembirakan saya, dan sentiasa bersabar dengan kelemahan saya.

Insan-insan ini, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa mereka. Andai saya diberi hidup oleh Allah untuk hidup seribu tahun sekalipun, insyaAllah hati tetap takkan berasa puas menyayangi mereka. Dan disayangi mereka. 

Ma, Abah, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 27! ;] Iz doakan ma dan abah berbahagia sepanjang hayat. Moga Allah tempatkan ma dan abah di kalangan orang2 yang Allah redhai, dan dipertemukan semula di syurga Allah yang kekal abadi.

Maafkan iz atas kelewatan ini. Hero tunggal ma abah ni tetap macam dulu. Kesian ma abah. Maafkan iz...... Bukan niat di hati untuk membuatkan ma abah tertunggu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa cintaku padamu. 


Love of my life

Aduh..memalukan

Gambar Berita Harian Online

Aduhai penyokong Kelantan ni...tak habis2 buat hal....

Penatlah macam ni. Sepenat2 saya dan Abu menunggu match bola Liverpool vs Chelsea kat Bistro pukul 1.38am ni, penat lagi memikirkan benda ni. (Penat lagi abang mamak tu menunggu kitorang balik, asyik duk melepak guna internet je ni)

Saya orang kelantan. Dan saya juga penyokong pasukan bola sepak kelantan. Tapi, kejadian membakar trak polis kat Stadium Sultan Mohamad 4, Kota Bharu semalam memang takleh diterima.

For whatever reason sekalipun; referee tak adil ke, pemain N.9 main kasar ke, there is no way that you should burn a police's truck!

Mengarut. Tak matang. Dan fanatik tak bertempat. Kesian Abu kena menjawab soalan2 panas dalam blog Kelate.Net (Abu salah seorang forumer aktif di website tersebut)

Kadang2, kita akan ada rasa marah. Akan datang rasa tak puas hati. Tapi biasa lah tu, menang kalah kan dah adat bertanding. Payah bila kita letakkan emosi lebih tinggi daripada pertimbangan iman. Daripada pertimbangan akal. Bila ada ketidak puashatian, kita ada saluran untuk sampaikan. Kalau tak tahu macam mana nak salurkan kat pihak yang berwajib, buat cara yang lebih senang.

Balik rumah, amik wuduk, pastu solat sunat dua rakaat. Baca Al-Quran sekejap. Minta moga Allah lapangkan dada, tenangkan hati. Pastu tidur. InsyaAllah masalah selesai.

Cara ni lagi simple, lagi murah dan selamat. 

Tak payah ajak orang kampung nak angkat trak polis secara gotong royong, kemudian bakar dan memalukan orang Kelantan!

Kalau dah kemaruk sangat nak membakar, kayu2 dan daun2 kering kat depan rumah aku kat kampung tu banyak. Meh tolong bakar meh.

Friday, April 3, 2009

Liverpool VS Fulham

Hari Ahad, Jam 1.30am.

Not, jangan lupa sokong F.Aurelio. Aku sekarang dah sokong Benitez, ops, Reina.

;]

Maaf

Assalamualaikum w.b.t.

Ya Allah...apa aku nak tulis ni...

Dah dekat 20 minit saya depan laptop ni. Jam dah pukul 2.53am, mata pulak tak mau tutup2 lagi. Aduh, ni mesti penangan air Coke Burger King tadi. Itulah, beli barang boikot lagi. Padan muka. 

Saya buntu. Otak tak jalan. Idea dah hilang. Banyak benda sebenarnya yang bermain kat kepala ni. Fikir pasal exam, pasal study, pasal rumah kaklong, pasal kawan2, dan pasal diri sendiri. 

Ya Allah, napelah aku duk risau sangat dengan segala macam perkara ni. 

Kadang2, saya kesal dengan diri sendiri. Sukarnya diri nak memaafkan orang. Sedangkan empunya diri pun tidak sempurna. Tidak mulia. Untuk meminta maaf perlukan kekuatan. Tapi saya tak sangka, walau hanya untuk memaafkan orang pun, hati terasa berat. Sedangkan, kita tak tahu pun dia betul2 bersalah atau tak. Mungkin sebaliknya. Wallahua'alam. Kita mungkin rasa diri kita betul. Tapi kita tak pasti. Boleh jadi kita silap. Astaghfirullah hal 'azim. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

Andai saya yang bersalah, saya mohon seribu kemaafan. 

