Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, May 15, 2008

Hidup yang singkat

Hidup ini singkat. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Petang semalam, jiran saya, Allahyarham Nik Man telah selamat kembali ke rahmatullah. Memang saya tak sangka, sebab rasanya saya baru je tengok dia bawak kereta haritu, berselisih dekat lorong nak ke rumah saya. Memang kami sekeluarga pun terkejut.

Lebih kurang seminggu sebelum tu, saya dimaklumkan dengan pemergian seorang pensyarah Community Health saya, Prof Idris. Jujurnya, saya memang sangat terkejut. Sebab Allahyarham nampak sihat dan bertenaga pada saya.

Tapi, ajal dan maut itu kehendak Allah s.w.t. Kita mungkin sihat, tak ada sakit2. Tapi, kalau Allah nak kita mati, masa tu jugaklah kita mati, seperti yang telah Allah tetapkan. Tak awal ataupun lewat walau sedetik pun. Dan tak ada siapa pun yang tahu, bila dia akan mati, melainkan Allah s.w.t sahaja.

Entahlah, kita selalu rasa yang kita akan hidup lama. Pelik kan? Padahal, bila2 masa dari sekarang pun, kita boleh mati. Sebab itulah kita lalai. Sebab kita selalu rasa ada masa lagi untuk kita bertaubat, walaupun kita sendiri tak tahu. Pernah tak kita terfikir,

"kalaulah tiba2 aku dilanggar kereta, sempat ke aku bertaubat?"

"kalau aku mati sekarang, siapa yang nak tolong selesaikan hutang2 aku ni..."

Sebab itulah Allah suruh kita selalu ingat pada kematian. Supaya kita lebih alert. Supaya kita sedar yang hidup kat dunia ni sekejap je. Agar kita tahu apa yang perlu kita buat dengan baki hidup yang kita ada ni. Kita kena ingat, dunia ni hanya persinggahan, akhirat itu yang kekal. Dan kita hanya diberi satu peluang ni je untuk kumpul seberapa banyak bekalan untuk kita bawak ke akhirat. Satu peluang! Tak lebih dari itu. Fikirkanlah, kalau satu peluang yang kita ada ni kita sia2kan, bukankah tersangat rugi.

Hidup teramatlah singkat. Kita mungkin sedar. Kita mungkin tidak. Renung2kanlah.

Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Prof Idris dan Nik Man. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai Allah s.w.t

Wednesday, May 7, 2008

Mencintai vs dicintai


Mencintai dan dicintai.

Soalan: Adakah kita mencintai kerana dicintai ataupun kita dicintai kerana mencintai?

(Penulis: Er......)

Pada saya, untuk dicintai, kita harus mencintai terlebih dahulu. Dengan kata lain, untuk dicintai atau disukai, kita harus mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mencintai dan juga menyukai sesuatu.

Tiada orang yang tak suka dicintai. Kerana perasaan dicintai dan disayangi itu sangat indah. Sangat bahagia. Anak mana yang tak gembira bila dicintai orang tuanya. Suami mana yang tak suka dicintai isterinya. Ayah mana yang tidak mahu dicintai anak-anaknya. Semuanya sama, mahu dicintai dan mahu disayangi.

Persoalannya, adakah kita mencintai terlebih dahulu. Adakah si anak itu mencintai orang tuanya? Adakah si suami mencintai isterinya? Dan adakah si ayah mencintai anaknya?

Usah ditagih cinta sekiranya kita tidak mahu mencintai.

Sedangkan pokok pun harus dibelai, dimanjakan dengan menyiram, membaja dan sebagainya, sebelum "cinta" itu dibalas kembali dengan buah dan hasil, inikan pula manusia, yang punya hati dan perasaan.

Yang paling penting, cintailah Yang Maha Esa, Allah s.w.t. sebelum mengharap cinta daripada-Nya. Pasti, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada-Nya =]

Renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Hidup ini Indah...

Hidup ini Indah.

Setuju?

Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah.

Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada. Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.

Tapi,

Pernah tak kita membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih malang? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng. Macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk alas perut. Bukankah mereka lebih malang?

Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang cacat.

Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]

Percayalah.

Kenangan masa dulu



Satu lagi gambar saya masa dulu-dulu. Em, rindunya bila ingat balik. Nampak old-school sangat gambar ni hehe. Bila ingat zaman dulu-dulu, kadang-kadang terfikir jugak mesti seronok kalau dapat jadi kecik balik. Tak payah fikir pasal study, pasal kerja, pasal duit, dan macam -macam masalah lagi. Yang ada dalam otak; makan, main dan tidur. Bila bangun esok pagi; makan, main dan tidur lagi.

Tapi, umur memang akan sentiasa bertambah. Nak tak nak pun, saya akan jadi besar jugak. Daripada kanak-kanak ribena, saya akan jadi remaja, dan seterusnya dewasa. Bila dah dewasa, saya akan jadi tua. Itupun kalau Allah benarkan saya hidup sampai ke tua. Kalau mati awal, itu pun kehendak Allah :)

Walau apapun, saya bersyukur sebab saya diberi peluang oleh Allah untuk membesar. Membesar dan mengenal dunia ini pun satu rahmat daripada Allah. Sebab dunia ini tak sama pada perspektif seorang kanak-kanak jika dibandingkan dengan seorang dewasa. Dan yang paling penting, dapat mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ini pun satu rahmat. Tiada apa yang lebih indah berbanding mendapat keredhaan Allah. Kita perlu bersyukur sebab kita hidup dalam nikmat iman dan islam yang merupakan dua nikmat yang paling besar yang Allah anugerahkan kepada kita. Tugas kita, adalah untuk menjaga kedua-dua nikmat tersebut sebaik mungkin.

Tiada gunanya hidup seribu tahun andaikata hidup tanpa beriman kepada Allah.
Peringatan buat diri sendiri terutamanya.

Tak sama

Pernah sekali Anun tanya saya.

“Kenapa kita tak sama be?”

Memang betul, kami lebih banyak yang tak sama berbanding yang sama. Pernah jugak saya terfikir, bukankah lebih elok kalau kami banyak persamaan, samada daripada segi sifat, ataupun daripada segi minat. Sekurang-kurangnya, dapat juga berkongsi hobi yang sama. Tapi, bukan itu yang berlaku.

Saya akui, saya memang tak sama dengan Anun.

Saya seorang yang kurang sabar.
Tapi anun seorang yang sangat sabar dan tabah.

Saya cepat melenting bila orang melawan cakap saya (padah menjadi seorang pendebat).
Tapi anun lebih suka mengalah. Tak pernah melawan cakap saya, walaupun selalunya saya yang salah dan pentingkan diri.

Saya suka main games :)
Anun tak minat sangat (tapi saya sedang cuba pengaruhi anun hehe).

Saya sangat suka baca, ambil tahu dan mengikuti perkembangan politik.
Tapi anun sangat benci politik. Sebab politik sekarang payah nak cari yang bersih.

Saya tak suka kucing. Bukan benci, cuma tak minat.
Tapi Anun minat sangat kat kucing. Dan juga arnab. Dan juga semua binatang yang comel.

Saya takut dengan baby. Takut bila dia nangis, sebab saya tak pandai layan.
Anun pantang tengok baby, memang suka melayan pun. Baby ataupun kanak-kanak, semua tak terlepas.

