Showing posts with label kelate. Show all posts
Showing posts with label kelate. Show all posts

Wednesday, May 7, 2008

Kelate Come Sokmo

Terlanjur saya menceritakan betapa saya amat menyenangi pimpinan kerajaan ulamak di Kelantan, mungkin ada yang terfikir - bakpo sayo syg benar ko negeri kelate nih?

1. Tiada lagi kedai judi. Bermula 23 oktober 1990, penghapusan lesen judi kepada 17 buah kedai SPORT TOTO dan 2 buah kedai Empat Nombor Ekor di Kota Bharu telah dilaksanakan.

2. Menutup aurat dan berpakaian sopan. Arahan berpakaian menutup aurat bagi semua pekerja wanita Islam dan berpakaian sopan bagi bukan Islam di semua premis perniagaan telah diperkenalkan pada tahun 1991.

3. Tiada iklan tidak menutup aurat. Larangan menggunakan gambar model wanita yang tidak menutup aurat telah disyaratkan bagi semua papan iklan termasuk billboard, sepanduk, banting dan poster.

4. Kuliah Jumaat oleh MB sendiri. Jalan Dato' Pati di Kota Bharu ditutup pada setiap pagi Jumaat bagi memberi laluan kepada ceramah agama mingguan oleh MB. Saya tak kata MB lain tak buat macam ni. Cuma saya kata MB Kelantan sekarang memang buat. Dan bagi saya, bukan senang nak ada peluang macam ni.

5. Menghormati waktu solat. Arahan memberhentikan perniagaan pada waktu solat Jumaat di pasaraya dan 15 minit sebelum Maghrib kepada setiap pasar malam dilaksanakan. Saya pernah ingin membeli makanan di pasar malam Kubang Kerian masa dekat waktu Maghrib tapi dijawab "takleh jual doh dik, lepas maghrib baru sambung".

6. Penggunaan tulisan jawi. Di Kelantan, tulisan jawi ditulis pada setiap tanda nama jalan, bangunan dan semua bentuk iklan. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, tapi apa-apapun, saya tetap suka. Bila lagi nak martabatkan tulisan jawi betul tak. Kalau nak jumpa TESCO dengan tulisan jawi, datanglah ke Kelantan ;]

Inilah antara serba sedikit yang mampu saya tulis. Banyak lagi kalau nak ditulis kesemuanya.

Beris.....

Di beris, tepi rumah nenek

Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ini, saya semakin suka pada kampung. Maksud saya, saya suka pada suasana, kedamaian dan kehidupan di kampung. Sebelum ni pun, bukanlah bermakna saya tidak suka, tapi perasaan itu tidaklah kuat seperti sekarang. Mungkin jiwa saya jiwa kampung agaknya. Bila saya cakap nak buat rumah kat Beris (ie kampung sebelah mak) bila besar nanti, orang yang paling gembira dengar ialah nenek.

“ada jugok cucu nenek hok nok duk Beris” kata nenek. Sejuk hati saya. Iyelah, cucu mana yang tak seronok tengok nenek dia gembira.


Apa-apapun, kampung Beris ni pun kampung saya jugak. Ma pun pernah cakap nak buat rumah kat Beris nanti, lepas pencen. Jadi, kalau saya duduk di beris, adalah jugak orang yang tolong tengok-tengokkan ma dan abah. Lagipun, best apa duk beris! Kalau balik kampung dengan adik-adik, kitorang selalu melencong ke Pantai Irama dekat Bachok. Seronok. Dapat tengok laut, lepak tepi pantai sambil ambil angin, duduk borak-borak sambil makan ‘satay ikan’ dengan kuah pedas atau manis, dan kalau wallet berisi, boleh lepak dekat gerai yang ada di sepanjang pantai tu; makan keropok, ikan celup tepung, kerang, ketam dan minum air kelapa. Best!

Minum-minum di Pantai Irama

Saya tak nafikan, tinggal di Kubang Kerian pun seronok. Tapi, Kubang Kerian sekarang bukan macam zaman saya sekolah rendah dulu. Dah penuh sesak. Rumah dah makin banyak, kereta pun penuh, kedai-kedai tumbuh macam cendawan lepas hujan, sampaikan kami pun dah naik rimas. Cuma satu je, Kubang Kerian ni penuh dengan kenangan kami satu family. Dah lebih kurang 12 tahun kami tinggal kat sini. Banyak sangat kenangan yang berlaku kat Darul Hannan, rumah kesayangan kami. Tak mungkin saya boleh lupakan semua tu.

InsyaAllah, kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki, mungkin saya akan menetap di Beris. Semuanya bergantung kepada rezeki dan keizinan daripada Allah.

Alkisah saya dan budu

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya tak makan budu. Padahal, saya ni orang kelantan, mak ayah pun orang kelantan, dan sekarang pun saya menetap di kelantan. Ramai dah yang tanya, itu yang saya pelik tu.

