Thursday, May 29, 2008

Hari Ke - 2

Eii..countdown ni makin dekat. alamak..Sebenarnya time menulis je terasa debarannye. sbb yelah countdown number tu asyik nampak kan. Time lain kaklong buat xpikir je hehehe..Hari ni cikgu esayangan kaklong mase sekolah rendah dulu datang melawat sebab dia tak dapat datang hari besar kaklong. Takpela cikgu, datang bkn time majlis pun dah cukup buat kaklong terharu. Dapat hadiah besar plak tu. tak taula ape sbb tunang kaklong suh tunggu bukak smuanya ngn dia.

The whole day hari ni dihabiskan di spa. Habis merah hidung kaklong sebab dia keluarkan blackhead. sakit... Pakej pengantin kat sini dlm rm230 full body.dari hujung rambut ke hujung kaki. sampai tunang kaklong call, hai lamanya..hehe Best tapi memandangkan kaklong tak biasa kene urut, jadi terasa la penat skit lepas balik tu. Yg bestnye wangi!!hehe adik2 (syiham dan aya) tak habis2 cium dan pegang2..wangi katenya. So kepada bakal pengantin yg lain, sila lah pegi.wangi dan best...see u all esok utk laporan terakhir..

Hari Ke - 3

Tinggal 3 hari je lagi sebelum kaklong jadi isteri orang. Sekarang rasa sayu la plak. Kaklong ni susah skit nk berdebar awal2. Kawan2 slalu tensen sebab tak berdebar sgt awal2.hehe Slalunye dh dekat sangat2 barula rase. Kaklong bukannye tak berdebar langsung tapi selagi bukan big day, taknak la mengerabut kan fikiran dengan debaran. Memang camtula perangai.hehe Kita tunggu debaran sehari sebelum ek..camne la plak.

Tapi bila dh dekat2 nak kawen ni..org yg paling kaklong kesian ialah mama dan abah. Ke sana ke mari just to settle things and to be sure everything for my wedding goes smoothly. Terima Kasih mama abah. tak tau macam mane kaklong nk membalasnya sebab jasa ibu bapa ni, tak ternilainya. Kaklong takkan lupakan..sayang mama abah. (hehe pegi tulis luahan perasaan plak..ok2 skit je)

Dalam sibuk2 tu, hari ni dikunjungi oleh caterer2 utk wedding kaklong. Untuk malam nikahnya menunya ala2 kampung dan keesokkan time kenduri makanan kenduri. Harap2 semuanya berjalan lancar. tolong doakan ye semua!!

Hari Ke - 4

Wah takutnye..sudah tiggal 4 hari lagi! Macam tak bley bernafas plak.hehe hari ni, Ayah Cik sekeluarga datang berpiknik di rumah kami. Smua ada, jadi sgt meriah la. Lago2 la Chik (wife Ayah Chik) masakkan nasi kerabu. Best...tapi kaklong mane bley makan nasi malam2 kan.makan esok jela nasi kerabu tu.

Chik dan Kak Nor (kakak sepupu) datang tengok hasil kerja hantaran kaklong buat ngn baju2 kaklong.kaklong malu la nak post kat sini.nanti lepas kawen la ye. hantaran tu tinggal nak kene touch lagi..

Oh ye, belah petangnya pelamin dan arch kawen dh siap dipasang. wah, makinla terasa debaran hehe..tinggal fresh flowers jela yg tak diletakkan lagi..jupe hari ke 3 plak.

Hari Ke - 5

Maaf dipinta kepada izz dan semua kerana tak bersempatan mengambung penulisan countdown ni utk beberapa hari. If only izz was here. Laporan hari ke 5 ni dimulakan dengan kerinduan kepada izz.hehe jgn geli ben long tulis begini hehe..ari ke 5 ni kami mula merindui faiz.yelah dia duk rumah sebulan, mane2 mesti pegi ngn dia. mase menghantar syiham ngn aya ke tusyen nampakla burger stand yg kami selalu singgah teringat plak ke faiz (oppss kaklong tak beli burger, izz je hehe)

oh makin menakutkan..5hari saje lagi.hari ni kaklong ambik nenek.nenek nak dtgla tengok persiapan kaklong.kaklong ngn nenek with aya siapkan masukan barang untuk tetamu.fuh...penat je akhir2 ni.bertahan long hehe

Sunday, May 25, 2008

Hari Ke 6

Meneruskan legasi yg faiz amanahkan kepada kaklong ini, jadi dengan ini kaklong akn meneruskan episod dairi hari yg ke 6..sian ke izz(faiz) tak dapat updates nanti..hehe

Countdown hari yg ke 6 dimulakan dgn episod kaklong mengambil bibik di rumah nenek. Kami pinjam bibik nenek untuk beberapa hari bagi melancarkan kerja2 mengemas dan mencantikkan rumah. Al maklumlah tak mampu kaklong nak menyelesaikan semuanya bersorangan tanpa bantuan kan..hehe lepas ambik bibik, kaklong, mama dan abah pegi membeli belah barang2 yg masih tak setel lagi. kaklong ngan mama beli brg2 utk hantaran semetara abah setelkan beli paperbeg yg tak cukup lagi.

Memandangkan kaklong memakai seluar jadi tidak seswai utk ke kenduri. jadi mama dan abah drop off kaklong utk membeli bunga telur dan bunga di SSF sementara abah mama pegi kenduri. Memang memenatkan keluar seharian berjalan membeli belah. so malam tadi kaklong tidak bersempatan menonton Konsert Akhir AF6.takpela ade ulangan kan..oh ye, sebelum balik dari beli belah abah mama beli baju batik utk adik2 lelaki mama abah..tema gold la katakan hehe.

Sekian laporan hari ke 6..jupe esok pulak..

Saturday, May 24, 2008

Pemberitahuan

Pagi2 esok, insyaAllah saya akan bertolak ke KL. Aduhai, dah habis dah cuti saya. "Mood" cuti dah perlu ditukar balik kepada "mood" belajar lah nampaknya.

Apa2pun, berkenaan dengan entry countdown "15 hari terakhir bersama Kaklong", saya mungkin sudah tak berkesempatan untuk menulis. Lagipun, saya memang takkan mampu untuk memantau kaklong di rumah. Tapi takpe, mujur kaklong offer diri tadi untuk sambung tulis ;)

InsyaAllah, bermula entry "Hari ke - 6" dan seterusnya, akan disambung oleh kaklong.

Kepada kaklong: Jangan tulis entry politik udah la ye! ;D

Friday, May 23, 2008

Hari ke - 7

Harini, genap lagi seminggu sebelum tarikh perkahwinan kaklong. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Harapnya, majlis perkahwinan kaklong akan berlangsung tanpa sebarang masalah ;)

Esok jugak, saya akan bertolak pergi ke KL dah. Drive dengan Aya dan adik. Elok jugak, takdelah saya bosan dan mengantuk sangat nanti. Sesi semester tahun 4 akan start hari Isnin, 26hb Mei.

Em, kejap je cuti sebulan saya.

Kalau tak ada aral melintang, saya akan balik pada malam 30hb Mei nanti. Masa malam kaklong diakad nikahkan. Maknanya, pagi esok pagi terakhir lah kot saya jumpa kaklong sebelum kaklong jadi isteri orang. Mungkin hidup kami takkan sama macam dulu dah. Iyelah, kaklong dah jadi isteri orang, tak boleh dah dia nak jadi keanak-anakan dan bergurau macam sekarang. Tapi, apapun, saya positif yang perubahan itu adalah perubahan ke arah hidup yang lebih baik ;) Kalau kami rindu kaklong sangat, kami mintak je lah kaklong datang melawat iye dak ;)

p/s: Biarlah bakal anak saudara saya nanti je yang keanak-anakan sebab memang dia kanak-kanak pun. Kaklong dah kena bersara! ;D

Thursday, May 22, 2008

Hari ke - 8

Adoi, letih betul pergi shopping barang kahwin kaklong dekat Rantau Panjang pagi tadi. Dah lah malam semalam tidur lambat tengok MU vs Chealsea, memang mengantuk betul drive tadi. Sekarang ni saya kena bawak kereta hati2, nanti bakal suami kaklong marah. Hehe.

Apa2pun, puas hati jugak lah dapat selesaikan beli barang untuk majlis kaklong. Banyak jugak yang kitorang beli. Antaranya termasuklah; dulang, reben, bunga mangga, beg kertas, beras dan jugak jersey MU. Dua benda yang terakhir tu untuk kegunaan keluarga kaklong dan adik lelaki kaklong bernama Faiz. Tiada kena mengena dengan majlis kahwin kaklong ;)

p/s: Maaflah, saya agak mengantuk sedikit malam ni. Dah tertidur pun tadi sebelum bangun balik. Semua gara2 Champions League!

Wednesday, May 21, 2008

Hari ke - 9

"Tiba2 kaklong rasa takut pulak nak kahwin..huhu" "sebelum ni relax je" kata kaklong masa dalam kereta.

Aih, ada ke boleh relax. Saya yang nak kahwin lagi 3 tahun pun dah berdebar. Haha. Perasaan yang diperbesar2kan lah ni.

Tapi, memang logik pun kalau kaklong nak rasa berdebar. Iyelah, hari bersejarah dalam hidup dia. Mesti la kita berdebar jugak kan. Saya rasa semua ahli keluarga saya berdebar; termasuklah nenek, tokwan, ma abah dan jugak adik beradik. Untuk nenek, ini cucu pertama nenek yang nak berkahwin. Untuk tokwan, ini cucu kedua tokwan, tapi cucu perempuan pertama yang nak kahwin. Untuk ma abah, ini anak sulung mereka yang nak kahwin. Dan untuk kami adik beradik, ini perkahwinan kaklong kami. Kalau saya kahwin dulu, maksudnya ini perkahwinan kedua di kalangan adik beradik. Tapi malangnya, saya belum berkahwin lagi. Modal belum cukup - aduhai.

Harap2nya, segalanya akan berjalan lancar. Kami semua cuma mengharapkan yang terbaik untuk kaklong.

Kerajaan vs Swasta

Bekerjalah dengan ikhlas. Biar apapun pekerjaan kita - jangan lupa, semua itu adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita.

Pernah jugak saya berborak pasal bakal kerja saya ni - dengan kawan2, dengan mak ayah, dan dengan adik beradik. Nak kerja dengan kerajaan ke atau dengan swasta? Sebelum ni, tak pernah pun sebenarnya saya terlintas nak kerja dengan hospital swasta. Saya ada satu mindset yang saya nak bekerja dengan kerajaan, sebab saya nak tolong rakyat. Sebab duit biasiswa yang saya dapat ni pun adalah duit rakyat.

Cuma bila saya fikir balik, pesakit hospital swasta pun rakyat juga. Dan kalau ikutkan dari segi percentage cukai yang dibayar, mungkin mereka yang di hospital swasta ini lebih banyak membayar cukai, sebab gaji mereka lebih tinggi. Jadi, duit rakyat pun duit mereka juga. Lebih2 lagi, sekarang ni kita ada macam2 insuran perubatan. Jadi, bukan orang kaya saje yang pergi ke hospital swasta, mereka dari golongan pertengahan pun mungkin dah ramai yang pilih hospital swasta.

