Wednesday, May 7, 2008

Alkisah saya dan budu

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya tak makan budu. Padahal, saya ni orang kelantan, mak ayah pun orang kelantan, dan sekarang pun saya menetap di kelantan. Ramai dah yang tanya, itu yang saya pelik tu.

Senario 1:

B: weh, nape ko tak makan budu ek?
F: kenapa aku kena makan?
B: ko kan orang kelantan.
F: oh okay =.="

Senario 2:

F: Makcik, bagi nasi kerabu tanpa budu satu ek. Bungkus ye.
M: Adik tera la budu ni..sedap dik......adik oghe mano?
F: Saya orang kelantan makcik.
M: HAH! oghe kelate pun tok make budu?
F: Er....................

Jadi, untuk menjawab persoalan ni, saya ada fikirkan 5 sebab yang mungkin menjadi faktor kenapa saya tak makan budu:

1. Genetik
2. Persekitaran
3. Pengalaman buruk
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Kekangan masa

Tapi,

Kalau nak kata sebab genetik, mak ayah saya dua2 makan budu. Datuk dan nenek pun makan budu. Siap nenek pandai buat budu sendiri lagi. Moyang saya pun makan budu!

Jadi,
1. Genetik = REJECTED!

Kalau nak kata sebab persekitaran yang tak membantu, saya rasa satu family saya makan budu. Kecuali saya dan Wit. Abah dan Ma suka makan budu. Kaklong gila budu. Kakak kaki budu. Aya pemakan budu. Adik syiham pun makan budu!

Jadi,
2. Persekitaran = REJECTED!

Kalau nak kata saya ada pengalaman buruk masa makan budu, untuk pengetahuan semua, saya tak pernah try pun lagi budu ni sebenarnya! Kalau tak pernah makan in the 1st place, macam mana nak ada pengalaman buruk?

Jadi,
3. Pengalaman buruk = REJECTED!

Em, pengaruh rakan sebaya logik tak? Jap-jap saya fikir, Aqim makan budu, Hadi pun makan, Awe dan Jatak pun makan. Bear (room-mate saya) yang asal dari Penang pun peminat setia budu! Baiklah, saya rasa boleh agak apa jawapan dia.

Jadi,
4. Pengaruh rakan sebaya = REJECTED!

Kekangan masa? Hish, mengarut!

5. Kekangan masa = REJECTED!

Aduhai, semua kena reject ni. Entah bila saya akan dapat jawapan ni. Mungkin saya cuma mengalami buduphobia je kot! Apa-apapun, kepada penggemar budu di luar sana, nikmatilah video ini:

Betul tapi tak benar


Berita Harian Online

Berita Harian (10/1/08) - Retorik agama tidak akan majukan Kelantan

Sekali lagi mata saya tertarik dengan isu yang melibatkan negeri Kelantan. Wah, fanatik jugak saya terhadap Kelantan. Entahlah, mungkin disebabkan saya tidak bersetuju dengan kandungan artikel tersebut. Tajuk yang betul, tetapi tidak benar. ‘Betul’ dalam erti kata, bahawa retorik agama sememangnya tidak akan membawa sebarang kemajuan kepada sesebuah negeri, tetapi ‘tidak benar’ kerana bagi saya, tiada retorik agama yang berlaku di Kelantan. Banyak fakta yang pada saya bercanggah dengan hakikat sebenar. Selaku rakyat Kelantan, yang membesar di Kelantan, saya merasakan terlalu banyak kenyataan-kenyataan yang berbentuk fitnah dalam artikel tersebut dan perlu bagi saya untuk membetulkannya.

Saya bukanlah seorang ahli politik, apatah lagi seorang sutradara yang mahir dan bijak berkata-kata. Namun, saya mengharap, semoga setitis ilmu dan pengalaman yang saya miliki, sedikit sebanyak membantu saya, dengan berkat dan keizinan daripada Allah.

