Friday, October 17, 2008

Terima Kasih Ma, Abah!

Kalaulah ada anugerah "Anak paling boros kat muka bumi", saya rasa sayalah pemenangnya. Adik-beradik lain semua "give up" bab menghabiskan beras mak bapak ni kalau bertanding dengan saya.

Eh jap, maybe adik syiham boleh bagi saingan.

Tapi, apa2pun, dia tetap takleh kalahkan saya.

Sian ma abah. Selalu kena bagi duit belanja kat saya. Duit belanja saya selalu yang paling cepat habis kalau nak compare dengan adik-adik yang lain. Dari saya kat Smap Kajang dulu, sampailah dah tahun 4 kat Usim ni. Dapat scholarship, tapi lepas dua bulan mesti dah nak kering dah. Padahal, semester tu ada lagi baki 3 bulan. Maknanya, tiga bulan seterusnya tu saya pakai scholarship pama la.

Itu belum kira kalau saya balik bercuti. Tiket bas pun guna duit ma abah. Dah sampai rumah, mengada nak pergi rantau panjang pulak tu. Nak beli jersi baru.

"Er, ma...iz nak gi rantau panjang jap ni...nak gi cari jersi ngan Abu..."

"Okay, bawak keta elok2 ye..."

"Okay ma, dont worry be happy hehe"

"Abe ada duit ke tu?"

"Er...ada sket2 ma......" (sambil tersipu2 malu)

"Berapa?"

"Spuloh ringgit hehe" *wink2*

"Hish, mana cukup tu....nah amik ni...wat beli jersi"

"Terima kasih ma...sayang ma!" (sambil melompat girang).

Sian ma abah. Selalu macam ni. Kadang2 saya terfikir la jugak, baper la agaknya ma abah abis duit untuk saya setiap bulan. Mesti banyak. Sian kat ma abah.

Tapi, ma abah tak pernah pun merungut. Tak pernah dalam sejarah hidup saya, ma abah cakap "tak boleh" setiap kali saya call rumah bagitau duit poket dah habis. Ma abah tak pernah pun merungut tak cukup duit bila nak bagi duit belanja kat anak2. Walaupun ma abah terpaksa kurangkan belanja untuk benda2 lain, tapi ma abah tak pernah kurangkan belanja untuk kitorang. Ma abah tak pernah pun suruh saya ikat perut, ataupun kurangkan makan, ataupun kurangkan balik rumah walaupun saya dah "overspent" untuk bulan tu.

Entah bilalah saya dapat balas balik semua ni. Walaupun ma abah tak pernah pun mintak balasan, tapi sebagai anak, dah jadi tanggungjawab saya untuk jaga ma abah. Biarlah berjuta duit pun saya bagi, tetap takkan dapat balas balik apa yang ma abah dah buat untuk saya. Ikutkan hati, saya nak jadi kaya, supaya saya dapat manjakan ma abah balik. Boleh saya bagi hadiah banyak2 kat ma abah, takpun bawak diorang melancong. Saya nak beli Volvo S40 yang baru untuk abah. Sebab abah suka kereta Volvo. Volvo lama abah tu biar iz simpan. Untuk ma, nanti kita pergi shopping kat kedai Bonia ye. Ma mintak je nak apa. Iz belanja ;]

Cukuplah. Dah 20 tahun lebih diorang jaga saya, biarlah saya pulak berbakti untuk diorang. Saya tak kisah kalau duit saya berkurang, asalkan ma abah gembira. Lagipun, pernah ke ma abah berkira dengan saya?

Tak pernah langsung.
















Ini untuk abah!

Ini untuk ma!

10 comments:

Jamil said...

Jom kita bertanding antara kita dua lak siapa anak paling boros

(Harap2 mama tidak membaca komen ini)

Pjoyz Zul said...

keluarga permata berharga. tidak boleh ditukar ganti. huhuhu. tersentuh baca entri nih..

Anonymous said...

insayaAllah cita2 anda tu akn tercapi...berusaha la dari skrang..n memang awk tengah berusaha ke arah tu pun =) teruskan langkah mu..=)

Faiz Shukri said...

jamil - em, aku rasa memang ko menang dowh hehe

pjoyz - betul tu...tak sama family sendiri dgn family lain...biarlah family orang lain kaya raya, family sendiri jgk lagi best!

anun - tq nun! =] insyaAllah..doakan saya bjaya deh!

pulasan007 said...

tp kan,ramai gler org yg x syg kt mak pak die.sedih tol

Faiz Shukri said...

pulasan - kena suruh diorang tgk mak tgh labour skali bg insap sket..

Anonymous said...

Oh rupa-rupanya ada "PERTANDINGAN ANAK PALING BOROS" dan anak ku Jamil di takhtakan sebagai JOHAN nya!

Mengapa agaknya Mama Jamil LANGSUNG tidak merasa bangga diatas kejayaan dan pencapaian anknya itu?????

nuarasheeq said...

patutlaa owwh ingatkan jpa bagi scholarship lebih untuk ko. asyik berduit je nampak. he2

Unwitting Self said...

At least kite tergolong dlm kump anak2 yg sedar & mahu buat sesuatu..that's a 1st step:)

Faiz Shukri said...

nuar - berduit apanye not...kan selalu bank akaun ko lg berisi huhu

unwitting self - yep, setuju! ;]