Pendek kata, memang kami banyak ketaksamaan. Bukannya sengaja, tapi itulah hakikatnya. Bila anun tanya macam tu, saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin lebih baik macam ni :) Tak sama tak bermakna tak sesuai. Cuba ambil contoh magnet. Hanya kutub yang berlainan saja akan menarik antara satu sama lain, dan kutub yang sama akan menolak, betul tak. Ambil pula contoh enzyme dan substrate, tak pernah sama, tapi kedua-duanya saling melengkapi, ibarat kunci dan mangga. Begitu jugaklah dengan DNA, adenine perlu digandingkan dengan thymine, dan guanine pula dengan cytosine. Mungkin kita tak sama, tapi yang penting, kita saling melengkapi :) Itulah yang saya beritahu kat anun. Walaupun saya tahu, anun sentiasa menerima diri saya yang seadanya. Terima kasih nun :)

Saya suka Anun, sebab Anun adalah Anun, bukan sebab Anun adalah Faiz.

p/s: Oh yea, lupa pulak. Saya hitam, tapi anun putih :D

Home sweet home


Rumah manis rumah. Itulah terjemahannya secara literal. Bila dibaca macam tu, terasa kelakar jugak sebenarnya :) Tapi, itulah jugak yang menjadi idaman semua orang.

Apa sebenarnya yang menjadikan rumah ni manis?

Saya percaya, rumah yang manis ialah rumah yang berkat. Dan kita perlu ingat, bahawa keberkatan bukanlah diukur pada betapa luasnya rumah tu, atau betapa besarnya saiz tv lcd kat ruang tamu, ataupun kepada keluasan lamannya, ataupun pada bilangan bilik yang ada. Berkat datang dengan izin dan redha daripada Allah. Dan sudah pasti, rumah yang diisi dengan Islam itulah yang menjadikan rumah itu diredhai dan disukai Allah :) rumah yang penghuninya selalu solat berjemaah, rumah yang penghuninya selalu membaca Al-Quran, rumah yang bersih dan kemas, dan rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang kerana Allah. Itulah antara ciri rumah yang dihiasi dengan keindahan dan keagungan Islam :)

Bila rumah dah berkat, ramai yang akan suka tinggal di rumah. Tak rasa serabut otak, tak rasa tensen, tak rasa marah. Ini tidak. Balik rumah je tensen. Balik rumah je rasa nak marah. Rumah yang sepatutnya makin menenangkan, dah jadi sebaliknya. Sebab itu ramai yang lebih gemar lepak kat luar. Setiap hujung minggu, mesti kena keluar, jalan-jalan kat bandar. Bosan katanya bila duduk kat rumah.

Mungkin bila kita dah jadi macam ni, kita kena fikir balik, rumah aku ni berkat ke? :)

Life = Driving a Car

Life is just like driving a car. Wit had once told me before about this when I was writing Life = Sunset. Oh yeah? Why? I asked her back, hoping to hear more from her.

"Well, in life, we must always look forward. But sometimes, we also have to look back, at the past. Besides, life is also full of obstacles. It’s just the same as when we are driving a car; a driver must always looks forward, peek through the rear mirror once in a while, and always be alert of his surrounding by making use of both his side mirrors, wisely."

Okay, that is interesting, I said. But that’s not the end of it.

The most interesting part is that a driver must have a destination. Or else, you won’t be heading anywhere. And it is quite stupid to enter a cab, say hello to the driver and said “Oh well, I don’t know where should I go”. The same goes with L.I.F.E. We need a destination, an objective, a mission, a vision, and a dream of what we are planning to do with our lives. Simple questions such as What am I going to be for the next ten years, Where should I work, What do I plan to achieve in my life and etc must be constantly generated and answered in our six-layers-of-cerebral-cortex. It’s good to remind ourselves, replenish our motivations, and get us back on track.

Be a good driver and always follow the rules. Say no to speeding. There is no need to rush. Just drive slow and steady, enjoy your journey, and don’t forget to have a look at the beautiful and fascinating scenery along the way.

I can guarantee that u will arrive safely at your destination. InsyaAllah.