Senario 1:

B: weh, nape ko tak makan budu ek?
F: kenapa aku kena makan?
B: ko kan orang kelantan.
F: oh okay =.="

Senario 2:

F: Makcik, bagi nasi kerabu tanpa budu satu ek. Bungkus ye.
M: Adik tera la budu ni..sedap dik......adik oghe mano?
F: Saya orang kelantan makcik.
M: HAH! oghe kelate pun tok make budu?
F: Er....................

Jadi, untuk menjawab persoalan ni, saya ada fikirkan 5 sebab yang mungkin menjadi faktor kenapa saya tak makan budu:

1. Genetik
2. Persekitaran
3. Pengalaman buruk
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Kekangan masa

Tapi,

Kalau nak kata sebab genetik, mak ayah saya dua2 makan budu. Datuk dan nenek pun makan budu. Siap nenek pandai buat budu sendiri lagi. Moyang saya pun makan budu!

Jadi,
1. Genetik = REJECTED!

Kalau nak kata sebab persekitaran yang tak membantu, saya rasa satu family saya makan budu. Kecuali saya dan Wit. Abah dan Ma suka makan budu. Kaklong gila budu. Kakak kaki budu. Aya pemakan budu. Adik syiham pun makan budu!

Jadi,
2. Persekitaran = REJECTED!

Kalau nak kata saya ada pengalaman buruk masa makan budu, untuk pengetahuan semua, saya tak pernah try pun lagi budu ni sebenarnya! Kalau tak pernah makan in the 1st place, macam mana nak ada pengalaman buruk?

Jadi,
3. Pengalaman buruk = REJECTED!

Em, pengaruh rakan sebaya logik tak? Jap-jap saya fikir, Aqim makan budu, Hadi pun makan, Awe dan Jatak pun makan. Bear (room-mate saya) yang asal dari Penang pun peminat setia budu! Baiklah, saya rasa boleh agak apa jawapan dia.

Jadi,
4. Pengaruh rakan sebaya = REJECTED!

Kekangan masa? Hish, mengarut!

5. Kekangan masa = REJECTED!

Aduhai, semua kena reject ni. Entah bila saya akan dapat jawapan ni. Mungkin saya cuma mengalami buduphobia je kot! Apa-apapun, kepada penggemar budu di luar sana, nikmatilah video ini:

Restoran Nasi Ulam

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Sempat lagi saya merasa makan di Restoran Nasi Ulam. Sebelum balik ke KL haritu, ma dan abah bawak kami sekeluarga makan tengahari kat sini. Saya pernah tulis entry mengenai MegaKeli, jadi memang saya terkejut bila sekali lagi saya ditemukan dengan ikan keli tersebut. Huhu.

Teringat yang saya tak pernah tulis alamat restoran ni masa entry haritu, saya risau kot-kot ada yang berminat nak pergi tapi tak tahu kat mana. Jadi inilah alamatnya:

Restoran Nasi Ulam, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dekat dengan Taman Orkid Tg. Anis.

Haritu, kami makan seekor megakeli, sepinggan gulai pedas ikan keli, satu paha ayam goreng, sepinggan ulam-ulaman (termasuk ikan tawar, budu, tempoyak etc), dan sayur masak putih (masak lemak/santan kalau tak silap saya). Semuanya RM 24 ringgit sahaja termasuk satu jag air sirap bandung dan lima pinggan nasi!

p/s: Entahlah kenapa saya promote kedai ni. Tak dapat diskaun pun sebenarnya haritu. Hehe. Takpelah, sekurang-kurangnya, dapat juga saya promote Tahun Melawat Kelantan (kempen yang direka sendiri).

Guano huduh gitumo ni?

Pantai Irama

Sedih.......Pantai Irama dah tak seindah dulu....... Tapi apa nak buat, manusia jugalah yang menyebabkan semua ni. Kelompok manusia yang tidak tahu menghargai betapa indahnya alam ciptaan Allah yang Maha Agung. Kelompok mereka yang tidak tahu untuk mensyukuri nikmat yang ada di depan mata. Saya pun bukanlah orang yang baik. Tetapi tak salah kiranya kita mulakan bersama. Jaga nikmat yang Allah bagi sebaik yang mungkin kerana ini adalah amanah ke atas kita selaku khalifah di muka Bumi.

MegaKeli


Inilah ikan keli yang paling besar pernah saya makan. Kalau tak silap saya, restoran ni namanya Restoran Nasi Ulam. Sesape yang suka makan ulam (dan ikan keli besar), bolehlah datang mencuba =] Silalah datang ke Kelantan dan saya boleh jadi pemandu pelancong anda semua (jangan lupa upah ye).

Harga? Em, lupa la pulak. Tapi jangan risau, seekor ikan keli ni pun dah cukup untuk satu family insyaAllah =]