Tuesday, March 31, 2009

Saya bukan yang terbaik

Kawan. Senang nak cari, tapi susah nak kenal. Luarannya baik, dalaman kita tak tau. Di depan kita senyum, di belakang kita, hanya Allah yang maha mengetahui.

Bila duk browse2 blog2 kawan tadi (saje meluangkan masa kat Bistro sambil minum teh-o-beng), terjumpa blog Unwitting Self.

Eh, sape ni? Nama macam adik aku Wit je. Eh bukan, ni member sekelas ni. Budak perempuan. Tapi sape? Em, biarlah, baca jelah blog dia.

Ada satu part dalam entry dia yang wat saya tertarik. Entry pasal kawan. Pasal betapa kita semakin tak memahami kawan bila dah lama bersama.

Termenung saya sekejap. Betul tu 'Wit', sangat betul.

Kadang2, saya pun pernah rasa macam tu. Saya pernah ada perasaan tu setahun yang lepas. Tapi, bila hidup dah sibuk, kadang2 tak teringat dah. Tapi, semenjak dua menjak ni, perasaan tu datang balik.

Aduh. Apahal la aku ni. 

Kadang2, kesian kat Not. Not selalu cakap, eh cok, nape ko nampak stress ni? Saya tau Not bergurau, tapi gurauan dia ada makna.

Saya tak stress. Saya kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan kawan2. Susahnya nak ikhlaskan diri. Susahnya nak mengenal budi. Dan, susahnya nak percaya kat orang lain.

Kadang2, kita dah ingat yang kita dah teramat kenal hati budi seseorang. Dah tau baik buruk dia.

Sedih. Bila anggapan kita salah. Sedih - bila kawan yang kita kenal tak seperti yang kita sangka. Rasa dikhianati. 

Tapi, apalah yang mampu saya buat. Saya pun, bukanlah orang yang terbaik. Kadang2 rasa jugak segan di hati, macam la aku ni cambest sangat. Ya Allah, lindungi lah aku dari sifat riak dan takabbur. Dari sifat2 bersangka buruk. 

Sorry for everything. 

p/s: bukan niat hendak mengadu, bukan niat mencari gaduh. hanya luahan hati, kepada diri sendiri.

Peace ;]



Back

Assalamualaikum w.b.t

Maaf. Kerana lama tak update. Tak ada mood sikit sejak akhir2 ni. Bila terasa nak start menaip balik (sebab dah terlampau bosan di Tampin), internet pulak yang takde. Aduh. Nak pinjam broadband kawan - tak sampai hati sebab dah ramai yang pinjam. Nak beli broadband sendiri - duit pulak yang takde. 

Takpelah, apa2pun, I'm back. Taktau lah akan aktif ke tak. Tak berani nak bagi jaminan. InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.

Wednesday, November 12, 2008

Appreciation

Thank you for passing by al-capone =] i was so busy this weekend. Still a lot of new things to learn and get used to =]

p/s: oh, did i posted anything regarding kg. pauh sembilan? T.T

Aduhai

Aduh. Sibuknya. Lama betul dah rasanya tak update blog ni. Sejak masuk posting O&G ni, terasa sangat sibuknya.

Taktau lah kenapa. Mungkin sebab kitorang terkejar2 nak penuhkan kouta "perform at least 15 deliveries" kot.

Saya tak nafikan. Memang focus saya terganggu sikit. Asyik dok ingat nak deliver je. Aduh. Parah ni. Padahal banyak lagi benda lain yang saya kena buat. Study pun dah lintang pukang.

Ish, takleh jadi ni. Kena get on track balik!

Semangat2. Aduh.

Thursday, October 30, 2008

Blog2 baru

Seronok tengok teman2 rapat dah mula berblog ;] walaupun saya bukanlah blogger yang aktif, dan jugak bukanlah blogger yang pandai menulis, tapi saya rasa seronok bila teman2 rapat dah mula minat menulis. Blog cumalah satu medium. Ia boleh jadi baik, dan jugak buruk. Depends kepada cara kita gunakannya. Ikhlaskan diri menulis kerana Allah. Pesanan buat diri sendiri ;]

Kat sini, ada beberapa blog teman rapat dan keluarga saya:

Blog Anun: http://860813.blog.friendster.com/

Blog Aya: http://ayaenjo.blogspot.com/

Blog Adik Syiham: http://syihamshukri.blogspot.com/

p/s: blog adik syiham takde lah baru sangat sebenarnya...saje nak ulang hehe

Thursday, October 23, 2008

Hati yang tenang - suatu rahmat

Em, lama pulak rasanya saya tak menulis. Semenjak habis exam haritu, rasanya nilah entry pertama kot. Oh yea, pasal exam, alhamdulillah, kami semua lulus ;]

Jadi, insyaAllah, minggu depan, 28hb Oktober merangkap hari selasa, kitorang semua akan berangkat ke Hospital Temerloh untuk next posting, iaitu O&G!

Fewh, lega rasanya dah lulus. Tahniah buat kawan2 yang berjaya lulus dengan cemerlang. Saya tumpang gembira untuk diorang.

Saya? Saya lulus ala kadar je ;] alhamdulillah, tu pun dah cukup menenangkan hati. Dalam mana2 medical school, kita hanya ada 3 jenis gred je; cemerlang, lulus dan fail. Dan lulus tu saje pun sebenarnya dah cukup menggembirakan hati saya. Sekurang2nya hati saya tenang. Tak perlu fikir pasal kena ambil exam ulangan. Hati mungkin tak sepuas kawan2 yang cemerlang, tapi ketenangan itu jauh lebih penting bagi saya.