My Life as a Medical Student


6.30 – Bangun daripada tidur & solat

7.00 – Cuba untuk tak tidur tapi tertidur balik

7.30 – Bangun dan mandi

7.50 – Bertolak ke kelas

7.55 – Nak makan pagi tapi dah tak sempat

8.00 – Kelas dah start

9.00 – Tahan diri dengar lecture dan kuatkan semangat bersama Not

10.00 – Rehat dan baca paper kat Library (atau makan pagi)

10.30 – Sambung tahan diri dalam kelas

11.30 – Dah hilang focus, Not pun dah tertidur, cuba kejut Not tapi tak bangun

11.45 – Tertidur bersama Not

12.30 – Kelas sesi pagi dah habis, pergi lunch

1.30 – Solat Zohor

2.00 – Kelas sesi petang start

2.30 – Jeling-jeling Jatak kat belakang

3.00 – Cuba dengar lecture lagi

3.30 – Otak tepu dan hilang focus dalam kelas, SMS Anun jap

3.45 – Semangat balik

4.00 – Kelas baru habis

6.00 – Makan malam (makan awal dengan harapan tak mengantuk malam nanti)

7.30 – Study

9.30 – Balik hostel

10.00 – Menenangkan diri, mandi dan menenangkan diri lagi

10.30 – Study sikit lagi

11.30 – Menenangkan diri sehingga tertidur

11.45 – Mimpi

3.00 – ………………..

6.30 – The cycle goes on......

Istana pasir lagi.......






Ini gambar-gambar sand castles team lain masa di English Gateway haritu. Saja letak kat sini untuk tatapan semua hehe. Sekurang-kurangnya, bolehlah dibuat comparison betapa cantiknya sand castles diorang berbanding kitorang punya (terpaksa mengaku). Apa2pun, yang penting hati gembira, menang kalah belakang cerita. Thank you to Jatak for all these nice pictures.

Istana pasirku.....

Kubu kami!

Pertama kali membina istana pasir dengan serius! Haha. Inilah gambar istana pasir pasukan kitorang yang diketuai Usop, semasa English Gateway di Pantai Cherating. Masa bina tu, saya tengok istana pasukan lain cantik-cantik belako. Jauh lebih cantik daripada istana pasir kitorang. Tapi, tak sangka pulak istana ni dapat ranking no. 2 pulak! Hm..betullah orang kata, beauty is in the eyes of the beholder!

Pertemuan yang tak disangka...

Ya Allah, terkejut betul saya dibuatnya. Tak sangka pulak saya akan terjumpa dengan mak ayah Anun dekat KB Mall. Terkejut tetapi gembira. Mujurlah ini bukan kali pertama saya berjumpa mereka, kalau tak mungkin lagi gemuruh saya dibuatnya. Kali pertama berjumpa mak ayah anun masa raya aidilfitri yang lepas. Ayah anun yang jemput beraya ke rumah. Nak kenal katanya. Sebagai menghormati, dan demi dapatkan restu berkawan dengan anun, saya beranikan diri jugak lah pergi ke rumah Anun. Kaklong lah yang jadi mangsa, temankan saya ke Kg. Raja, Besut. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik.

Itu yang pertama. Pertemuan yang kedua ni memang saya tak sangka. Kalau ikutkan, saya nak pakai seluar tidur je pergi KB Mall. Malas nak tukar seluar. Iyelah, saya ni pun driver adik-adik je, sambil jadi peneman diorang beli barang (dan tukang angkat barang). Tapi mujurlah terdetik jugak kat hati nak tukar seluar yang lebih proper. Siap pakai t-shirt berkolar lagi!

Sampai di KB mall, kami terus masuk ke Pacific. Terfikir nak beli berus gigi baru, saya pergi ke section toiletries. Sampai kat sana, saya nampak seorang pakcik tengah pilih berus gigi. Eh, ini abah anun! Saya tegur dan kenalkan diri. Mujur abah cam muka saya lagi walaupun baru sekali berjumpa. Tergelak kami sekejap. Tak sangka jumpa kat sini. Sempat jugak berborak sekejap. Alhamdulillah, dapat lebih eratkan hubungan. Biarpun sekejap tapi bermakna.

