Thursday, October 23, 2008

Hati yang tenang - suatu rahmat

Em, lama pulak rasanya saya tak menulis. Semenjak habis exam haritu, rasanya nilah entry pertama kot. Oh yea, pasal exam, alhamdulillah, kami semua lulus ;]

Jadi, insyaAllah, minggu depan, 28hb Oktober merangkap hari selasa, kitorang semua akan berangkat ke Hospital Temerloh untuk next posting, iaitu O&G!

Fewh, lega rasanya dah lulus. Tahniah buat kawan2 yang berjaya lulus dengan cemerlang. Saya tumpang gembira untuk diorang.

Saya? Saya lulus ala kadar je ;] alhamdulillah, tu pun dah cukup menenangkan hati. Dalam mana2 medical school, kita hanya ada 3 jenis gred je; cemerlang, lulus dan fail. Dan lulus tu saje pun sebenarnya dah cukup menggembirakan hati saya. Sekurang2nya hati saya tenang. Tak perlu fikir pasal kena ambil exam ulangan. Hati mungkin tak sepuas kawan2 yang cemerlang, tapi ketenangan itu jauh lebih penting bagi saya.

Ketenangan vs Kepuasan

Kadang2 kita selalu lupa kan, betapa besarnya nikmat ketenangan yang Allah dah kurniakan kat kita. Kita selalu tak bersyukur. Tak puas. Dan selalu nakkan yang lebih. Iye, kepuasan hidup tu pun satu nikmat. Saya tak pernah nafikan. Tapi, jangan kita lupa, ketenangan itu pun suatu nikmat yang besar. Jangan sesekali kita tidak bersyukur dengan nikmat itu.

Saya pernah rasa betapa peritnya bila hilang nikmat ketenangan. Ya Allah, hanya Allah yang maha mengetahui perasaan saya masa tu.

Hati sentiasa gusar. Terasa berat sangat. Terasa penuh. Sampaikan kadang2 tu saya keluar air mata sebab tak tahan. Ujian ini terasa terlalu berat untuk saya. Ya Allah, lemahnya saya. Mungkin orang lain tak perasan. Dan saya pun tak bagitau orang. Cuma segelintir mereka yang dekat dengan saya yang tahu. Dan mereka inilah yang berusaha menenangkan saya, dan cuba untuk gembirakan saya balik.

Dalam banyak2 nikmat yang Allah dah kurniakan kepada saya masa tu, Allah hanya tarik satu je nikmatNya untuk sementara - iaitu nikmat ketenangan. Allah tak tarik nikmat keluarga bahagia saya. Allah tak tarik nikmat harta yang Allah dah pinjamkan kat saya. Dan Allah juga tak tarik nikmat ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya.

Allah hanya menarik nikmat ketenangan saya. Allah hanya hilangkan kelapangan di hati saya buat sementara waktu. Dan disebabkan itu, saya dapat rasakan betapa tak berharganya harta yang ada, betapa tak berharganya ilmu yang ada, tanpa ketenangan daripada Allah.

Ya Allah, betapa besarnya nikmatMu itu.

Sebab itu, saya harap saya tidak lupa akan nikmat ini. Alhamdulillah, hati saya dah kembali tenang. Allah dah tenangkan hati saya selapang2nya. Syukur pada Allah. Andaikata saya masih tidak tahu menghargai nikmat ini, betapa ruginya saya.

Buat diri saya dan kawan2, hargailah nikmat ketenangan ini.


4 comments:

Anonymous said...

sgt betul...=)

Pjoyz Zul said...

wah.. klinikal kat temerloh ke cok? leh ar datang kuantan jumpa aku? hehehehe

Jamil said...

Nak-nak pula kena posting O&G lepas ni, mana la nak tenang?

p.s. akuk selalu rasa resah bila dah sudah exam.

Faiz Shukri said...

anun - =]

pjoyz - bleh2..nati kita ejas hehe bleh ajak bad skali..

jamil - tgk labour agak tidak "menenangkan" la..tp harap2 lama2 nati jadi biasa =]