Di sini, saya sertakan bersama fakta asal artikel tersebut, diikuti dengan komen saya:

Pertama:

“SEPANDUK, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan Islam di jalan raya memberi ingatan berguna kepada orang ramai. Namun tanpa pelaksanaan sebenar hukum Islam, semua ini mengaburi mata rakyat dan kosmetik bertopengkan agama.

Simbol dan slogan atau retorik agama tidak akan membangunkan rakyat bersama Islam, malah membuka laluan kepada keruntuhan dan kekufuran. Pas sudah berkali-kali berjaya dengan cara ini dan akan meneruskan amalan buruk ini semata-mata untuk memenangi pilihan raya.”

Ya Allah, sedih hati saya bila terbaca kenyataan sebegini. Yang pertama, artikel ini seolah-olah mempertikaikan niat kerajaan Kelantan dalam melaksanakan segala yang diperkatakan tadi. Sudah saya katakan dari dulu, dalam kita menilai sesuatu perkara, nilailah sekadar kemampuan kita, yakni menilai dari sudut zahir. Usah dipertikaikan soal niat kerana itu di luar kemampuan kita. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah. Oleh itu, serahkanlah soal niat dan keikhlasan itu kepada Allah. Bersangka baiklah selalu, kerana itu tuntutan agama kita.

Yang kedua, saya sememangnya tidak bersetuju dengan soal ‘tiada pelaksanaan oleh kerajaan kelantan’. Entah pernah atau tidak penulis ini pergi melawat Kelantan saya pun tidak tahu. Pada saya, banyak pelaksanaan dan implementasi yang telah dilakukan oleh kerajaan Kelantan. Lihat saja iklan-iklan pada billboard di seluruh negeri Kelantan, kesemuanya menutup aurat. Baik iklan Celcom yang memaparkan wajah maya Karin bertudung lengkap selaku watak utama, hinggalah kepada iklan Digi yang menyelitkan gambar wanita bertudung, walaupun hanya sebagai watak sampingan (watak wanita tersebut kecil sahaja jika dinisbahkan dengan watak utama lelakinya). Tindakan kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang menutup aurat bagi muslim, dan berpakaian sopan bagi bukan muslim di Kota Bharu, juga bukti pelaksanaan hukum Islam. Ceramah-ceramah agama oleh tuk guru Nik Aziz sendiri pada setiap hari Jumaat adalah contoh pengkayaan ilmu yang cuba diterapkan oleh kerajaan Kelantan. Usahlah dituduh itu adalah ceramah politik, kerana itu hanya membuktikan bahawa mereka tidak pernah pergi pun ke ceramah tuk guru. Semua ini adalah bukti implementasi dan pelaksanaan yang saya tidak pernah nampak pun di Selangor (tempat saya belajar sekarang. Tentang negeri lain, saya tidak pasti dan tidak mahu bersangka buruk). Iklan menutup aurat? Ceramah agama oleh Menteri Besar Selangor setiap hari Jumaat? Heh (read:senyum sinis).

Kedua:

“Selepas berkuasa, mereka tidak akan menyebut atau merujuk lagi kepada janji manis dan harapan tinggi dalam manifesto. Jika hendak membina sebuah masjid pun disuruh rakyat menyediakan tanah dan wang, apa erti manifesto parti? Siapakah yang munafik?”

Saya tidak pasti dengan perihal “rakyat perlu menyediakan tanah dan wang sendiri untuk membina masjid”, samada ianya benar ataupun tidak. Saya belum pernah bertanyakan hal ini kepada kepimpinan kerajaan Kelantan sendiri. Iya, kerajaan Kelantan mengakui bahawa mereka tidak pernah membina masjid, cuma sekadar membaiki masjid-masjid sedia ada. Pada saya, kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang berbeza dalam kes ini. Tumpuan diberikan lebih kepada soal mengimarahkan masjid, memenuhkan masjid dengan jemaah (bukan setakat imam dan bilal serta AJK masjid) dan pengisian agama, dan bukannya kepada soal bilangan masjid yang dibina. Membina masjid pun memerlukan wang, jadi andaikata masjid sudah mencukupi, pendekatan yang seterusnya adalah memuliakannya dan mengimarahkannya. Betul kan? Sepanjang hidup saya di Kelantan selama ini, belum pernah saya mengalami masalah mencari masjid untuk bersolat. Datanglah ke Kelantan, rasai dan alamilah sendiri. Itu nasihat saya.