Bila balik rumah, saya baru perasan, saya tak beli pun berus gigi! Terus terlupa nak beli!

p/s: Keesokannya, ma belikan saya 3 berus gigi baru! Saya cuma mampu tergelak. Sayang ma!

Main video games VS menonton tv

Main games atau menonton tv? Yang mana lebih baik? Kalau ikut Dr. Fadhilah Kamsah, bermain games lebih baik dibandingkan dengan menonton tv. Alasannya – main games ni satu aktiviti yang aktif sebab ia melibatkan koordinasi mata dan tangan yang cekap jika dibandingkan dengan menonton tv, iaitu satu aktiviti yang pasif. As a gamer, I cannot agree more about that!

Pada saya, persoalannya bukan pada soal bermain game atau menonton tv yang perlu kita tekankan. It is a matter of what kind of games that we play, and what types of programs that we watch. Kalau nak ikutkan soal masa, both are time-consuming. Saya akui bermain games boleh melekakan jika tak berhati-hati, tapi apa jugak kurangnya dengan menonton tv. Berapa banyak siri drama Jepun dan Korea yang ditayangkan di tv yang mengambil masa berminggu-minggu sebelum tamat. Betul tak?

Kalau bermain games sekadar untuk menghilangkan stress dan bermesra dengan adik-adik, saya tak rasa ianya satu perbuatan yang salah. Begitu juga dengan menonton tv. Menonton rancangan Discovery Channel, ataupun Oasis, pada saya itu juga satu aktiviti yang bermanfaat. Yang penting, biarlah ia berpada-pada. Kalau bermain games sampai failed exam, saya pun tak bersetuju, apatah lagi mak ayah kita. Menonton tv pun sama, janganlah sampai kena histeria bila terlepas satu episod Full House ataupun The Innocent Steps. Tak salah untuk menonton drama bersiri, tapi biarlah bersederhana.

Seeloknya, bersenamlah kat luar. Satu round jogging sekitar kampus USM pun dah lebih daripada cukup. Lagipun, seronok bila dapat berlari dengan ma abah dan adik-beradik!

Ladybird

Kumbang dari negeri di bawah bayu

SubhanAllah....indahnya ciptaanMu ya Allah. Ini gambar kumbang yang Anun tangkap masa pergi field di Tawau. Pada saya, kumbang ni sangat cantik. Tak kisahlah apa speciesnya, yang penting ia cantik pada pandangan saya. Mungkin saya bukan seorang pakar kumbang, tapi itu tak bermakna saya tak perlu menghargai ciptaan Allah yang Maha Agung. Alangkah baiknya andaikata kita boleh tanamkan sifat takjub akan ciptaan Allah dalam hati kita. Bukan takjub pada keindahan makhluk tersebut, tetapi takjub kepada kekuasaan dan kehebatan Penciptanya, Allah yang Maha Mulia, Maha Esa, Maha Pencipta.

Satu permulaan yang baru...

Alhamdulillah, dah masuk tahun 2008 dah. Kejap je rasanya. Sedar-sedar, dah nak masuk 2009 dah kot. Atas sebab itulah, kita kena selalu muhasabah diri. Nak harapkan masa tunggu kita memang mustahil. Kitalah yang kena kejar masa, pastikan masa yang ada tak terbuang begitu sahaja.

Sempena tahun yang baru, saya percaya tak salah andaikata kita buka lembaran yang baru. Refresh iman kita. Muhasabah diri kita. Renung balik apa yang kita dah buat selama ni. Samada ianya membawa kita lebih dekat pada-Nya, ataupun makin menjauhi-Nya. Mulakan dengan semangat yang baru, dengan nekad yang baru, dengan keazaman yang baru untuk menjadi insan yang lebih bertakwa insyaAllah. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Itulah tuntutan Islam, agama yang Maha Suci, satu-satunya agama yang kita cintai.

Renungan buat diri sendiri, adik-adik dan teman-teman.

Sabar je la.......

POMMMM!!!!!! POM POM!!!!