Tapi, biarlah macam mana pun, saya rasa saya akan kerja dengan kerajaan jugak nanti. Jiwa saya lebih dekat dengan "doktor kerajaan" berbanding "doktor swasta". Jangan salah faham. Saya tidak prejudis kepada doktor swasta. Cuma, saya lebih selesa bergaul dengan pesakit2 dari golongan mereka yang miskin dan orang2 kampung. Sebab jiwa saya jiwa kampung. Saya tak rasa mereka ini mampu ke hospital swasta. Biarpun gaji mereka sikit, biarpun sumbangan mereka melalui tax tak banyak, tapi, mereka juga banyak berjasa. Petani, pesawah, dan nelayan semuanya berjasa besar kepada negara.

Pada saya, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta, kedua2 nya sama je. Bergantung pada niat kita. Kalau kita bekerja ikhlas kerana Allah s.w.t. - duduklah kat mana2 pun insyaAllah berkat. Kalau bekerja di swasta sebab faktor duit yang jadi keutamaan- memang tak elok. Kalau kerja dengan kerajaan, tapi buat kerja macam melepaskan batuk di tangga - itu pun tak elok. Jadi, samada kerja di hospital kerajaan ataupun swasta, yang penting lakukan yang terbaik untuk merawat pesakit demi mendapat keredhaan Allah s.w.t. Itu yang paling penting.

p/s: Saya pernah bergurau dengan kawan saya; "jomlah masuk swasta, boleh kita join perhimpunan haram". Nampaknya, saya kena lebih berani sertai aktiviti politik - walaupun dengan nametag pegawai kerajaan ;)

Apa nak buat..dah minat..

Banyak betul isu2 politik negara sejak akhir2 ni. Isu lompat parti, isu PR nak tubuh kerajaan dalam masa terdekat, isu Sabah yang dikatakan di"anaktirikan", isu Dr. M keluar UMNO, dan yang terbaru, isu ugutan bunuh terhadap Karpal. Pening kepala saya tak pasal2. Hehe. Takpelah, tak perlulah saya ulas panjang kat sini. Bukan apa, lagipun ini bukanlah blog politik. Cukuplah sumber2 dan blog2 politik sedia ada untuk memberi komen mereka.

Saya akui, saya tak dapat lari daripada menulis tentang politik sekali-sekala. Sebab blog ini berkisar tentang erti hidup. Dan itu termasuklah politik. Sekali lagi saya ingatkan, saya bukan pakar politik. Saya cuma seorang mahasiswa yang baru nak masuk tahun 4. Pandangan yang saya berikan di blog ini, adalah pendirian saya. Dan perbezaan pendapat adalah fitrah.

Nak buat macam mana...saya memang minat dengan politik. Walaupun ilmu tak banyak, tapi minat tetap minat. Entahlah, mungkin bila seorang lelaki tu dah berumur 20 tahun ke atas, dia akan minat dengan politik. Betul ke? Pandai2 je saya ni!


Tuesday, May 20, 2008

Hari ke - 10

Alamak, dalam duk sibuk menaip pasal kaklong ni, tak sangka pulak saya rupanya lagi sepuluh hari lagi kaklong nak kahwin.

Cepat pulak masa ni berlalu.

Harini, saya temankan kaklong pergi tempah kek sebagai hantaran kepada pihak lelaki. Kitorang pergi beli dekat kedai Muhibah Cake Shop, tak jauh dari KB Mall. Entahlah kenapa dalam banyak2 kedai kek, kedai ni jugak yang kaklong berkenan. Sedap kot kek dia. Entahlah. Wallahu'alam. Apa2pun, kek kaklong warna merah jambu dan putih. Ada bunga2 dengan hiasan macam kain berlipat2.

Hish, apahal saya cerita pasal kek pulak. Macam pakar kek je haha.

Deposit untuk tempahan kek? RM15 sahaja ;)

Monday, May 19, 2008

Iklan dan dakwah

Haritu, masa saya tengah drive balik dari Beris dengan Ma, Ma ternampak iklan billboard yang baru dekat cabang empat Binjai.

"kan lawa Vaneeda pakai tudung" kata Ma.

"Em, bertambah lawa bila pakai tudung" saya mengiakan. "itulah, kenapa la Kerajaan Pusat taknak implementkan iklan macam ni (menutup aurat)...padahal bukan payah pun..kata kita negara Islam"

"itulah...Ma pun tak faham" keluh Ma.

Sedih. Memang sedih. Sebab suasana macam ni saya hanya mampu rasa di Kelantan je. Itu pun mujur saya tinggal di Kelantan. Kalau orang negeri lain, mungkin tak pernah pun tengok Maya dan Vaneeda bertudung dalam iklan.

Payah sangat ke nak laksanakan undang2 mewajibkan iklan menutup aurat? Pada saya, benda ni tak payah. Kalau Kelantan pun boleh buat, takkan lah Kerajaan Pusat tak boleh. Takkanlah anak lagi hebat dan lagi bijak berbanding bapak kan? Persoalannya, sama ada kita hendak buat ataupun tidak. Itu je. Sebab kes dia adalah hendak ke tak hendak. Bukan boleh ke tak boleh. Sebab kalau boleh ke tak boleh - jawapannya pasti dan pasti boleh, insyaAllah. Saya tak nampak pun sebarang bentuk kerugian jika kita melaksanakan konsep iklan begini - baik kepada syarikat yang mengiklankan produk tersebut, ataupun kepada target market. Malah, ia membawa kebaikan kerana iklan2 sebegini lebih berakhlak dan bermoral berbanding iklan2 yang tidak menutup aurat dan berpakaian seksi.

Saranan saya, jangan menilai perkara begini dalam aspek komersial je. Ini pun salah satu bentuk dakwah kan :) kalau kita boleh dapat kedua2 dakwah dan nilai komersial, why not go for it kan? Cuba kita nilai situasi ini:

"Eh, lawa jugak kan Vaneeda pakai tudung...nampak makin ayu. Kalau macam ni aku pun nak cuba pakai tudung la"

"cantik betul aku tengok Maya Karin ni bila dia pakai tudung. Satu hari nanti, aku pun nak cari isteri yang macam ni lah...yang tutup aurat"

Dan kita jangan lupa, aurat bukan di kepala sahaja. Semua aurat wajib ditutup oleh semua Muslimin dan Muslimat. Fahami konsep aurat, dan tutuplah semuanya, seperti yang Allah s.w.t. perintahkan. Wallahu'alam.

Hari ke - 11

Petang tadi, saya dan adik syiham kempunan nak makan cha-kueh. Sebenarnya takdelah kempunan mana, cuma perut ni terasa lapar. Jadi, seperti biasa, saya dan adik berpura2 depan kaklong:

"aduh....laparnyo dik....nak pengsan dah kito...." sambil saya dan adik syiham berbaring dekat atas karpet.

"iyelah2.....meh kaklong pergi goreng"

Taktik lama. Tapi, masih berkesan hehe. Dan sejak kaklong nak kahwin ni, saya perasan kaklong makin senang memasak untuk kitorang. Senang dalam erti kata tak banyak songeh - ops. Sebelum ni macam lama jugaklah nak kena pujuk kaklong baru kaklong sudi pergi buat. Sekarang ni belum sempat nak berlakon pengsan, kaklong dah pergi goreng dah ;)

Itu yang kitorang makin naik minyak tu *laugh*

p/s: long........nak milo!!

Sunday, May 18, 2008

Hari Ke - 12

Masa makan bihun petang tadi dengan kaklong dan adik2, kitorang berdebat tentang apa menu yang sesuai untuk sarapan pagi esok.

"Aya suka bihun lagi", kata Aya.
"Adik pun", adik syiham menyampuk.
"Em, iz pun suka bihun", kata saya selaku satu2nya wakil rakyat lelaki kat meja tu *laugh*

"Kaklong nak mee tapi...bihun leceh..sebab kena rendam lama2" bidas kaklong.

"kitorang tengok dari perspektif tukang makan, tapi kaklong tengok dari perspektif tukang masak" saya bergurau.

"bila lagi nak makan masakan kaklong...sebelum jadi isteri orang kan.." Ma menambah.

"Em, sebelum dilarikan haha" kata saya.

Kesimpulannya: Perbincangan petang tu akhirnya berakhir dengan sia2. Kami tak dapat pun penyelesaian apa untuk menu pagi esok ;) Apa2pun, sokong bihun!


Apa erti perjuangan

Kenapa kita berjuang? Itu soalan yang saya minat sangat nak tanya ahli2 politik negara kita, terutama yang Muslim dan berbangsa melayu.

Sejak PRU-12 haritu, saya nampak makin ramai ahli politik yang nak jadi pejuang. Betullah, memang kena jadi pejuang pun. Sebab perjuangan dan politik adalah dua perkara yang pada saya tak boleh dipisahkan. Perjuangan adalah teras kepada semangat berpolitik. PAS ada perjuangannya yang tersendiri, UMNO pun ada, PKR pun ada, dan macam tulah jugak dengan DAP. PAS berjuang demi sebuah negara yang mengamalkan prinsip2 Islam dalam pentadbiran, UMNO berjuang demi ketuanan melayu, PKR berjuang demi keadilan rakyat, dan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia. Semua ada asas perjuangannya yang berbeza.

Sebab tu saya kata, ahli politik memang pejuang pun. Tapi, kenapa kita berjuang? Itu yang perlu dijawab. Dan soalan ni jugak saya tujukan dekat semua saudara2 seIslam dan sebangsa saya kat luar saya.

Bukan apa, geram jugak rasanya bila belek2 blog2 politik ni. Yang politician nya pun bersuara, yang bukan politician pun bersuara jugak. Bersuara itu hak masing2. Cuma yang sedihnya, bila ada yang kononnya nampak nak berjuang, tapi macam tak ada tujuan. Kebanyakannya nak perjuangkan melayu, nak perjuangkan negara. Terikut2 sangat dengan "ketuanan melayu" kot.

Sebab tu saya tanya, kenapa kita berjuang? Saya orang melayu, dan saya jugak orang Malaysia. Tapi, pada saya, bukan itu yang patut didahulukan. Kita kan orang Muslim, kan lebih indah kalau kita perjuangkan Allah s.w.t, Rasulallah s.a.w. dan Islam dulu berbanding yang lain.

Saya bagi andaian macam ni. Kalau seseorang tu berjuang demi kaum, kalau tak ada kaum tu dah (eg. penghapusan etnik), maka tak adalah perjuangan tu. Kalau perjuangkan sesebuah negara, kalau negara tu dah kena bom dan hancur, maka perjuangannnya pun akan hancur sekali.

Tapi, kalau kita perjuangkan Islam, perjuangan kita adalah perjuangan yang hakiki. Sampai akhirat pun, insyaAllah kita akan dapat manfaat. Dan bila kita perjuangkan Islam, kita akan turut sama perjuangkan kaum dan negara. Sebab Islam pun suruh kita berjuang menjaga kedaulatan dan maruah bangsa dan negara. Sebab tu saya kata tak salah kalau pejuang2 kita ni nak perjuangkan bangsa atau negara. Cuma, biarlah terasnya adalah Islam.

Kita dah ada agama yang paling sempurna, paling indah dan paling mulia, iaitu Islam. Sekarang, apa yang tinggal adalah untuk mengamalkannya dengan menyeluruh :)

Saturday, May 17, 2008

Hari Ke - 13

Akhirnya, harini kaklong makan jugak nasi. Makan nasi dengan sup pagi tadi. Dan saya pulak, makan nasi dengan sup, dengan ayam kicap, dengan ikan masam manis, dan sayur tauge. Iya, memang menu kitorang tak sama - kaklong bakal pengantin lagi 13 hari, dan saya bakal pengantin lagi 3 tahun hehe.

