The whole day hari ni dihabiskan di spa. Habis merah hidung kaklong sebab dia keluarkan blackhead. sakit... Pakej pengantin kat sini dlm rm230 full body.dari hujung rambut ke hujung kaki. sampai tunang kaklong call, hai lamanya..hehe Best tapi memandangkan kaklong tak biasa kene urut, jadi terasa la penat skit lepas balik tu. Yg bestnye wangi!!hehe adik2 (syiham dan aya) tak habis2 cium dan pegang2..wangi katenya. So kepada bakal pengantin yg lain, sila lah pegi.wangi dan best...see u all esok utk laporan terakhir..
Thursday, May 29, 2008
Hari Ke - 2
The whole day hari ni dihabiskan di spa. Habis merah hidung kaklong sebab dia keluarkan blackhead. sakit... Pakej pengantin kat sini dlm rm230 full body.dari hujung rambut ke hujung kaki. sampai tunang kaklong call, hai lamanya..hehe Best tapi memandangkan kaklong tak biasa kene urut, jadi terasa la penat skit lepas balik tu. Yg bestnye wangi!!hehe adik2 (syiham dan aya) tak habis2 cium dan pegang2..wangi katenya. So kepada bakal pengantin yg lain, sila lah pegi.wangi dan best...see u all esok utk laporan terakhir..
Friday, May 23, 2008
Hari ke - 7
Esok jugak, saya akan bertolak pergi ke KL dah. Drive dengan Aya dan adik. Elok jugak, takdelah saya bosan dan mengantuk sangat nanti. Sesi semester tahun 4 akan start hari Isnin, 26hb Mei.
Em, kejap je cuti sebulan saya.
Kalau tak ada aral melintang, saya akan balik pada malam 30hb Mei nanti. Masa malam kaklong diakad nikahkan. Maknanya, pagi esok pagi terakhir lah kot saya jumpa kaklong sebelum kaklong jadi isteri orang. Mungkin hidup kami takkan sama macam dulu dah. Iyelah, kaklong dah jadi isteri orang, tak boleh dah dia nak jadi keanak-anakan dan bergurau macam sekarang. Tapi, apapun, saya positif yang perubahan itu adalah perubahan ke arah hidup yang lebih baik ;) Kalau kami rindu kaklong sangat, kami mintak je lah kaklong datang melawat iye dak ;)
p/s: Biarlah bakal anak saudara saya nanti je yang keanak-anakan sebab memang dia kanak-kanak pun. Kaklong dah kena bersara! ;D
Thursday, May 22, 2008
Hari ke - 8
Apa2pun, puas hati jugak lah dapat selesaikan beli barang untuk majlis kaklong. Banyak jugak yang kitorang beli. Antaranya termasuklah; dulang, reben, bunga mangga, beg kertas, beras dan jugak jersey MU. Dua benda yang terakhir tu untuk kegunaan keluarga kaklong dan adik lelaki kaklong bernama Faiz. Tiada kena mengena dengan majlis kahwin kaklong ;)
p/s: Maaflah, saya agak mengantuk sedikit malam ni. Dah tertidur pun tadi sebelum bangun balik. Semua gara2 Champions League!
Wednesday, May 21, 2008
Hari ke - 9
Aih, ada ke boleh relax. Saya yang nak kahwin lagi 3 tahun pun dah berdebar. Haha. Perasaan yang diperbesar2kan lah ni.
Tapi, memang logik pun kalau kaklong nak rasa berdebar. Iyelah, hari bersejarah dalam hidup dia. Mesti la kita berdebar jugak kan. Saya rasa semua ahli keluarga saya berdebar; termasuklah nenek, tokwan, ma abah dan jugak adik beradik. Untuk nenek, ini cucu pertama nenek yang nak berkahwin. Untuk tokwan, ini cucu kedua tokwan, tapi cucu perempuan pertama yang nak kahwin. Untuk ma abah, ini anak sulung mereka yang nak kahwin. Dan untuk kami adik beradik, ini perkahwinan kaklong kami. Kalau saya kahwin dulu, maksudnya ini perkahwinan kedua di kalangan adik beradik. Tapi malangnya, saya belum berkahwin lagi. Modal belum cukup - aduhai.
Harap2nya, segalanya akan berjalan lancar. Kami semua cuma mengharapkan yang terbaik untuk kaklong.
Tuesday, May 20, 2008
Hari ke - 10
Cepat pulak masa ni berlalu.