Hadui, tekanan jiwa saya macam ni. Sikit-sikit nak horn, sikit-sikit nak horn. Tak boleh ke kalau bersabar sikit? Entahlah, saya pun tak tahu kat mana silapnya, sampaikan budaya horn ni macam dah sebati dengan penduduk KL. Saya tak katakan kami pemandu-pemandu negeri lain ini lebih baik. Apatah lagi untuk menghina pemandu KL. Tak pernah terlintas sebegitu. Cuma kadang-kadang, hati terasa kesal sedikit. Berat sangatkah untuk bersabar? Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman.

Kalau di KL, buat silap sikit pun kena horn. Lambat bergerak walaupun lampu isyarat dah hijau, terlupa bagi signal, bawak kereta slow sangat, semua ni memang selalu kena horn. Kalau memandu macam orang gila sampaikan membahayakan pemandu lain, itu memanglah patut kena horn dek orang. Untuk keselamatan. Ini tidak. Diorang pulak yang horn pemandu lain. Orang lain buat salah pun dia nak horn, dia buat salah pun dia nak horn orang jugak. Hadui.

Saya akui saya pun bukanlah pemandu yang baik. Kadang-kadang, selalu jugak buat silap. Kadang-kadang, ada jugak horn orang. Tapi, mungkin kita boleh ubah bersama. Cuba banyakkan bersabar sama-sama. Horn tak salah, kalau kena pada tempatnya. Kalau rasa-rasa pemandu kat depan tak perasan lampu dah hijau, kita boleh horn sikit, untuk ingatkan. Sekadar bunyikan horn je. Tak perlulah tekan sampai 5 saat. Itu dah macam nak lepas geram dah, bukan nak ingatkan lagi.

Entahlah, mungkin saya terlalu naïf. Sebab hakikat selalunya tak seindah yang kita impikan.

Masa dulu-dulu.....

Rindu jugak sebenarnya bila ingatkan zaman dulu-dulu. Masa saya masih belajar di Smap Kajang. Punyalah kitorang semangat sangat main games masa tu. Saya, Bad, Hadi, Sheikh dan kawan-kawan yang lain tak pernah tak pergi CC (cyber cafe) setiap kali outing. Orang lain outing untuk beli barang-barang keperluan, sambil-sambil pergi CC kalau sempat. Kitorang pulak outing untuk pergi CC, dan kalau sempat, baru beli barang-barang keperluan. Hadui, memang parah kitorang ni.

CC yang kitorang selalu pergi masa tu ialah Kajang Net. Berhadapan dengan Mc Donald di bandar Kajang. Tak tahu lah CC ni ada lagi ke tak sekarang. Dengar cerita dah tak ada dah. Wallahu'alam. Kitorang selalu main Counter Strike(CS), game FPS (first person shooter) yang memang kitorang minat. Memang game tu pun tengah hot masa tu. Seronok bila ingat balik main dengan kawan-kawan. Siapa yang kena "head shot" masa tu, memang akan dimalukan lah untuk beberapa hari sebab kitorang akan ungkit balik hehe.

Apa2pun, itu cerita dulu. Sekarang, nak main sama-sama memang tak sempat. Banyak sangat kekangan. Kami dah duduk jauh-jauh sekarang, dan masa pun dah tak banyak macam masa kitorang sekolah menengah dulu. Bad dah tercampak ke UIA Kuantan, Hadi tengah mencari cinta pertamanya (ops), Sheikh masih di UIA Gombak dan saya, masih di USIM seperti selalu untuk lebih kurang 3 tahun setengah lagi.

Andaikata ada peluang, saya tak teragak-agak untuk main CS balik dengan kawan-kawan. Tak sabar nak tembak korang semua (dan ditembak). InsyaAllah, bila ada peluang, kita main lagi!!


In memories of :

Clan [screw]:

Faiz Bad Hadi Sheikh

Faiz a.k.a [screw]nyco_jezzebelle
Bad a.k.a [screw]psyco_jezzebelle
Hadi a.k.a [screw]dyco_jezzebelle (lupa la plak huhu)
Sheikh a.k.a [screw]tyco_jezzebelle

Jangan Pandang Belakang?