Harini jugak, langsir bilik pengantin kaklong dah sampai. Warna coklat muda. Langsir kat dapur pun dah sampai. Walaupun dapur bukanlah 'dapur pengantin', tapi eloklah jugak kalau diberi wajah baru ;)

Oh yea, petang tadi, saya teman kaklong pergi tengok baju pengantin kaklong, samada dah siap ke belum. Saya macam biasa bertindak selaku driver sepenuh masa kat rumah huhu. Takpelah, tunggu saya nak kahwin nanti, kaklong pulak yang jadi driver saya *laugh*

Hari Ke - 14

Harini kaklong tak makan nasi lagi. Okay, bagi saya rephrase balik ayat tu. Kaklong makan semua makanan kecuali nasi. Hehe. Menu pagi kaklong ialah bihun goreng. Menu tengaharinya seperti biasa ialah buah laici. Dan malamnya, kaklong makan pizza buatan sendiri makcik saya.

Aih, macam mana nak diet ni kaklong?

Masa makan tengahari, abah tanya;

"Dah berapa kilo dah turun long?"

Kaklong tersengih.

"Ha, ngaku cepat" celah saya.

"kaklong tak timbang la" jawab kaklong.

Nampaknya kaklong bagi jawapan selamat ;)

Friday, May 16, 2008

Kenapa Ber'Blog'

Tak pernah pun sebenarnya saya fikir dengan mendalam; kenapa saya menulis blog. Iya, lain orang, lainlah tujuan dia menulis.

Ada orang menulis blog sebagai hobi. Ada yang jadikan blog ni sebagai open diary. Ada jugak yang menulis untuk mengutarakan idea politik dan sebagainya. Ada yang agak ekstrem, macam nak bebaskan sarawak. Dan ada jugak yang nak mengutuk.

Jadi, kenapa saya menulis blog?

Entahlah.

Saya pun tak tahu. Nak jadikan open diary, saya tak minat sangat exposekan dunia saya kat orang lain. Kalau nak utarakan idea politik, saya bukanlah pemerhati@penganalisis politik. Saya cuma mahasiswa perubatan yang baru nak masuk tahun 4. Kalau nak bebaskan negeri, saya tak sampai ke tahap nak bebaskan Kelantan daripada Malaysia. Biarkan saja begitu. InsyaAllah lebih elok Kelantan bernaung di bawah Malaysia, daripada keluar buat negara baru.

Pernah sekali saya berbual dengan Not, pasal tujuan blogging ni. Harapnya, biarlah kami menulis blog untuk berdakwah. Sebab ada jugaklah manfaat dia, daripada menulis tak tentu hala. Dan saya sangat bersetuju dengan pendekatan blog sebagai salah satu medium dakwah. Macam saifulIslam.com. Macam blog Not.

Kadang2 terfikir jugak, ada ke orang nak baca blog saya. Saya ni dahlah kurang ilmu agama. Dan bukanlah budak baik pun. Itupun ada hati lagi nak tiru Not. Apatah lagi meniru SaifulIslam.

Fikir punya fikir, baru saya tahu kenapa perlu saya menulis blog.

Tulis blog, untuk dakwah. Dakwah kat diri saya sendiri dulu. Bila tulis pasal benda baik, saya sendiri akan baca, saya sendiri akan buat research, dan saya sendiri akan hayati. Mudah mudahan, Allah bagi hidayah kat saya. InsyaAllah. Elok saya betulkan diri saya dulu, sebelum betulkan orang2 yang saya sayang, kawan2, dan umat. Andaikata ada orang lain yang nak ambik manfaat sekali, alhamdulillah. Dakwah kat orang lain tetap perlu. Sebab itu kewajipan kita sebagai Muslim. InsyaAllah, moga Allah kuatkan diri saya, agar mampu bagi manfaat kat orang lain.

Bila menulis untuk diri sendiri dahulu, saya tak perlu risau lagi ada ke tak orang nak baca blog saya ;)

Blog Adik Syiham

Blog adik syiham. Klik di sini.

Thursday, May 15, 2008

Hari Ke - 15

Harini kaklong masak kari ikan. Em, sejak akhir2 ni, kaklong selalu try masakan baru. Dan mangsa2nya adalah saya dan Aya. Kami dipaksa makan masakan kaklong, samada ianya sedap dan selamat, sebelum dihidangkan kepada bakal suami kaklong nanti!

Mujur sedap. Rasa macam kari mamak. Cuma versi Kelantan.

Kaklong tak makan tengahari lagi. Cuma makan buah laici dan kek pisang. Diet kot. Gambate kaklong!

"15 hari terakhir bersama Kaklong"

Harini jugak, genap 15 hari lagi sebelum hari pernikahan Kaklong, iaitu 30hb Mei. So, I decided to come out with 15 entries, titled:

"15 hari terakhir bersama Kaklong"

Khas untuk Kaklongku.


p/s: Nanti boleh keluarkan tajuk "15 hari terakhir bersama Kakak". Tapi, kena tunggu kakak nak kahwinlah dulu.

Posting Medicine di Hospital Ampang

Harini, genap lagi 10 hari sebelum saya masuk semester baru, tahun 4. Tidur, celik, tidur, celik, sekejap je masa berlalu. Memang seronok sebab nak masuk tahun klinikal, tapi risau jugak sebab persediaan macam tak cukup je.

Kelmarin, saya ada terbaca email yang dihantar oleh Proh Burhan. Antaranya pasal recommended books untuk tahun 4. Untuk posting Medicine (posting saya), buku yang disarankan ialah Oxford Handbook of Clinical Medicine tulisan Murray Longmore.

Eh, macam pernah nampak je buku ni.

Saya try check balik buku klinikal yang kakak saya dah belikan untuk saya. Memang ada pun rupanya. Alhamdulillah, satu2nya buku yang saya bawak balik (selebihnya saya tinggal dalam kotak di hostel) ialah buku tu!

Nampaknya, saya kena cuba kuatkan semangat untuk belek2 buku ni. Okay, belek dan baca.

Hidup yang singkat

Hidup ini singkat. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Petang semalam, jiran saya, Allahyarham Nik Man telah selamat kembali ke rahmatullah. Memang saya tak sangka, sebab rasanya saya baru je tengok dia bawak kereta haritu, berselisih dekat lorong nak ke rumah saya. Memang kami sekeluarga pun terkejut.

Lebih kurang seminggu sebelum tu, saya dimaklumkan dengan pemergian seorang pensyarah Community Health saya, Prof Idris. Jujurnya, saya memang sangat terkejut. Sebab Allahyarham nampak sihat dan bertenaga pada saya.

Tapi, ajal dan maut itu kehendak Allah s.w.t. Kita mungkin sihat, tak ada sakit2. Tapi, kalau Allah nak kita mati, masa tu jugaklah kita mati, seperti yang telah Allah tetapkan. Tak awal ataupun lewat walau sedetik pun. Dan tak ada siapa pun yang tahu, bila dia akan mati, melainkan Allah s.w.t sahaja.

Entahlah, kita selalu rasa yang kita akan hidup lama. Pelik kan? Padahal, bila2 masa dari sekarang pun, kita boleh mati. Sebab itulah kita lalai. Sebab kita selalu rasa ada masa lagi untuk kita bertaubat, walaupun kita sendiri tak tahu. Pernah tak kita terfikir,

"kalaulah tiba2 aku dilanggar kereta, sempat ke aku bertaubat?"

"kalau aku mati sekarang, siapa yang nak tolong selesaikan hutang2 aku ni..."

Sebab itulah Allah suruh kita selalu ingat pada kematian. Supaya kita lebih alert. Supaya kita sedar yang hidup kat dunia ni sekejap je. Agar kita tahu apa yang perlu kita buat dengan baki hidup yang kita ada ni. Kita kena ingat, dunia ni hanya persinggahan, akhirat itu yang kekal. Dan kita hanya diberi satu peluang ni je untuk kumpul seberapa banyak bekalan untuk kita bawak ke akhirat. Satu peluang! Tak lebih dari itu. Fikirkanlah, kalau satu peluang yang kita ada ni kita sia2kan, bukankah tersangat rugi.

Hidup teramatlah singkat. Kita mungkin sedar. Kita mungkin tidak. Renung2kanlah.

Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Prof Idris dan Nik Man. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai Allah s.w.t

Tuesday, May 13, 2008

Rapi - Mei 2008

Seperti biasa, segmen yang saya minat dalam Rapi. (Saya tak minat Rapi, minat segmen ni je - jadi jangan salah faham) :

Nampak sangat menipu

Pengemis: Pakcik, kasihanilah saya. Saya bisu pakcik.
Pakcik: Eh, bisu? Macam mana pula kamu bercakap kalau bisu?
Pengemis: Bukan bisu pakcik! Saya pekak.
Pakcik: Pekak pulak? Kalau pekak, macam mana pulak kamu dengar pakcik bercakap ni?
Pengemis: Silap lagi pakcik. Saya buta sebenarnya.
Pakcik: (sambil mengeluarkan dompet) Nak, pakcik tak ada duit nak bagi pada kamu.
Pengemis: Pakcik jangan tipu, saya nampak berkepuk duit RM50 dalam dompet pakcik.
Pakcik: Hai. Nampak juga? Mana pulak kamu nampak kalau kamu buta?
Pengemis: Eh, saya bukan bisu, pekak, atau buta pakcik! Saya gila.
Pakcik: (sambil berlalu pergi) Yang tu pakcik percaya!

Monday, May 12, 2008

Jangan nanti disuruh

Kadang2, perasan tak yang kita ni selalu nak kena suruh dulu baru nak buat kerja. Kita selalu lambat nak ambil inisiatif sendiri.

Semalam, masa makan2 dengan kaklong kat kedai roti canai kari tulang kat Kubang Kerian (kami tak makan roti pun, minum2 je) saya orderlah air limau suam satu, sambil2 nak tunggu adik2 balik tusyen. Nak dijadikan cerita, air limau suam saya ni masam, tak manis seperti yang saya harapkan.

"masamnyo air limau ni, tak letok gulo ke"

"dah abe mintak air limau je tadi kan, tak bagitau pun nak gula sekali" usik kaklong.

"kak, bagi saya milo campur susu campur gula campur ais satu ye. Campur dengan air sekali. Pastu letak dalam gelas ye. Jangan lupa straw saya" saya usik kaklong balik. Nak tunjukkan betapa letihnya saya kalau saya nak kena bagitau satu2 macam tu hanya untuk minum air milo beng (milo ais). Kaklong gelak.

Semua benda pun nak kena bagitau kita satu2, barulah kita buat. Mungkin kita tak perasan. Ataupun mungkin jugak kita buat2 tak perasan. Kadang2 tu, bila hujan, bukannya terus nak pergi ambil kain kat jemuran pun. Nak tunggu orang suruh dulu. Itupun, bila disuruh pun bertangguh lagi. Padahal, ni semua common sense iye dak?

Mungkin sebab tulah kot bangsa kita agak ketinggalan berbanding orang lain. Saya tak mahu komen bangsa lain walaupun mungkin diorang buat macam ni jugak. Biarlah, tak mahu bersangka buruk. Baik betulkan bangsa kita dulu. Baru boleh fikir nak betulkan orang lain. Saya tak mahu jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan. Lagipun, saya bukan ketam. Hehe.