Harini, saya temankan kaklong pergi tempah kek sebagai hantaran kepada pihak lelaki. Kitorang pergi beli dekat kedai Muhibah Cake Shop, tak jauh dari KB Mall. Entahlah kenapa dalam banyak2 kedai kek, kedai ni jugak yang kaklong berkenan. Sedap kot kek dia. Entahlah. Wallahu'alam. Apa2pun, kek kaklong warna merah jambu dan putih. Ada bunga2 dengan hiasan macam kain berlipat2.
Hish, apahal saya cerita pasal kek pulak. Macam pakar kek je haha.
Deposit untuk tempahan kek? RM15 sahaja ;)
Monday, May 19, 2008
Hari ke - 11
"aduh....laparnyo dik....nak pengsan dah kito...." sambil saya dan adik syiham berbaring dekat atas karpet.
"iyelah2.....meh kaklong pergi goreng"
Taktik lama. Tapi, masih berkesan hehe. Dan sejak kaklong nak kahwin ni, saya perasan kaklong makin senang memasak untuk kitorang. Senang dalam erti kata tak banyak songeh - ops. Sebelum ni macam lama jugaklah nak kena pujuk kaklong baru kaklong sudi pergi buat. Sekarang ni belum sempat nak berlakon pengsan, kaklong dah pergi goreng dah ;)
Itu yang kitorang makin naik minyak tu *laugh*
p/s: long........nak milo!!
Sunday, May 18, 2008
Hari Ke - 12
"Aya suka bihun lagi", kata Aya.
"Adik pun", adik syiham menyampuk.
"Em, iz pun suka bihun", kata saya selaku satu2nya wakil rakyat lelaki kat meja tu *laugh*
"Kaklong nak mee tapi...bihun leceh..sebab kena rendam lama2" bidas kaklong.
"kitorang tengok dari perspektif tukang makan, tapi kaklong tengok dari perspektif tukang masak" saya bergurau.
"bila lagi nak makan masakan kaklong...sebelum jadi isteri orang kan.." Ma menambah.
"Em, sebelum dilarikan haha" kata saya.
Kesimpulannya: Perbincangan petang tu akhirnya berakhir dengan sia2. Kami tak dapat pun penyelesaian apa untuk menu pagi esok ;) Apa2pun, sokong bihun!
Saturday, May 17, 2008
Hari Ke - 13
Harini jugak, langsir bilik pengantin kaklong dah sampai. Warna coklat muda. Langsir kat dapur pun dah sampai. Walaupun dapur bukanlah 'dapur pengantin', tapi eloklah jugak kalau diberi wajah baru ;)
Oh yea, petang tadi, saya teman kaklong pergi tengok baju pengantin kaklong, samada dah siap ke belum. Saya macam biasa bertindak selaku driver sepenuh masa kat rumah huhu. Takpelah, tunggu saya nak kahwin nanti, kaklong pulak yang jadi driver saya *laugh*
Hari Ke - 14
Aih, macam mana nak diet ni kaklong?
Masa makan tengahari, abah tanya;
"Dah berapa kilo dah turun long?"
Kaklong tersengih.
"Ha, ngaku cepat" celah saya.
"kaklong tak timbang la" jawab kaklong.
Nampaknya kaklong bagi jawapan selamat ;)
Thursday, May 15, 2008
Hari Ke - 15
Mujur sedap. Rasa macam kari mamak. Cuma versi Kelantan.
Kaklong tak makan tengahari lagi. Cuma makan buah laici dan kek pisang. Diet kot. Gambate kaklong!
"15 hari terakhir bersama Kaklong"
"15 hari terakhir bersama Kaklong"
Khas untuk Kaklongku.
p/s: Nanti boleh keluarkan tajuk "15 hari terakhir bersama Kakak". Tapi, kena tunggu kakak nak kahwinlah dulu.
Monday, May 12, 2008
Aya dan adik
S: Bosanlah aya tak ada kat rumah..taktau nak main dengan sape :(
F: Aih, sekarang baru rindu.. Masa aya ada kat rumah jadi "serabut" (read:tensen) pulak kan... (saya mengusik)
S: Haah, betul jugak..
F: oh okay =.="
Hai, entahlah. Pelik2 jugak budak 2 orang ni. Masa dua2 ada kat rumah, asyik bergaduh je. Tapi, bila salah sorang takde, rindu pulak. Patutlah ada peribahasa, "Sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan". Memang patut pun tinggalkan diorang ni. Lagi lama lagi bagus, bagi dia rindu banyak sikit ;D
Macam tu lah kot adik beradik. Bergaduh macam mana pun, yang tu lah yang kita duk rindu nanti. Bergaduh pagi, petang baik semula. Harini cubit adik, esok abah cubit kita balik ;)
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk ibu tercinta, Hail Miah bt Hj. Awang Noh ;)
Thank you mom for always be there for me.