Ada sinar di belakang...

Tak salah untuk menoleh ke belakang. Betul tak? Saya sedih bila ramai antara kita yang bila dah berjaya, susah sangat nak ingat zaman susah-susah dulu. Hina sangat ke? Sedangkan zaman kita bersusah payah dululah yang mencorak diri kita sekarang. Yang menjadikan kita lebih tabah, lebih kuat dan yang paling penting, lebih bersyukur atas nikmat yang Allah anugerahkan. Saya tak nafikan, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Fikirkan masa sekarang dan selalu pandang ke hadapan. Tapi tak salah kiranya, sekali sekala kita pandang ke belakang, nilai balik apa yang kita dah buat, dan buat "check and balance". Sekurang-kurangnya, kita dapat ingatkan diri kita, bahawa sebagai manusia, kita takkan pernah lekang daripada kesilapan. InsyaAllah, kita takkan lupakan diri bila kita dah berjaya nanti. Kita renungkan bersama.

Abah, iz nak jadi doktor.....

Abah, saya dan kaklong

"Harini abah cocok adik, nati besar adik cocok abah balik"
(hari ini abah suntik adik, nanti besar adik suntik abah balik)

Teringat kata-kata abah kat saya masa saya kecik dulu. Entahlah, saya pun tak pasti apa penyakit yang menyerang saya masa tu. Tapi, mak cakap, satu badan saya jadi kuning. Jaundice ke? Saya pun tak tahu. Wallahu'alam. Alhamdulillah abah seorang doktor, jadi abah sendiri lah yang berusaha merawat saya. Abahlah yang bawak balik ubat dan sebagainya setiap kali balik kerja. Abah sendiri yang jaga, suntik, bagi makan ubat, dan pujuk saya supaya jangan menangis sambil dibantu oleh mak. Hati terasa sayu bila teringat. Inilah nilai kasih seorang ayah dan emak terhadap anaknya. Andaikata saya bekerja selama 100 tahun pun, saya pasti yang saya tetap takkan mampu untuk balas semua yang ma dan abah dah buat untuk saya. Takkan sesekali!!

Bila teringat balik semua ni, saya rasa inilah sebabnya kenapa saya nak sangat jadi doktor, macam abah. Supaya satu hari nanti, saya boleh jaga abah balik, jaga ma balik, macam yang diorang dah buat untuk saya sejak kecik lagi. Abah lah yang banyak mencorak sifat dan peribadi saya sekarang. Mungkin sebab saya membesar dengan niat untuk menjadi lelaki macam abah. Untuk jadi suami yang baik macam abah, jadi ayah yang baik macam abah. Saya akui, saya memang manja dengan mak jika dibandingkan dengan abah. Entahlah, saya rasa segan bila nak bermanja dengan abah. Saya terlalu hormatkan abah sampaikan saya tak mahu nampak lemah depan abah. Biarlah mak yang tahu kelemahan saya, tetapi tidak abah. Abah cuma ada seorang je anak lelaki, sebab itu saya berharap biarlah anak lelaki itu jadi anak lelaki yang terbaik untuk abah.

Jadi, sebab itulah saya perlu belajar rajin-rajin sekarang. Supaya berjaya jadi seorang doktor yang baik, macam abah. Saya tahu perjalanan saya masih jauh, ada 3 tahun setengah lagi sebelum saya layak dipanggil Dr. Dan saya pun tahu, perjalanan itu bukannya senang. Banyak cabaran dan halangan.

Andai kata inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan, saya redha. Sebab saya percaya, pengorbanan saya ini hanyalah sekecil zarah sekiranya dibandingkan dengan pengorbanan ma dan abah.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa"

Renungan dan peringatan buat diri saya, dan adik-adik tersayang (wit, aya dan adik syiham).