Apa2pun, kita cuba berubah sama2. Jadi lebih proaktif sikit lepas ni. Untuk konteks student (wit, sila dengar betul2), jangan tunggu bila disuruh baru nak study. Jangan tunggu cikgu suruh baca baru nak baca. Kita mulakan dulu. Baru kita boleh maju berbanding orang lain. Analogi yang mudah, kalau dalam pertandingan lumba lari, orang lain semua tunggu pengadil tembak (atau tiup wisel @ cakap GO), baru diorang start lari kan. Tapi, kita dah start lari dah walaupun pengadil tak cakap apa2 pun lagi. Kan dah ada advantage ;)

Aya dan adik

Adik dan Aya

Hujung minggu lepas, Aya tak ada kat rumah untuk beberapa hari. Dia pergi Kem Bahasa Arab kat Tok Bali. Entahlah kenapa, tiba2 adik Syiham bagitau saya;

S: Bosanlah aya tak ada kat rumah..taktau nak main dengan sape :(
F: Aih, sekarang baru rindu.. Masa aya ada kat rumah jadi "serabut" (read:tensen) pulak kan... (saya mengusik)
S: Haah, betul jugak..
F: oh okay =.="

Hai, entahlah. Pelik2 jugak budak 2 orang ni. Masa dua2 ada kat rumah, asyik bergaduh je. Tapi, bila salah sorang takde, rindu pulak. Patutlah ada peribahasa, "Sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan". Memang patut pun tinggalkan diorang ni. Lagi lama lagi bagus, bagi dia rindu banyak sikit ;D

Macam tu lah kot adik beradik. Bergaduh macam mana pun, yang tu lah yang kita duk rindu nanti. Bergaduh pagi, petang baik semula. Harini cubit adik, esok abah cubit kita balik ;)

Sayangilah sesama keluarga. Sementara mereka masih ada.

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu untuk ibu tercinta, Hail Miah bt Hj. Awang Noh ;)

Thank you mom for always be there for me.

Every mom is the greatest mom in their children's eyes. You are the best, not because we are your children, but it's because you are our mother!

You carry me everywhere u go for the 1st 9 months we are together, having all kind of hardship, pain, just to make sure I am safe and sound in there. You risk your life, just to make sure I can see the world out there.

It's hard for me to say that I love you so much. Even though I do. And I hate myself for being such a way. But all that I can say, if your love for me is as big as a mountain, then mine for you will worth two mountains.

Thank you mom. For being my mom. And for having me as your son.

I may not be a great son, but with no doubt, you are a great mom for me! May Allah Bless you.

With love,

Your only son - Faiz Shukri @ Abe -

My beloved mom, and me

Friday, May 9, 2008

Isu karpal

Petang tadi, ma tanya pendapat saya pasal isu Karpal.

"Tok tahu jugak iz ma...iz pun tak abis baca lagi....nok keno baca sumo dulu baru boleh bagi komen.." jawab saya.

Sejujurnya, memang saya agak "lost" tadi bila ma ajukan soalan macam tu. Saya memang ada terbaca sikit pasal isu karpal ni. Siap keluar muka depan surat khabar lagi..melayu marahlah..nak buat laporan polislah..dan macam2 lagi. Dalam internet, 2 hari lepas dah keluar kalau tak silap. Memang ni bukan kali pertama pun Karpal buat kenyataan2 kontroversi macam ni. Kali ni yang kena Sultan Azlan Shah. Sebelum ni YDP Agong dah kena. Tengku Mahkota Kelantan pun pernah kena.

Cuma, setakat petang tadi, kebanyakan yang saya baca adalah sumber daripada akhbar arus perdana - sebab tu tak berani nak komen lagi.

Bila balik rumah, saya jenguk2 lah sikit internet. Tengok pasal isu karpal ni. Memang banyak dah pun blogger, website yang komen pasal ni. Bila dinilai, ada 2 kemungkinan pasal isu ni:

  1. boleh jadi media sengaja besar2kan isu ni dengan kaitkan ke"biadapan" karpal terhadap institusi kesultanan dengan kemarahan kaum melayu
  2. memang karpal sendiri yang tak @ kurang sensitif dengan isu ini
Pada saya, memang karpal agak kurang sensitif bila membuat kenyataan yang sebegitu. Iya, memang dia melihat daripada perspektif undang-undang, dan kita tak nafikan yang dia arif dengan undang2 sebab ni memang bidang dia. Cuma, saya rasa dia sepatutnya lebih berhati-hati bila bercakap.

"Kamu kena sedar kamu tu pembangkang karpal oi....."

Itu yang saya akan cakap kalau saya ketua pembangkang (malangnya saya bukan). Dia kena sedar, apa yang keluar dari mulut pembangkang ni selalunya akan diperbesarkan bila keluar kat media perdana. Benda kecik boleh jadi besar. Benda yang tak isu pun, boleh jadi isu. Sebab tu, pembangkang bercakap kena pandai berlapik terutama bila melibatkan isu yang sensitif macam ni.

Cuma yang lucunya, bila kita tengok balik pasal isu kebiadapan terhadap istana ni, orang umno sendiri pun pernah buat sebelum ni kat Terengganu, dekat Perlis semasa campurtangan pihak istana dalam pemilihan MB. Tagline seperti "Kami nak Idris, natang" memang obviously biadap pun. Tapi, sekarang yang duk marah kat karpal pun kebanyakannnya orang Umno. Sebab tu saya kata lucu. Mungkin betul jugak memang media agak membesar2kan perkara ni. Sebab masa orang Umno buat demonstrasi kepada pihak istana selepas PRU haritu, takde pulak saya rasa ada yang nak saman orang umno, takpun dakwa di bawah akta hasutan. Biadap tetap biadap. Takkan bila orang bukan melayu yang buat je kita nak kata biadap iye dak? Mungkin sebab karpal buat kenyataan kat Parlimen, jadi senanglah sikit dia kantoi.

Institusi kesultanan memang perlu dihormati sebagai rakyat Malaysia. Saya pun pernah rasa tak puas hati dengan institusi kesultanan ni. Tapi bila pensyarah saya terangkan balik tentang fungsi Agong dan Sultan, baru saya faham. Sebab Agong berfungsi sebagai ketua agama Islam, dan juga lambang perpaduan. Orang melayu ke, orang cina ke, orang india ke, semuanya menghormati Agong/Sultan sebagai ketua negara. Bila ada isu yang melibatkan perbezaan ideologi politik, sekurang-kurangnya Agong/Sultan boleh jadi orang tengah, sebagai pihak yang neutral. Ini penting untuk menjaga perpaduan.

Hormat-menghormati antara kaum sangat penting. Selagi tak ada orang yang api-apikan isu perkauman, saya tak rasa kenyataan karpal tu perlu dilayan sangat. Paling taknak pun buat tak tahu je. Tapi, yang lebih baik ialah dengan memberi penjelasan yang rasional terhadap kenyataan karpal tu. Kita profesional, jadi kita jawab dengan profesional.

Takkanlah kalau ada orang cubit kita, kita terus nak lempang kot. Cubit jelah dia balik. Cubit yang ada makna. Bukan cubit sebab geram atau marah.

Selingan

Selingan.

Dah terasa macam blog politik la plak huhu. Rehatkan minda la kejap iye dak ;)

Ada satu lawak yang saya jumpa dalam majalah Rapi edisi Mac 2008 (kenapa saya baca Rapi?) :

Cara-cara nak cover malu:

  1. kalau tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. bila sudah tiada yang nampak, barulah anda bangun.
  2. kalau terjatuh basikal: cpt2 naik basikal anda semula dan buat2 jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sengaja buat lawak.
  3. kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  4. kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dgn suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin dengan kebersihan.
  5. kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2 "oi apa ni tolak2 orang?" walaupun tiada orang di belakang anda.
  6. kalau terjatuh di depan perhentian bas: terus buat2 pengsan sehingga ada orang yang membantu anda. kalau tak ada yang membantu, baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun lagi yang tinggal di perhentian bas itu. inilah masa yang paling tepat untuk anda bangun semula.
  7. kalau jatuh tergelincir di lantai licin: tariklah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda seorang saja yang dapat malu. ye tak?

Hampir selesai..

Alhamdulillah dah nak siap dah saya alih entry2 lama kat vox ke sini. Tak siap sepenuhnya lagi, tapi maybe tak banyak dah kot. Cuma nak letak gambar dan video je kot. InsyaAllah bila rajin saya sambung alih lagi.

Bye vox. And for blogspot, here i come!

p/s: baru balik dari Redzwan Beach Resort di Melawi untuk program English In Camp sekolah mama. Penatnya..

Wednesday, May 7, 2008

JOM BERSATU!

Isu penyatuan Melayu. Em, tak reti mana saya pun nak komen tentang isu ni. Iya, kita akui memang isu ni isu yang penting, dan ia juga antara isu yang hangat akhir-akhir ni. Saya tak nafikan Melayu memang harus bersatu. Cuma bilamana kita membincangkan soal penyatuan dan perpaduan, pada saya ada beberapa perkara yang kita perlu take note.

Pertama, atas dasar apa kita bersatu? Atas dasar kaum? For what? Saya tak rasa melayu yang dah lupa asal usul kesah dengan benda ni. Apa ada pada kaum? Genetik? Who cares about genetic. Nobody. Kalau dah melayu pun dah nampak tak macam melayu, apa basis untuk kita bersatu atas faktor bangsa dan keturunan. Cuba check sekeliling kita. Saya yakin kadang-kadang kita pun selalu tertukar antara Melayu dengan bukan melayu. Pakaian orang melayu kita dah mengalahkan minah salleh. Usah cakap lah pasal perkara lain. Orang kata, Melayu ni terkenal dengan adab sopan ketimurannya, tapi sopankah Melayu kita sekarang? Ingatlah, kaum boleh berubah. Bukan pada luaran, tapi pada jiwa dan semangat. Sedangkan Cina Baba Nyonya pun boleh pakai kebaya, cakap melayu fasih, begitu jugalah dengan kaum melayu. Sebab itu, saya tak berapa gemar dengan formula politik berasaskan kaum ni seperti mana yang diamalkan UMNO. Pada saya, UMNO masih boleh jadi relevan, tapi dengan beberapa pengubahsuaian yang akan kita bincangkan kemudian.

Yang keduanya, kita perlu sedar kenapa kita perlu bersatu. Iya, nampak remeh tapi tak semua yang benar-benar "sedar". Ada yang sedar bahawa melayu memang perlu dijaga sebab kita tak mahu kehilangan hak-hak istimewa kita sebagai orang melayu. Tak ada siapa yang suka merempat di bumi sendiri dan saya bersetuju dengan hal tersebut. Tapi mungkin juga ada di kalangan mereka yang sedar betapa pentingnya menjaga melayu sebab risaukan periuk nasi mereka. Tanpa kita tahu apa pentingnya kita bersatu, maka sukar untuk kita bersatu.

Untuk menjawab persoalan ini, saya sememangnya bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh PAS. Ini pilihan saya (saya menyebut parti PAS kerana adanya black-and-white tentang pendekatan PAS, dan saya tidak mahu menuduh parti lain sebagai tidak mengambil pendekatan sebegini). Saya bersetuju bahawa Melayu hanya boleh disatukan atas dasar Islam. Bersatu sebagai orang Islam. Sebagai satu ummah. Jangan bersatu atas dasar kaum melayu. Apa yang ada pada title "Melayu"? Saya sebagai orang Melayu sendiri pun tak tahu. Sebab itu kita kena bersatu atas dasar Islam. Dan melayu sendiri pun memang berkait rapat dengan Islam. Ada tertulis dalam perlembagaan lagi. Bilamana kita bersatu atas dasar Islam, kita ada perjuangan yang benar. Kita menjaga melayu, kerana kita mahu menjaga Islam. Sebab rata-rata orang Islam di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu. Sebab itu penting untuk kita jaga melayu, supaya orang melayu Islam kita dapat menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Itu basis dan rasional menjaga melayu. Bukan atas dasar kaum, bukan atas dasar hak keistimewaan, bukan atas dasar ketuanan, tapi atas dasar Islam. Sepertimana Rasulallah s.a.w. menyatukan kabilah-kabilah Arab atas dasar Islam, dan bukannya atas dasar semangat nasionalisme Arab.