Ketenangan vs Kepuasan

Kadang2 kita selalu lupa kan, betapa besarnya nikmat ketenangan yang Allah dah kurniakan kat kita. Kita selalu tak bersyukur. Tak puas. Dan selalu nakkan yang lebih. Iye, kepuasan hidup tu pun satu nikmat. Saya tak pernah nafikan. Tapi, jangan kita lupa, ketenangan itu pun suatu nikmat yang besar. Jangan sesekali kita tidak bersyukur dengan nikmat itu.

Saya pernah rasa betapa peritnya bila hilang nikmat ketenangan. Ya Allah, hanya Allah yang maha mengetahui perasaan saya masa tu.

Hati sentiasa gusar. Terasa berat sangat. Terasa penuh. Sampaikan kadang2 tu saya keluar air mata sebab tak tahan. Ujian ini terasa terlalu berat untuk saya. Ya Allah, lemahnya saya. Mungkin orang lain tak perasan. Dan saya pun tak bagitau orang. Cuma segelintir mereka yang dekat dengan saya yang tahu. Dan mereka inilah yang berusaha menenangkan saya, dan cuba untuk gembirakan saya balik.

Dalam banyak2 nikmat yang Allah dah kurniakan kepada saya masa tu, Allah hanya tarik satu je nikmatNya untuk sementara - iaitu nikmat ketenangan. Allah tak tarik nikmat keluarga bahagia saya. Allah tak tarik nikmat harta yang Allah dah pinjamkan kat saya. Dan Allah juga tak tarik nikmat ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya.

Allah hanya menarik nikmat ketenangan saya. Allah hanya hilangkan kelapangan di hati saya buat sementara waktu. Dan disebabkan itu, saya dapat rasakan betapa tak berharganya harta yang ada, betapa tak berharganya ilmu yang ada, tanpa ketenangan daripada Allah.

Ya Allah, betapa besarnya nikmatMu itu.

Sebab itu, saya harap saya tidak lupa akan nikmat ini. Alhamdulillah, hati saya dah kembali tenang. Allah dah tenangkan hati saya selapang2nya. Syukur pada Allah. Andaikata saya masih tidak tahu menghargai nikmat ini, betapa ruginya saya.

Buat diri saya dan kawan2, hargailah nikmat ketenangan ini.


Friday, October 17, 2008

Terima Kasih Ma, Abah!

Kalaulah ada anugerah "Anak paling boros kat muka bumi", saya rasa sayalah pemenangnya. Adik-beradik lain semua "give up" bab menghabiskan beras mak bapak ni kalau bertanding dengan saya.

Eh jap, maybe adik syiham boleh bagi saingan.

Tapi, apa2pun, dia tetap takleh kalahkan saya.

Sian ma abah. Selalu kena bagi duit belanja kat saya. Duit belanja saya selalu yang paling cepat habis kalau nak compare dengan adik-adik yang lain. Dari saya kat Smap Kajang dulu, sampailah dah tahun 4 kat Usim ni. Dapat scholarship, tapi lepas dua bulan mesti dah nak kering dah. Padahal, semester tu ada lagi baki 3 bulan. Maknanya, tiga bulan seterusnya tu saya pakai scholarship pama la.

Itu belum kira kalau saya balik bercuti. Tiket bas pun guna duit ma abah. Dah sampai rumah, mengada nak pergi rantau panjang pulak tu. Nak beli jersi baru.

"Er, ma...iz nak gi rantau panjang jap ni...nak gi cari jersi ngan Abu..."

"Okay, bawak keta elok2 ye..."

"Okay ma, dont worry be happy hehe"

"Abe ada duit ke tu?"

"Er...ada sket2 ma......" (sambil tersipu2 malu)

"Berapa?"

"Spuloh ringgit hehe" *wink2*

"Hish, mana cukup tu....nah amik ni...wat beli jersi"

"Terima kasih ma...sayang ma!" (sambil melompat girang).

Sian ma abah. Selalu macam ni. Kadang2 saya terfikir la jugak, baper la agaknya ma abah abis duit untuk saya setiap bulan. Mesti banyak. Sian kat ma abah.

Tapi, ma abah tak pernah pun merungut. Tak pernah dalam sejarah hidup saya, ma abah cakap "tak boleh" setiap kali saya call rumah bagitau duit poket dah habis. Ma abah tak pernah pun merungut tak cukup duit bila nak bagi duit belanja kat anak2. Walaupun ma abah terpaksa kurangkan belanja untuk benda2 lain, tapi ma abah tak pernah kurangkan belanja untuk kitorang. Ma abah tak pernah pun suruh saya ikat perut, ataupun kurangkan makan, ataupun kurangkan balik rumah walaupun saya dah "overspent" untuk bulan tu.

Entah bilalah saya dapat balas balik semua ni. Walaupun ma abah tak pernah pun mintak balasan, tapi sebagai anak, dah jadi tanggungjawab saya untuk jaga ma abah. Biarlah berjuta duit pun saya bagi, tetap takkan dapat balas balik apa yang ma abah dah buat untuk saya. Ikutkan hati, saya nak jadi kaya, supaya saya dapat manjakan ma abah balik. Boleh saya bagi hadiah banyak2 kat ma abah, takpun bawak diorang melancong. Saya nak beli Volvo S40 yang baru untuk abah. Sebab abah suka kereta Volvo. Volvo lama abah tu biar iz simpan. Untuk ma, nanti kita pergi shopping kat kedai Bonia ye. Ma mintak je nak apa. Iz belanja ;]

Cukuplah. Dah 20 tahun lebih diorang jaga saya, biarlah saya pulak berbakti untuk diorang. Saya tak kisah kalau duit saya berkurang, asalkan ma abah gembira. Lagipun, pernah ke ma abah berkira dengan saya?

Tak pernah langsung.
















Ini untuk abah!

Ini untuk ma!