Wednesday, October 15, 2008

Lelaki vs wanita?

Dulu, saya selalu ingat saya dah cukup memahami perangai perempuan.

"Aku paham benor la budak pue ni....aku kan ada 5 orang adik beradik pue", kata saya kat seorang kawan masa zaman muda2 dulu.

Teruk kan? Perasan 'hustler' pasal hati budi perempuan la ni hehe.

Tapi, rupanya saya silap. Saya terlalu memandang rendah kat perempuan. Saya memandang rendah kepada betapa kompleksnya diorang. Betapa payahnya nak mengagak perangai diorang.
Bila kita rasa diorang fikir 'A', rupanya diorang fikir 'B'. Bila kita rasa diorang fikir 'B', diorang sebenarnya berfikiran 'A'. Bila kita rasa diorang fikir 'A' dan 'B', rupanya diorang fikir 'C' la.....

Pening saya. Terkilan pun ada. Iyelah, saya pun bukannya sempurna mana. Tak baik mana jugak pun. Maybe perempuan pun rasa kitorang kaum lelaki ni macam tu. Saya taknak lah membela mana2 pihak, sebab dua2 pun ada kelemahan masing2.

Lelaki dan perempuan memang tak sama. Itu memang fitrahnya. Sebab itu penting untuk kita menghayati perbedaan ini. Belajar menerima perbedaan itu, selagi mana tak bertentangan dengan syarak. InsyaAllah, insiden2 yang melukakan hati mana2 pihak boleh dielakkan ;)

p/s: Oh yea, saya minta maaf kalau ada sape2 yang tersinggung. Bukan itu tujuan saya. Saya bukanlah sexist. Perkara di atas tidaklah digeneralizekan kepada keseluruhan kaum wanita.

Tuesday, October 14, 2008

DONE

Alhamdulillah...end-posting exam kitorang dah habis. Lega rasanya. Sekurang2nya bolehlah lega sekejap sebelum keluar result. Lepas keluar result, tak tau lah lega lagi ke tak huhu.

Apa2pun, posting SURGERY dah habis! Yes! InsyaAllah kalau tak ada halangan, dua minggu lagi saya akan ke hospital temerloh untuk posting Obstetric.

Sunday, October 12, 2008

Bosan2

Inilah akibatnya bila seseorang itu berasa sungguh bosan huhuhu.

Saturday, October 11, 2008

Medic itu menyeronokkan!

Betul ke? Hehe. Entahlah. Tapi, bila dah masuk tahun klinikal ni, rasa macam medic ni best lah pulak. Maybe sebab saya jenis yang tak suka membaca mana, jadi bila masuk klinikal ni, it's more on clininal work rather than reading. Sekurang2nya, kita banyak apply apa yang kita dah baca, jadi takde lah bosan mana sangat kan?

Apa2pun, saya nak tak nak kena cari jalan untuk minatkan diri jugak. Saya nak cuba "enjoy" jadi medical student. Dan alhamdulillah, rasa tu dah mula datang. Kalau nak tunggu habis medic dulu baru enjoy, maknanya tak enjoy2 lah saya sampai ke tua. Medicine is a long-life learning. Ilmunya sentiasa berkembang. Sebab tu lah belajarnya tak habis2. Dan satu2nya cara nak enjoy medic, ialah enjoy it while u are doing it. Itulah motto saya sekarang! Hehe.

Banyak benda sebenarnya yang kita boleh enjoy masa buat medic (terutamanya tahun klinikal) ni:

  1. enjoy belajar ilmu baru
  2. enjoy sebab boleh "come to a diagnosis" lepas dah habis clerk patient
  3. enjoy tengok patient lega lepas kita bagitau yang "his/her breast lump is not likely to be malignant"
  4. enjoy sebab patient percayakan kita
  5. enjoy improve kita punya clinical works (eg. blood taking, cannular insertion) daripada nurse2 yang peramah dan baik hati
  6. enjoy assist "emergency appendicectomy" pukul 1 pagi dekat OT sampai sakit belakang
Banyak lagi sebenarnya. Try to love what you are doing, and you will enjoy it in no time. Yang penting ialah kita lakukan kerana Allah. Harap2nya saya pun dapat buat macam tu =]

Exam is coming!

Salam.

Yup, our end-posting exam is just around the corner. It is so near that the corner is just "sebelah pintu rumah". Haha. Okay, it's not funny. Yes, i know that, stop teasing me Jatak.

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, exam saya ialah pada hari Isnin dan Selasa depan. Entahlah, risau jugak ni. Macam tak ready je. Iyelah, pernah ke ada orang ready untuk exam kan? Rasanya semua orang takkan habis study (kata2 untuk sedapkan hati).

Apa2pun, doakan kami semua lulus dalam exam ni.

Dalam duk lepak2 ni, terfikir lah jugak pasal isu politik. Em, lama dah rasanya tak menulis pasal politik. Bukannya pandai pun bab ni, cuma sekadar minat. Minat memerhati, dan minat mencelah. Mencelah pun tak tahu apa yang nak dicelahkan. Harap tak mencela udah la.

Politik Malaysia ni dah kalut. Sangat kalut dan memeningkan. Sebab tu lah sekarang ni saya dan kawan2 lebih suka ambil sikap wait and see. Kita tak payah sibuk2 buat assumption. Dan jugak tak payah sibuk2 nak buat prediction. Tunggu dan lihat.

p/s: Sekarang ni yang menarik untuk ditinjau ialah pemilihan umno =D

Wednesday, October 8, 2008

Tahniah Anun!


Tahniah Anun! =] Good luck in your future endevours. May Allah Bless you....

Woho

Woho. Lama betul tak update. Punyalah lama sampaikan harga petrol di Malaysia dah diturunkan sebanyak dua kali dan begitu juga dengan kejatuhan saham-saham utama dunia termasuklah di Wall Street US yang menyaksikan penurunan di paras 10,000 buat pertama kali sejak tahun 2004.

Okay, cukuplah mengarut.

Aduhai, sorry lah ye. Sibuk sikit saya. Sibuk dengan study, dengan assignment, dengan raya, dan dengan segala benda yang perlu difikirkan. Sampaikan tak ada mood nak menulis. Minta maaf kepada saudara mekdad yang telah pun memarahi saya huhuhu. Takpelah dad, ko doakan lah aku berjaya dalam exam end posting isnin ni ye!

Apa2pun, selamat hari raya kepada semua =] maaf zahir dan batin dari Faiz dan keluarga.