Sekarang, formulanya dah ada. Cuma menunggu pada pelaksanaan. Sebab itulah kita perlukan sokongan daripada semua pihak. Kalau betul nak menjaga melayu, PAS, UMNO dan PKR kena duduk semeja, berbincang dan bersatu. Kita semua pun sedar, undi Melayu pecah kepada tiga parti, tak seperti kaum-kaum lain. Atas dasar itulah, ketiga-tiga parti ini kena bersatu. Ketepikan dahulu perbezaan ideologi politik sebab kita semua punya misi yang sama, untuk menjaga kesucian dan kehormatan Islam. Jangan berdendam. Jangan kebudak-budakan. Dan jangan pentingkan diri. Fikirlah pada kemaslahatan ummah. Jangan disebabkan perpecahan kita, orang lain ambil kesempatan.

Bukan payah mana pun nak mematahkan sebatang lidi. Renungkanlah.

Kredit kepada Presiden PAS dan Roslan Shahir b Dato' Mohd Shahir.

Jangan terlalu taksub

Jangan terlalu taksub. Itu pesan saya. Taksub pada apa? Pada parti politik. Tak kisahlah anda mengundi kerajaan ke, mengundi pembangkang ke, janganlah terlalu taksub. Saya faham dengan belia-belia sekarang. Sebab saya pun belia, jadi saya faham apa yang mereka rasa. Tapi, ingatlah, jangan kita terlalu taksub.

Bila kita terlalu taksub, pemikiran kita akan jadi kurang rasional.
Kita akan lebih cenderung untuk bersikap bias pada parti yang kita sokong.

"aku punye je betul....ko nyer salah"
"hish, takkan la parti aku ni wat cenggitu....tak mungkin tak mungkin..."
"kalau parti tu, mesti amik duit rakyat nye lah"
"pemimpin parti aku cakap A, ko jangan ngengade cakap B plak"
"aku takkan silap punye..........."

Hm. Jangan jadi macam ni.

Contohilah seperti Saidina Ali k.w. bila ditanya oleh seorang sahabat ketika konflik antara Ali dan Muawiyah, tentang siapakah yang harus dia sokong, Ali ataupun Muawiyah. Saidina Ali adalah sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulallah s.a.w, dan Muawiyah juga adalah sahabat Rasulallah s.a.w. maka dia berbelah bahagi tentang siapakah yang harus disokong.
Kata Saidina Ali, kenalilah kebenaran itu terlebih dahulu, maka kamu akan tahu siapa yang benar.


Wallahua’lam.


Sebab tulah kita tak boleh terlalu taksub pada seseorang atau sesuatu. Kebenaran harus disandarkan kepada Quran dan Sunnah, dah bukannya kepada si fulan bin si fulan ataupun parti A atau B.


Hanya Satu sahaja yang layak kita taksub tanpa batasan. Tanpa perlu dikurangkan walau sedikit pun. Tiada yang lain melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Taksublah kepada Allah Yang Maha Esa.

Kelantan Pasca PRU-12

Em, apa agaknya? Entahlah, macam sama je dengan sebelum ni. Aduhai. Tak tahu lah saya nak bagi komen. Apa yang pasti, Kelantan sudah tidak sepopular dulu. Iyelah, kalau sebelum ni, setiap hari kalau tak ada cerita pasal Kelantan dalam media memang tak sah, iye dak? Sekarang ni, muka budak2 Akademi Fantasia je lah kot yang famous .

Okay, saya pasti semua orang pun dah tahu keputusan pilihan raya di Kelantan. Alhamdulillah, segalanya masih seperti dulu ;) Saya tak ingin komen banyak tentang asbab dan musabab kenapa BN boleh kalah teruk haritu di Kelantan. Mungkin ramai yang dah tahu, memang anak-anak muda yang banyak mengundi PAS tempoh hari di Kelantan. Bagi saluran-saluran yang lain, peratusan pengundi BN dan PAS tak banyak beza. Itu yang saya dimaklumkan lah. Wallahu'alam.

Ada yang kata ini undi protes. Rakyat bukan tak sayangkan BN, tapi cuma nak "cubit" sikit je bagi sedar. Sebab itu mereka protes dengan mengunti parti selain BN. Boleh jadi juga.

Ada juga yang kata sememangnya rakyat bencikan BN, sebab itulah mereka mengundi parti selain BN. Boleh jadi juga.

Ada jugak yang kata, ini semua gara-gara undi anak muda yang emosi dengan kerajaan pusat sekarang. Kerana itu mereka mengundi Pakatan Rakyat. Boleh jadi juga.

Ada yang kata memang rakyat sukakan PAS, dengan kepimpinan ulama'nya, dan mereka menyuarakannya dengan terus mengundi PAS. Boleh jadi juga.

Apa juga sebab sekalipun, keputusan PRU-12 dah lama kita tahu. PAS di Kelantan semakin mendominasi. Dan BN pula semakin tersepit. Kalau ditengok pada ratio kerajaan dan pembangkang semasa perbahasan DUN Kelantan, pun dah banyak sangat beza, tak seperti sebelum ni. Tapi mujurlah, wakil-wakil BN tetap ada. Pada saya, perlu juga ada pembangkang dalam sesebuah kerajaan. Supaya nanti ada check and balance. PAS memperjuangkan Islam, tetapi kita harus ingat yang wakil-wakil rakyat PAS ini juga manusia. Islam pasti dan pasti sempurna dan indah. Tetapi, wakil rakyat PAS tidak sempurna. Mereka punyai potensi untuk melakukan kesilapan, seperti mana juga orang lain. Sebab itulah, pembangkang perlu ada untuk menegur.

Alhamdulillah, kali ini saya amat suka dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Amat. Pada saya, beliau nampak lebih berketerampilan dan rasional berbanding KP yang sebelumnya. Harap-harap, mereka semua melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. InsyaAllah.

Dari Mimbar Jumaat 2

Oh yea, baru-baru ini saya berkesempatan bersolat jumaat di Masjid Pauh Sembilan, tak jauh dari Beris Kubur Besar. Selalunya, saya dan abah hanya bersolat jumaat di Masjid Kubang Kerian, sebab itu masjid yang terdekat dengan rumah kami.

Khutbah jumaat pada hari tu pada saya sangat menarik. Mungkin sebab kebetulan dengan Hari Pekerja, jadi khutbahnya berkisar tentang pekerja, amanah kerja dan lain-lain yang berkaitan. Saya tak pasti dengan khutbah di tempat lain. Mungkin intipati nya sama, mungkin juga lain. Tapi disebabkan faktor jenis pekerjaan penduduk di sini mungkin banyak berbeza daripada bandar, maka pendekatan dan cara penyampaiannya juga berbeza.

"Tuan-tuan jange ingat Hari Pekerja ni untuk oghe hok bekerja kerajaan jah...hok kejo swasta jah..kito hok duk nane sawoh atau pegho kambing ni pun bekerjo jugak...maka kita jugok adalah sebahagian daripada pekerja"
(Tuan-tuan jangan ingat Hari Pekerja ni utk orang yang bekerja kerajaan je..atau kerja swasta je...kita yang menanam di sawah atau bela kambing ni pun bekerja jugak..maka kita juga adalah sebahagian daripada pekerja)

Inilah antara perkara yang disampaikan dahulu oleh tuan khatib. Iya, mungkin bagi kita perkara ini remeh. Tapi saya tak rasa perkara ini tak penting. Ianya sangat penting untuk membetulkan persepsi orang kampung mengenai siapa golongan yang dinamakan "pekerja" ni. Sebabnya, bak kata tuan khatib haritu, Hari Pekerja ini adalah hari untuk menghargai usaha dan penat lelah pekerja selama ini. Maka penting untuk orang kampung semua ni, yang bekerja sebagai petani, pesawah, dan sebagainya untuk juga rasa dihargai. Untuk rasa bahawa diri mereka jugak memainkan peranan yang penting dalam negara.

Kalau tak ada pesawah, masakan ada orang yang nak menanam padi.

Kalau tak ada petani, siapa yang nak menanam sayur.

Nak harapkan golongan profesional? Saya tak rasa begitu.

Kerana itu, setiap pekerjaan adalah penting dan diperlukan selagi mana ianya kerja yang halal dan tidak bercanggah dengan Syariah.
Kita bekerja sebagai satu entiti yang sama, yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Khatib menyambung,

"kalu kito tok kijo jugak pun, ingatlah bahawa setiap satu daripado kito adalah pekerja kepada Allah"
(kalau kita tak bekerja sekalipun, ingatlah bahawa setiap satu daripada kita adalah pekerja kepada Allah)

Inilah intipati yang paling penting dalam khutbah pada haritu. Biar apapun pekerjaan kita, baik sebagai seorang jurutera, ataupun seorang manager, seorang cikgu ataupun hanya pengutip sampah, ingatlah bahawa kita semua adalah pekerja kepada Allah. Dan Allah bukan setakat majikan kita, kerana Allah adalah satu-satunya Tuhan kita, Pencipta kita dan juga Pemilik kita. Maka sebagai seorang pekerja kepada Allah, maka wajiblah ke atas diri kita untuk menjalankan segala yang diperintahkan Allah dengan sebaik mungkin. Menjalankan segala amanah yang Allah berikan kepada kita, sebagai khalifah di bumi Allah. Kita wajib untuk merasa takut pada Allah, dan menghambakan diri pada-Nya, kerana hanya Allah lah yang berhak ke atas kita.

Ingatlah, tiada gaji atau bonus yang lebih baik daripada keredhaan Allah.
Apalah sangat wang dan harta dunia, jika dibandingkan dengan syurga Allah. Renung-renungkan lah.

Mencintai vs dicintai


Mencintai dan dicintai.

Soalan: Adakah kita mencintai kerana dicintai ataupun kita dicintai kerana mencintai?

(Penulis: Er......)

Pada saya, untuk dicintai, kita harus mencintai terlebih dahulu. Dengan kata lain, untuk dicintai atau disukai, kita harus mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mencintai dan juga menyukai sesuatu.

Tiada orang yang tak suka dicintai. Kerana perasaan dicintai dan disayangi itu sangat indah. Sangat bahagia. Anak mana yang tak gembira bila dicintai orang tuanya. Suami mana yang tak suka dicintai isterinya. Ayah mana yang tidak mahu dicintai anak-anaknya. Semuanya sama, mahu dicintai dan mahu disayangi.

Persoalannya, adakah kita mencintai terlebih dahulu. Adakah si anak itu mencintai orang tuanya? Adakah si suami mencintai isterinya? Dan adakah si ayah mencintai anaknya?

Usah ditagih cinta sekiranya kita tidak mahu mencintai.

Sedangkan pokok pun harus dibelai, dimanjakan dengan menyiram, membaja dan sebagainya, sebelum "cinta" itu dibalas kembali dengan buah dan hasil, inikan pula manusia, yang punya hati dan perasaan.