Every mom is the greatest mom in their children's eyes. You are the best, not because we are your children, but it's because you are our mother!
You carry me everywhere u go for the 1st 9 months we are together, having all kind of hardship, pain, just to make sure I am safe and sound in there. You risk your life, just to make sure I can see the world out there.
It's hard for me to say that I love you so much. Even though I do. And I hate myself for being such a way. But all that I can say, if your love for me is as big as a mountain, then mine for you will worth two mountains.
Thank you mom. For being my mom. And for having me as your son.
I may not be a great son, but with no doubt, you are a great mom for me! May Allah Bless you.
With love,
Your only son - Faiz Shukri @ Abe -
Wednesday, May 7, 2008
Abah kesayanganku!
Jangan menangis......
“Adik bejange betiok……mama nok pegi besoloh……” (adik jangan menangis, mama nak pergi sekolah)
Itulah antara rangkap lagu yang kakak selalu nyanyikan untuk saya masa saya kecik. Setiap kali mak saya nak ke sekolah untuk mengajar, saya selalu menangis. Tak tahulah apa kena dengan saya masa tu, malu pulak bila ingat balik. Tapi takpelah, saya maafkan diri saya sebab saya masih kecik masa tu (alasan yang baik). Saya anak bongsu ke masa tu? Entahlah, tak pasti pulak Wit dah lahir ke belum. Apa2pun, saya bertuah sebab ada kakak yang sanggup pujuk. Saya tak nafikan dari segi pronunciation memang banyak salah, grammar pun lintang pukang, pitching lari, melodi tak tentu hala dan suara kakak pun tak merdu mana.
Cuma yang peliknya – saya berhenti pulak menangis!
Adik oh adik.......
Adik: Tolong, adik tersangkut ni. Huhuhu.
Orang ramai: Tu lah, adik makan banyak sangat ni.
Adik: Habis tu nak buat macam mana ni…..adik nak balik =’(
Orang ramai: Tunggu esok, bila adik dah lapar balik, mesti boleh keluar.
Adik: (Huhuhuhuhuhuhuhuhu)
p/s: Gurauan untuk adik Syiham. Hehe. Kuat makan adik loni ni =p
Kasih yang berpanjangan......
Alhamdulillah. Moga Allah berkati jodoh mereka hingga ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati anak-anak melainkan melihat mak dan ayah mereka bahagia.
"Cinta tak pernah kenal usia"
Something from my little sis....
p/s: Teringat zaman-zaman bersongkok dulu-dulu......
Nilai sebuah ciuman..
Mahal sangatkah nilai sebuah ciuman seorang abang? Sampaikan teramat payah rasanya untuk saya lakukan. Entahlah, sampai sekarang pun saya tak mampu nak jawab. Bukannya kedekut, apatah lagi tak sudi. Mana ada abang yang tidak sayangkan adik mereka sendiri. Terlalu sayangkan mereka sehinggakan kadang-kadang bersikap terlalu "protective". Tapi, bila si adik nak cium pipi, terus saja mengelak. Sedangkan untuk dicium pun dah begitu payah, apatah lagi untuk merelakan diri mencium pipi adik-adik. Kadang-kadang, terasa sayu jugak hati saya, bila mak cakap "abe, bagi la adik cium...kesian dia...." setiap kali saya cuba mengelak.
AyaSaya harap, biarlah saya seorang saja yang jadi abang yang sebegini aneh. Jangan kedekut untuk dicium, apatah lagi mencium. Janganlah bila kita nak dikapankan, baru adik-adik ada peluang untuk cium. Jangan jadikan ciuman pertama mereka sebagai yang terakhir.
Tak salah menyayangi adik-adik. Kalau bukan kerana adik-adik, kita takkan jadi seorang abang. Betul tak? Kalau bukan sebab untuk jaga dan sayang adik-adik, saya pun tak mahu jadi abang =]
Ditujukan untuk adik-adik tersayang: Wit, Aya dan Syiham.
Troli airport = troli kami!!
Inilah gambar 3 orang budak yang kesunyian dan menjadikan troli sebagai alat mainan!! Nak kata ada beg besar, kosong je saya tengok troli tu. Kalau ada pun, sayalah yang jadi "barang" sebab saya duduk dalam bakul. Kaklong pulak menjadikan saya sebagai bantal, dan kakak bertindak selaku "pak guard", untuk memastikan tiada orang datang mengambil troli kami!!
Eh, nak bawak kemana troli tu? Hadui, nakal betul budak-budak ni (kecuali yang di dalam bakul tu, dia tak bersalah langsung). Ni mencabar security airport ni!!!