Mungkin nilah sebabnya hati tak tenang.  

Rumah kaklong

Assalamualaikum w.b.t

Penat plak rasa badan ni. Dua tiga hari ni, saya, kaklong dan cekda tak habis2 ke hulur ke hilir siapkan rumah sewa baru kaklong. Majlis solat hajat dan bacaan Yasin akan dibuat insyaAllah pada hari sabtu malam ahad (lusa), jadi nak tak nak kena selesaikan hal rumah sebelum tu. Esok (jumaat), insyaAllah abang ipar saya akan balik dari Labuan. Harap2 dia seronok naik rumah baru ;] 

Setakat ni, hampir 90% dah siap. Perabut2 basic dah beli. Cuma peralatan elektrik macam tv dan peti sejuk belum lagi. Disebabkan saya free esok, kelas takde, jadi kitorang bercadang nak pergi cari tikar getah untuk wet kitchen kaklong. Harap2nya, segalanya berjalan lancar. Ameen.

p/s: ma sangat excited nak melawat rumah kaklong. Kalau cuti sekolah tak habis lagi, kompem ma dah datang KL dah hehe ;]

Tuesday, March 31, 2009

Saya bukan yang terbaik

Kawan. Senang nak cari, tapi susah nak kenal. Luarannya baik, dalaman kita tak tau. Di depan kita senyum, di belakang kita, hanya Allah yang maha mengetahui.

Bila duk browse2 blog2 kawan tadi (saje meluangkan masa kat Bistro sambil minum teh-o-beng), terjumpa blog Unwitting Self.

Eh, sape ni? Nama macam adik aku Wit je. Eh bukan, ni member sekelas ni. Budak perempuan. Tapi sape? Em, biarlah, baca jelah blog dia.

Ada satu part dalam entry dia yang wat saya tertarik. Entry pasal kawan. Pasal betapa kita semakin tak memahami kawan bila dah lama bersama.

Termenung saya sekejap. Betul tu 'Wit', sangat betul.

Kadang2, saya pun pernah rasa macam tu. Saya pernah ada perasaan tu setahun yang lepas. Tapi, bila hidup dah sibuk, kadang2 tak teringat dah. Tapi, semenjak dua menjak ni, perasaan tu datang balik.

Aduh. Apahal la aku ni. 

Kadang2, kesian kat Not. Not selalu cakap, eh cok, nape ko nampak stress ni? Saya tau Not bergurau, tapi gurauan dia ada makna.

Saya tak stress. Saya kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan kawan2. Susahnya nak ikhlaskan diri. Susahnya nak mengenal budi. Dan, susahnya nak percaya kat orang lain.

Kadang2, kita dah ingat yang kita dah teramat kenal hati budi seseorang. Dah tau baik buruk dia.

Sedih. Bila anggapan kita salah. Sedih - bila kawan yang kita kenal tak seperti yang kita sangka. Rasa dikhianati. 

Tapi, apalah yang mampu saya buat. Saya pun, bukanlah orang yang terbaik. Kadang2 rasa jugak segan di hati, macam la aku ni cambest sangat. Ya Allah, lindungi lah aku dari sifat riak dan takabbur. Dari sifat2 bersangka buruk. 

Sorry for everything. 

p/s: bukan niat hendak mengadu, bukan niat mencari gaduh. hanya luahan hati, kepada diri sendiri.

Peace ;]



Back

Assalamualaikum w.b.t

Maaf. Kerana lama tak update. Tak ada mood sikit sejak akhir2 ni. Bila terasa nak start menaip balik (sebab dah terlampau bosan di Tampin), internet pulak yang takde. Aduh. Nak pinjam broadband kawan - tak sampai hati sebab dah ramai yang pinjam. Nak beli broadband sendiri - duit pulak yang takde. 

Takpelah, apa2pun, I'm back. Taktau lah akan aktif ke tak. Tak berani nak bagi jaminan. InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.