Yang paling penting, cintailah Yang Maha Esa, Allah s.w.t. sebelum mengharap cinta daripada-Nya. Pasti, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada-Nya =]

Renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Hidup ini Indah...

Hidup ini Indah.

Setuju?

Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah.

Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada. Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.

Tapi,

Pernah tak kita membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih malang? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng. Macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk alas perut. Bukankah mereka lebih malang?

Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang cacat.

Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]

Percayalah.

Kelate Come Sokmo

Terlanjur saya menceritakan betapa saya amat menyenangi pimpinan kerajaan ulamak di Kelantan, mungkin ada yang terfikir - bakpo sayo syg benar ko negeri kelate nih?

1. Tiada lagi kedai judi. Bermula 23 oktober 1990, penghapusan lesen judi kepada 17 buah kedai SPORT TOTO dan 2 buah kedai Empat Nombor Ekor di Kota Bharu telah dilaksanakan.

2. Menutup aurat dan berpakaian sopan. Arahan berpakaian menutup aurat bagi semua pekerja wanita Islam dan berpakaian sopan bagi bukan Islam di semua premis perniagaan telah diperkenalkan pada tahun 1991.

3. Tiada iklan tidak menutup aurat. Larangan menggunakan gambar model wanita yang tidak menutup aurat telah disyaratkan bagi semua papan iklan termasuk billboard, sepanduk, banting dan poster.

4. Kuliah Jumaat oleh MB sendiri. Jalan Dato' Pati di Kota Bharu ditutup pada setiap pagi Jumaat bagi memberi laluan kepada ceramah agama mingguan oleh MB. Saya tak kata MB lain tak buat macam ni. Cuma saya kata MB Kelantan sekarang memang buat. Dan bagi saya, bukan senang nak ada peluang macam ni.

5. Menghormati waktu solat. Arahan memberhentikan perniagaan pada waktu solat Jumaat di pasaraya dan 15 minit sebelum Maghrib kepada setiap pasar malam dilaksanakan. Saya pernah ingin membeli makanan di pasar malam Kubang Kerian masa dekat waktu Maghrib tapi dijawab "takleh jual doh dik, lepas maghrib baru sambung".

6. Penggunaan tulisan jawi. Di Kelantan, tulisan jawi ditulis pada setiap tanda nama jalan, bangunan dan semua bentuk iklan. Mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak, tapi apa-apapun, saya tetap suka. Bila lagi nak martabatkan tulisan jawi betul tak. Kalau nak jumpa TESCO dengan tulisan jawi, datanglah ke Kelantan ;]

Inilah antara serba sedikit yang mampu saya tulis. Banyak lagi kalau nak ditulis kesemuanya.

Undilah dengan bijak!

Bahang pilihan raya dah makin terasa. Sebagai seorang rakyat Kelantan, saya tak nafikan yang saya memang berminat dengan segala bentuk perkara yang melibatkan politik di Kelantan. Jujurnya, saya akui saya sememangnya selesa dengan kerajaan Kelantan yang ada sekarang. Entahlah, mungkin ini personal preference saya. Saya cuma menyokong apa yang saya rasakan betul.

Saya tak nafikan, lain orang, lainlah ragam dan caranya. Pada saya, saya cuma mengambil pendekatan yang termampu, sebagai seorang hamba Allah, dan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Apa yang termampu saya lakukan, hanyalah melihat pada luaran. Pada perkara-perkara zahir semata-mata. Soal keikhlasan, soal niat, itu semua di luar kemampuan kita untuk menilai kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Berbekalkan hati, akal, mata, telinga dan segala deria yang ada, aset-aset inilah yang harus kita gunakan dalam melakukan penilaian. Pilihlah parti dan pemimpin yang anda rasakan benar-benar layak. Undi itu adalah amanah. Sebab itulah kita kena mengundi dengan sebaik yang mungkin. Kalau ada yang masih ragu-ragu, buatlah solat isthiqarah setiap malam sebelum 8 Mac. Doakan semoga Allah tunjukkan yang mana pilihan yang lebih baik. Kita ini makhluk, semestinya kita tak tahu. Kadang-kadang, apa yang kita rasa kita tahu itu pun tak semestinya betul. Tapi yakinlah, bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Undilah dengan bijak!

Abah kesayanganku!



Kepada anak-anak abah, cuba teka mana satu abah? :D Kalau salah, takleh balik kampung dah! Iz dan Aya dah teka dengan tepat sekali hehe.

Kenangan masa dulu



Satu lagi gambar saya masa dulu-dulu. Em, rindunya bila ingat balik. Nampak old-school sangat gambar ni hehe. Bila ingat zaman dulu-dulu, kadang-kadang terfikir jugak mesti seronok kalau dapat jadi kecik balik. Tak payah fikir pasal study, pasal kerja, pasal duit, dan macam -macam masalah lagi. Yang ada dalam otak; makan, main dan tidur. Bila bangun esok pagi; makan, main dan tidur lagi.

Tapi, umur memang akan sentiasa bertambah. Nak tak nak pun, saya akan jadi besar jugak. Daripada kanak-kanak ribena, saya akan jadi remaja, dan seterusnya dewasa. Bila dah dewasa, saya akan jadi tua. Itupun kalau Allah benarkan saya hidup sampai ke tua. Kalau mati awal, itu pun kehendak Allah :)

Walau apapun, saya bersyukur sebab saya diberi peluang oleh Allah untuk membesar. Membesar dan mengenal dunia ini pun satu rahmat daripada Allah. Sebab dunia ini tak sama pada perspektif seorang kanak-kanak jika dibandingkan dengan seorang dewasa. Dan yang paling penting, dapat mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ini pun satu rahmat. Tiada apa yang lebih indah berbanding mendapat keredhaan Allah. Kita perlu bersyukur sebab kita hidup dalam nikmat iman dan islam yang merupakan dua nikmat yang paling besar yang Allah anugerahkan kepada kita. Tugas kita, adalah untuk menjaga kedua-dua nikmat tersebut sebaik mungkin.

Tiada gunanya hidup seribu tahun andaikata hidup tanpa beriman kepada Allah.
Peringatan buat diri sendiri terutamanya.

Nama-nama kesayangan hamba

Iz
Yang selalu panggil saya dengan nama ni: Abah, ma, nenek, tok
Asal-usul nama: Panggilan pendek kepada Fa-Iz. Sebut Iz saje lebih senang, jimat, cepat dan mesra.
Penggunaan dalam ayat:
Betul: Iz sedang membaca buku.
Salah: Izzzzzzzzzzzzzz................ (tertidur)

Abe
Pemanggil: Abah, ma, anun, dan adik beradik (termasuk kakak-kakak).
Asal-usul: Abe merujuk kepada abang dalam bahasa kelantan.
Penggunaan:
Betul: Abe adalah seorang abang yang kacak.
Salah: Shinzo Abe adalah perdana menteri Jepun.

Benben
Pemanggil: Kaklong dan kakak
Asal-usul: Taktau dari mana. Kena tanya kaklong.
Penggunaan:
Betul: "Benben, jom tengok wayang" kata Kaklong.
Salah: If we have two Big Ben, what do we call it then? Answer - Big Benben.

Ruben
Pemanggil: Adik-beradik
Asal-usul: Versi lain kepada benben. Dalam family saya, ada satu trend untuk panggil nama adik-beradik dengan tambahan suku kata Ru- kat depan dengan tujuan untuk suka-suka eg Rulom, Rukak, Ruya etc.
Penggunaan:
Betul: "Hish Ruben ni, sokmo bangun lewat" rungut kakak.
Salah: Ruben is a name of a rock band.

Pecok
Pemanggil: Kawan-kawan
Asal-usul: Nama saya semenjak di Smap Kajang dulu. Masa tu, satu kelas saya ada tiga orang nama Faiz. Jadi, untuk memudahkan nama kami dipanggil dan mengelakkan kekeliruan, nama kami dicantum dengan nama ayah. Disebabkan abah nama shukri, jadi Faiz tambah Shukri jadi la FaiShuk >> PaiShuk >> Pecok.
Penggunaan:
Betul: Pecok memang pemalu orangnya.
Salah: Mulutnya sungguh Becok.

Abe Iz
Pemanggil: Sepupu-sepupu yang lebih muda.
Asal-usul: Hanya tambahkan Abe pada nama Iz (hok aloh).
Penggunaan:
Betul: Abe iz tinggal di Pandan Indah.
Salah: Abe iz?

Paih
Pemanggil: Kawan-kawan di Kelantan.
Asal-usul: Paih adalah Faiz yang dikelantankan.
Penggunaan:
Betul: Paih ni.......krenak sungguh! (dalam dialek kelantan)
Salah: Paih ni, begitu nakal sekali perangai awak! (dalam dialek KL)

Faiz
Pemanggil: Cikgu-cikgu dan kawan-kawan baru
Asal-usul: Nama betul dalam kad pengenalan
Penggunaan:
Betul: Faiz, apa no. matrik awak?
Salah: Awak Faiz-atul Anum ke? (nama kawan perempuan saya dalam kelas)

Faizal
Pemanggil: Orang yang tersilap panggil nama saya
Asal-usul: Er.......
Penggunaan:
Betul: Awak bukan Faizal kan?
Salah: Awak Faizal kan? Baik awak mengaku!

Tak sama

Pernah sekali Anun tanya saya.

“Kenapa kita tak sama be?”

Memang betul, kami lebih banyak yang tak sama berbanding yang sama. Pernah jugak saya terfikir, bukankah lebih elok kalau kami banyak persamaan, samada daripada segi sifat, ataupun daripada segi minat. Sekurang-kurangnya, dapat juga berkongsi hobi yang sama. Tapi, bukan itu yang berlaku.

Saya akui, saya memang tak sama dengan Anun.

Saya seorang yang kurang sabar.
Tapi anun seorang yang sangat sabar dan tabah.

Saya cepat melenting bila orang melawan cakap saya (padah menjadi seorang pendebat).
Tapi anun lebih suka mengalah. Tak pernah melawan cakap saya, walaupun selalunya saya yang salah dan pentingkan diri.

Saya suka main games :)
Anun tak minat sangat (tapi saya sedang cuba pengaruhi anun hehe).

Saya sangat suka baca, ambil tahu dan mengikuti perkembangan politik.
Tapi anun sangat benci politik. Sebab politik sekarang payah nak cari yang bersih.

Saya tak suka kucing. Bukan benci, cuma tak minat.
Tapi Anun minat sangat kat kucing. Dan juga arnab. Dan juga semua binatang yang comel.

Saya takut dengan baby. Takut bila dia nangis, sebab saya tak pandai layan.
Anun pantang tengok baby, memang suka melayan pun. Baby ataupun kanak-kanak, semua tak terlepas.

Pendek kata, memang kami banyak ketaksamaan. Bukannya sengaja, tapi itulah hakikatnya. Bila anun tanya macam tu, saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin lebih baik macam ni :) Tak sama tak bermakna tak sesuai. Cuba ambil contoh magnet. Hanya kutub yang berlainan saja akan menarik antara satu sama lain, dan kutub yang sama akan menolak, betul tak. Ambil pula contoh enzyme dan substrate, tak pernah sama, tapi kedua-duanya saling melengkapi, ibarat kunci dan mangga. Begitu jugaklah dengan DNA, adenine perlu digandingkan dengan thymine, dan guanine pula dengan cytosine. Mungkin kita tak sama, tapi yang penting, kita saling melengkapi :) Itulah yang saya beritahu kat anun. Walaupun saya tahu, anun sentiasa menerima diri saya yang seadanya. Terima kasih nun :)

Saya suka Anun, sebab Anun adalah Anun, bukan sebab Anun adalah Faiz.

p/s: Oh yea, lupa pulak. Saya hitam, tapi anun putih :D

Home sweet home


Rumah manis rumah. Itulah terjemahannya secara literal. Bila dibaca macam tu, terasa kelakar jugak sebenarnya :) Tapi, itulah jugak yang menjadi idaman semua orang.

Apa sebenarnya yang menjadikan rumah ni manis?

Saya percaya, rumah yang manis ialah rumah yang berkat. Dan kita perlu ingat, bahawa keberkatan bukanlah diukur pada betapa luasnya rumah tu, atau betapa besarnya saiz tv lcd kat ruang tamu, ataupun kepada keluasan lamannya, ataupun pada bilangan bilik yang ada. Berkat datang dengan izin dan redha daripada Allah. Dan sudah pasti, rumah yang diisi dengan Islam itulah yang menjadikan rumah itu diredhai dan disukai Allah :) rumah yang penghuninya selalu solat berjemaah, rumah yang penghuninya selalu membaca Al-Quran, rumah yang bersih dan kemas, dan rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang kerana Allah. Itulah antara ciri rumah yang dihiasi dengan keindahan dan keagungan Islam :)

Bila rumah dah berkat, ramai yang akan suka tinggal di rumah. Tak rasa serabut otak, tak rasa tensen, tak rasa marah. Ini tidak. Balik rumah je tensen. Balik rumah je rasa nak marah. Rumah yang sepatutnya makin menenangkan, dah jadi sebaliknya. Sebab itu ramai yang lebih gemar lepak kat luar. Setiap hujung minggu, mesti kena keluar, jalan-jalan kat bandar. Bosan katanya bila duduk kat rumah.

Mungkin bila kita dah jadi macam ni, kita kena fikir balik, rumah aku ni berkat ke? :)

Antara bijak, rajin dan berkat

Ya Allah, banyak betul rasanya belajar medic ni. Serabut jugak otak kadang-kadang. Setiap kali saya rasa letih dengan medic, saya mesti kena call abah. Nak dapatkan semangat belajar balik. Kalau nak ikutkan, belajar medic ni senang. Asalkan kita tahu menghafal, insyaAllah boleh jawab exam. Pada saya, kursus kejuruteraan atau matematik lebih payah daripada medic. What makes Medicine a tough course, is the vast amount of knowledge that we have to remember. Every single thing must be on our finger-tip.

Abah pernah cakap “dalam medic, orang yang akan berjaya ialah orang yang rajin, bukan orang yang genius”. Bila saya fikir, memang betul pun. Genius saja tak cukup. Kita perlu rajin dan konsisten belajar. Kalau genius, itu satu bonus. Mungkin dia senang faham, senang ingat. Tapi pokoknya, dia tetap kena belajar. Walaupun bijak macam mana pun otak kita, saya tak rasa yang kita boleh tahu apa saraf yang supply otot gluteus maximus tanpa kita belajar dan hafal.

Tapi bijak dan rajin bukan segalanya. Yang lebih penting, ialah keberkatan. Biarlah bijak macam mana pun otak kita, biarlah rajin macam mana pun kita, kita pasti takkan berjaya tanpa keberkatan dan pertolongan daripada Allah. Sebab itu kita perlu sentiasa berdoa. Dan doa perlu disertai dengan usaha, itu yang Allah tuntut. Allah pasti akan menolong orang yang berusaha.

Usaha, berdoa dan bertawakal. Pesan kat mak dan ayah suruh doakan kejayaan kita jugak. Sebab doa mereka lebih makbul. Apalah sangat doa saya ni kalau nak dibandingkan dengan doa mak ayah. Seribu kali doa saya pun mungkin takkan mampu menyamai keberkatan satu doa daripada ma dan abah. Begitu jugak dengan doa guru-guru. Sebab itu penting untuk kita hormat mak ayah dan guru-guru. Sama-samalah kita amalkan. InsyaAllah.

Saya sedar saya tidak sebijak abah, dan tidak serajin ma. Tapi ma abah jangan risau, insyaAllah iz akan usaha yang terbaik. Demi Islam, demi ma abah, dan demi orang-orang tersayang.

Beris.....

Di beris, tepi rumah nenek

Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ini, saya semakin suka pada kampung. Maksud saya, saya suka pada suasana, kedamaian dan kehidupan di kampung. Sebelum ni pun, bukanlah bermakna saya tidak suka, tapi perasaan itu tidaklah kuat seperti sekarang. Mungkin jiwa saya jiwa kampung agaknya. Bila saya cakap nak buat rumah kat Beris (ie kampung sebelah mak) bila besar nanti, orang yang paling gembira dengar ialah nenek.

“ada jugok cucu nenek hok nok duk Beris” kata nenek. Sejuk hati saya. Iyelah, cucu mana yang tak seronok tengok nenek dia gembira.


Apa-apapun, kampung Beris ni pun kampung saya jugak. Ma pun pernah cakap nak buat rumah kat Beris nanti, lepas pencen. Jadi, kalau saya duduk di beris, adalah jugak orang yang tolong tengok-tengokkan ma dan abah. Lagipun, best apa duk beris! Kalau balik kampung dengan adik-adik, kitorang selalu melencong ke Pantai Irama dekat Bachok. Seronok. Dapat tengok laut, lepak tepi pantai sambil ambil angin, duduk borak-borak sambil makan ‘satay ikan’ dengan kuah pedas atau manis, dan kalau wallet berisi, boleh lepak dekat gerai yang ada di sepanjang pantai tu; makan keropok, ikan celup tepung, kerang, ketam dan minum air kelapa. Best!

Minum-minum di Pantai Irama

Saya tak nafikan, tinggal di Kubang Kerian pun seronok. Tapi, Kubang Kerian sekarang bukan macam zaman saya sekolah rendah dulu. Dah penuh sesak. Rumah dah makin banyak, kereta pun penuh, kedai-kedai tumbuh macam cendawan lepas hujan, sampaikan kami pun dah naik rimas. Cuma satu je, Kubang Kerian ni penuh dengan kenangan kami satu family. Dah lebih kurang 12 tahun kami tinggal kat sini. Banyak sangat kenangan yang berlaku kat Darul Hannan, rumah kesayangan kami. Tak mungkin saya boleh lupakan semua tu.

InsyaAllah, kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki, mungkin saya akan menetap di Beris. Semuanya bergantung kepada rezeki dan keizinan daripada Allah.

Alkisah saya dan budu

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya tak makan budu. Padahal, saya ni orang kelantan, mak ayah pun orang kelantan, dan sekarang pun saya menetap di kelantan. Ramai dah yang tanya, itu yang saya pelik tu.

Senario 1:

B: weh, nape ko tak makan budu ek?
F: kenapa aku kena makan?
B: ko kan orang kelantan.
F: oh okay =.="

Senario 2:

F: Makcik, bagi nasi kerabu tanpa budu satu ek. Bungkus ye.
M: Adik tera la budu ni..sedap dik......adik oghe mano?
F: Saya orang kelantan makcik.
M: HAH! oghe kelate pun tok make budu?
F: Er....................

Jadi, untuk menjawab persoalan ni, saya ada fikirkan 5 sebab yang mungkin menjadi faktor kenapa saya tak makan budu:

1. Genetik
2. Persekitaran
3. Pengalaman buruk
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Kekangan masa

Tapi,

Kalau nak kata sebab genetik, mak ayah saya dua2 makan budu. Datuk dan nenek pun makan budu. Siap nenek pandai buat budu sendiri lagi. Moyang saya pun makan budu!

Jadi,
1. Genetik = REJECTED!

Kalau nak kata sebab persekitaran yang tak membantu, saya rasa satu family saya makan budu. Kecuali saya dan Wit. Abah dan Ma suka makan budu. Kaklong gila budu. Kakak kaki budu. Aya pemakan budu. Adik syiham pun makan budu!

Jadi,
2. Persekitaran = REJECTED!

Kalau nak kata saya ada pengalaman buruk masa makan budu, untuk pengetahuan semua, saya tak pernah try pun lagi budu ni sebenarnya! Kalau tak pernah makan in the 1st place, macam mana nak ada pengalaman buruk?

Jadi,
3. Pengalaman buruk = REJECTED!

Em, pengaruh rakan sebaya logik tak? Jap-jap saya fikir, Aqim makan budu, Hadi pun makan, Awe dan Jatak pun makan. Bear (room-mate saya) yang asal dari Penang pun peminat setia budu! Baiklah, saya rasa boleh agak apa jawapan dia.

Jadi,
4. Pengaruh rakan sebaya = REJECTED!

Kekangan masa? Hish, mengarut!

5. Kekangan masa = REJECTED!

Aduhai, semua kena reject ni. Entah bila saya akan dapat jawapan ni. Mungkin saya cuma mengalami buduphobia je kot! Apa-apapun, kepada penggemar budu di luar sana, nikmatilah video ini:

Betul tapi tak benar


Berita Harian Online

Berita Harian (10/1/08) - Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

Sekali lagi mata saya tertarik dengan isu yang melibatkan negeri Kelantan. Wah, fanatik jugak saya terhadap Kelantan. Entahlah, mungkin disebabkan saya tidak bersetuju dengan kandungan artikel tersebut. Tajuk yang betul, tetapi tidak benar. ‘Betul’ dalam erti kata, bahawa retorik agama sememangnya tidak akan membawa sebarang kemajuan kepada sesebuah negeri, tetapi ‘tidak benar’ kerana bagi saya, tiada retorik agama yang berlaku di Kelantan. Banyak fakta yang pada saya bercanggah dengan hakikat sebenar. Selaku rakyat Kelantan, yang membesar di Kelantan, saya merasakan terlalu banyak kenyataan-kenyataan yang berbentuk fitnah dalam artikel tersebut dan perlu bagi saya untuk membetulkannya.

Saya bukanlah seorang ahli politik, apatah lagi seorang sutradara yang mahir dan bijak berkata-kata. Namun, saya mengharap, semoga setitis ilmu dan pengalaman yang saya miliki, sedikit sebanyak membantu saya, dengan berkat dan keizinan daripada Allah.

Di sini, saya sertakan bersama fakta asal artikel tersebut, diikuti dengan komen saya:

Pertama:

“SEPANDUK, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan Islam di jalan raya memberi ingatan berguna kepada orang ramai. Namun tanpa pelaksanaan sebenar hukum Islam, semua ini mengaburi mata rakyat dan kosmetik bertopengkan agama.

Simbol dan slogan atau retorik agama tidak akan membangunkan rakyat bersama Islam, malah membuka laluan kepada keruntuhan dan kekufuran. Pas sudah berkali-kali berjaya dengan cara ini dan akan meneruskan amalan buruk ini semata-mata untuk memenangi pilihan raya.”

Ya Allah, sedih hati saya bila terbaca kenyataan sebegini. Yang pertama, artikel ini seolah-olah mempertikaikan niat kerajaan Kelantan dalam melaksanakan segala yang diperkatakan tadi. Sudah saya katakan dari dulu, dalam kita menilai sesuatu perkara, nilailah sekadar kemampuan kita, yakni menilai dari sudut zahir. Usah dipertikaikan soal niat kerana itu di luar kemampuan kita. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah. Oleh itu, serahkanlah soal niat dan keikhlasan itu kepada Allah. Bersangka baiklah selalu, kerana itu tuntutan agama kita.

Yang kedua, saya sememangnya tidak bersetuju dengan soal ‘tiada pelaksanaan oleh kerajaan kelantan’. Entah pernah atau tidak penulis ini pergi melawat Kelantan saya pun tidak tahu. Pada saya, banyak pelaksanaan dan implementasi yang telah dilakukan oleh kerajaan Kelantan. Lihat saja iklan-iklan pada billboard di seluruh negeri Kelantan, kesemuanya menutup aurat. Baik iklan Celcom yang memaparkan wajah maya Karin bertudung lengkap selaku watak utama, hinggalah kepada iklan Digi yang menyelitkan gambar wanita bertudung, walaupun hanya sebagai watak sampingan (watak wanita tersebut kecil sahaja jika dinisbahkan dengan watak utama lelakinya). Tindakan kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang menutup aurat bagi muslim, dan berpakaian sopan bagi bukan muslim di Kota Bharu, juga bukti pelaksanaan hukum Islam. Ceramah-ceramah agama oleh tuk guru Nik Aziz sendiri pada setiap hari Jumaat adalah contoh pengkayaan ilmu yang cuba diterapkan oleh kerajaan Kelantan. Usahlah dituduh itu adalah ceramah politik, kerana itu hanya membuktikan bahawa mereka tidak pernah pergi pun ke ceramah tuk guru. Semua ini adalah bukti implementasi dan pelaksanaan yang saya tidak pernah nampak pun di Selangor (tempat saya belajar sekarang. Tentang negeri lain, saya tidak pasti dan tidak mahu bersangka buruk). Iklan menutup aurat? Ceramah agama oleh Menteri Besar Selangor setiap hari Jumaat? Heh (read:senyum sinis).

Kedua:

“Selepas berkuasa, mereka tidak akan menyebut atau merujuk lagi kepada janji manis dan harapan tinggi dalam manifesto. Jika hendak membina sebuah masjid pun disuruh rakyat menyediakan tanah dan wang, apa erti manifesto parti? Siapakah yang munafik?”

Saya tidak pasti dengan perihal “rakyat perlu menyediakan tanah dan wang sendiri untuk membina masjid”, samada ianya benar ataupun tidak. Saya belum pernah bertanyakan hal ini kepada kepimpinan kerajaan Kelantan sendiri. Iya, kerajaan Kelantan mengakui bahawa mereka tidak pernah membina masjid, cuma sekadar membaiki masjid-masjid sedia ada. Pada saya, kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang berbeza dalam kes ini. Tumpuan diberikan lebih kepada soal mengimarahkan masjid, memenuhkan masjid dengan jemaah (bukan setakat imam dan bilal serta AJK masjid) dan pengisian agama, dan bukannya kepada soal bilangan masjid yang dibina. Membina masjid pun memerlukan wang, jadi andaikata masjid sudah mencukupi, pendekatan yang seterusnya adalah memuliakannya dan mengimarahkannya. Betul kan? Sepanjang hidup saya di Kelantan selama ini, belum pernah saya mengalami masalah mencari masjid untuk bersolat. Datanglah ke Kelantan, rasai dan alamilah sendiri. Itu nasihat saya.

Ketiga:

“Yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam. Mereka membanjiri lot kedai dan komersial yang dibina tanpa menampakkan perubahan di kalangan pemilik dan peniaga Melayu.

Apakah yang sebenarnya berubah sesudah Kelantan berpindah daripada tangan Barisan Nasional (BN) ke tangan Pas sejak 18 tahun lalu? Apakah rakyat membangun bersama Islam? Yang jelas dan pasti membangun di Kelantan ialah ekonomi bukan Melayu. Bilangan mereka juga semakin meningkat.”

Ayat “yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam” ini cukup kelakar bagi saya. Bukankah ayat itu juga boleh diapply pada negara Malaysia sendiri. Malaysia juga dipimpin dan ditadbir oleh orang Islam. Pak lah orang Islam, Datuk Seri Najib pun orang Islam. Tapi, orang yang paling kaya di Malaysia ni orang Melayu ke? Kalau bukan Datuk Robert Kwok, yang merupakan taiko gula dan pemilik rangkaian hotel Shangri-la, mestilah taiko Maxis dan Astro, Datuk Ananda. Kalau ada pun orang melayu dalam senarai sepuluh orang terkaya di Malaysia pun hanyalah Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary, Pengerusi Yayasan Albukhary. Satu persepuluh bukanlah angka yang besar dalam kamus Matematik.

Saya tidak nafikan, semenjak pembinaan KB Mall, bilangan kaum bukan melayu yang berniaga di Kelantan semakin bertambah. Tapi, sekurang-kurangnya, penguasaan market dan perniagaan di Kelantan masih dimonopoli oleh orang melayu. Cuba lihat di sekitar KL, Selangor ataupun Pulau Pinang, senarionya jauh berbeza. Satu-satunya kedai milik orang melayu di KLCC yang mampu bertahan suatu ketika dahulu (ie Kelantan Delights) pun saya tak pasti ada lagi ke tidak. Entah-entah dah pupus! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Elok jugaklah peribahasa ini dicipta, sebab ada juga kegunaannya.

Keempat:

“Sekiranya Kelantan tidak begitu mundur, ia akan menerima banyak perubahan daripada kegiatan pelbagai macam industri dan kegiatan ekonomi. Tetapi semua ini tidak akan terjadi kerana pemimpin Pas memilih untuk mundur.”

(Untuk bidasan ini, rujuk entry ‘Kelantan.....oh tanah airku.’)

Kelima:

“Pemimpin Pas pada hakikatnya bimbang akan kehilangan kerusi kerana kehilangan kerusi bermakna kehilangan pendapatan dan mata pencarian sebagai wakil rakyat. Tidak munafik jika mereka menggunakan agama dan ayat al-Quran untuk menang atau jika mereka memesong dan mengelirukan fikiran rakyat untuk mengekalkan kuasa.”

Ya Allah, senangnya mulut ini berkata-kata. Walaupun saya sendiri pernah melihat betapa besarnya mahligai-mahligai pemimpin politik BN, saya tetap tak berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini secara terbuka. Bimbang, kalau-kalau mereka benar-benar ikhlas, bukankah saya telah mengeluarkan fitnah. Andaikata ada seorang dua pemimpin Pas yang bertindak sebegitu, adalah tidak adil untuk menghukum kesemua pemimpin Pas sebagai taksub kuasa. Nasihat saya, datanglah sendiri ke Kelantan. Tengok sendiri rumah-rumah pemimpin Pas, dan cuba bandingkan dengan pemimpin BN yang lain. Entah-entah, rumah penulis artikel ini sendiri pun lebih besar berbanding rumah tuk guru Nik Aziz. Kalau tak kenal, saya boleh tolong bawakkan. Pulau Melaka tak jauh dengan rumah saya di Kubang Kerian. Lepas itu, fikir-fikirkanlah, siapa sebenarnya yang lebih takut kehilangan kuasa, pemimpin Pas ataupun BN.

Keenam:

“Mereka begitu taksub mengembang dan memperluaskan pengaruh politik kepartian daripada mimbar masjid. Apatah lagi apabila hujah khatib tidak dapat diserang balas oleh makmum yang mendapati pendapat mereka itu salah.”

Soalan saya, pernah tak si penulis ini datang mendengar khutbah di Kelantan? Kalau tak pernah, datang dulu dan dengar. Lepas tu, barulah keluarkan kenyataan yang betul. Saya yakin sesiapa sahaja yang pernah bersolat Jumaat di Kelantan, akan faham dengan apa yang cuba saya sampaikan ini.

Kesimpulan:

Inilah antara serba sedikit petikan artikel tersebut. Kalau nak dibidas semua, takkan habislah jawabnya. Apa yang termampu saya lakukan adalah untuk highlight seberapa banyak yang mungkin. Maafkan andaikata ada yang tidak setuju ataupun terkilan dengan penulisan saya kali ini. Perbezaan pendapat adalah fitrah. Terpulanglah kepada sesiapa yang ingin mendengar dan menerima. Bagi saya, ini tanggungjawab saya selaku rakyat Kelantan, untuk membela maruah negeri saya, kerana saya yakin, bukan semua orang berkesempatan datang dan merasai sendiri kehidupan di sini. Apa yang digambarkan dalam media, mungkin jauh terpesong dengan hakikat sebenar.

Pendapat peribadi saya, persoalan yang timbul bukanlah pada parti mana yang memerintah, tetapi parti mana yang memperjuangkan Islam. Andaikata BN memperjuangkan Islam sebenar-benarnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memilih BN dan begitu juga sekiranya Pas tidak melaksanakan Islam, saya juga tidak akan membela Pas seperti yang saya lakukan kali ini. Saya bersangka baik pada kedua-dua parti, bahawa mereka mahu memperjuangkan Islam, baik BN dengan Islam Hadhari dan Pas dengan kepimpinan ulama’nya. Apalah hak saya untuk mempertikaikan niat dan keikhlasan mereka, sedangkan saya juga manusia biasa, yang sifatnya dan fitrahnya terbatas. Yang tinggal sekarang, hanyalah pembuktian dan pelaksanaannya. Itulah asas kepada penilaian saya, selaku manusia yang daif lagi hina serta terbatas.

Wallahu’lam.

Puding Jagung!


Bergambar di akhir program

Hujung minggu lepas, Medical Student Club USIM, di bawah biro sukan dan rekreasi (Abang Im), telah menganjurkan sukan intra-fakulti untuk kali yang kedua. Seperti tahun lepas, hanya dua acara sahaja yang dipertandingkan, iaitu futsal untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan.

Jadi, untuk game futsal, kitorang semua dibahagikan kepada 6 team; 5 team student dan 1 team staff. Undi punya undi (random ke ni Im?), saya ditakdirkan tercampak ke team D. Tak kisahlah, team mana-mana pun sama je kot. Nak main untuk seronok-seronok je. Itu mind set saya. Saya rasa penting juga ada mind set macam tu, sekurang-kurangnya senang sikit saya nak terima kekalahan (in case) nanti.

Yang seronoknya, masa nak pilih nama team, Im mintak saya pilih satu nama untuk team kitorang. Hadui, parah ni. Nak letak nama apa plak ni? Saya dah la lemah bab-bab bagi nama ni. Saya minta tangguh jap. Mintak-mintak dapat la tanya pendapat ahli team saya yang lain. Tapi, Im macam nak cepat je. Kesian pulak dia.


Hm, bagi je la nama Puding.

Puding dalam jersi no. 4, me in no. 5!

Nama tu saya fikir sempena nama goal keeper kitorang, Sharifuddin b. Ismail yang kitorang panggil Pudin. Masa tu, semua team pun pilih nama santai-santai je; Pacat Hensem, Jawa, Chua Soi Lek, Anak Itik etc.

Jadi la nama team kitorang Team Puding Jagung (Selepas diedit oleh Ajes).

Tapi, malangnya, apa yang tertera di board markah tidak sama dengan apa yang kami tulis!


Puding Pisang..........Puding Laici............er.........


p/s: Itulah siapa suruh pilih nama makanan sangat!

p/s: Team kami berjaya menang 2 game, kalah 2 game, dan seri 1 game. Dapatlah tempat ke-4 out of six teams. Apa-apapun, syukur Alhamdulillah.

p/s: Credit to Awe for all these pictures. Thank you We.