Ketiga:

“Yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam. Mereka membanjiri lot kedai dan komersial yang dibina tanpa menampakkan perubahan di kalangan pemilik dan peniaga Melayu.

Apakah yang sebenarnya berubah sesudah Kelantan berpindah daripada tangan Barisan Nasional (BN) ke tangan Pas sejak 18 tahun lalu? Apakah rakyat membangun bersama Islam? Yang jelas dan pasti membangun di Kelantan ialah ekonomi bukan Melayu. Bilangan mereka juga semakin meningkat.”

Ayat “yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam” ini cukup kelakar bagi saya. Bukankah ayat itu juga boleh diapply pada negara Malaysia sendiri. Malaysia juga dipimpin dan ditadbir oleh orang Islam. Pak lah orang Islam, Datuk Seri Najib pun orang Islam. Tapi, orang yang paling kaya di Malaysia ni orang Melayu ke? Kalau bukan Datuk Robert Kwok, yang merupakan taiko gula dan pemilik rangkaian hotel Shangri-la, mestilah taiko Maxis dan Astro, Datuk Ananda. Kalau ada pun orang melayu dalam senarai sepuluh orang terkaya di Malaysia pun hanyalah Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary, Pengerusi Yayasan Albukhary. Satu persepuluh bukanlah angka yang besar dalam kamus Matematik.

Saya tidak nafikan, semenjak pembinaan KB Mall, bilangan kaum bukan melayu yang berniaga di Kelantan semakin bertambah. Tapi, sekurang-kurangnya, penguasaan market dan perniagaan di Kelantan masih dimonopoli oleh orang melayu. Cuba lihat di sekitar KL, Selangor ataupun Pulau Pinang, senarionya jauh berbeza. Satu-satunya kedai milik orang melayu di KLCC yang mampu bertahan suatu ketika dahulu (ie Kelantan Delights) pun saya tak pasti ada lagi ke tidak. Entah-entah dah pupus! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Elok jugaklah peribahasa ini dicipta, sebab ada juga kegunaannya.

Keempat:

“Sekiranya Kelantan tidak begitu mundur, ia akan menerima banyak perubahan daripada kegiatan pelbagai macam industri dan kegiatan ekonomi. Tetapi semua ini tidak akan terjadi kerana pemimpin Pas memilih untuk mundur.”

(Untuk bidasan ini, rujuk entry ‘Kelantan.....oh tanah airku.’)

Kelima:

“Pemimpin Pas pada hakikatnya bimbang akan kehilangan kerusi kerana kehilangan kerusi bermakna kehilangan pendapatan dan mata pencarian sebagai wakil rakyat. Tidak munafik jika mereka menggunakan agama dan ayat al-Quran untuk menang atau jika mereka memesong dan mengelirukan fikiran rakyat untuk mengekalkan kuasa.”

Ya Allah, senangnya mulut ini berkata-kata. Walaupun saya sendiri pernah melihat betapa besarnya mahligai-mahligai pemimpin politik BN, saya tetap tak berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini secara terbuka. Bimbang, kalau-kalau mereka benar-benar ikhlas, bukankah saya telah mengeluarkan fitnah. Andaikata ada seorang dua pemimpin Pas yang bertindak sebegitu, adalah tidak adil untuk menghukum kesemua pemimpin Pas sebagai taksub kuasa. Nasihat saya, datanglah sendiri ke Kelantan. Tengok sendiri rumah-rumah pemimpin Pas, dan cuba bandingkan dengan pemimpin BN yang lain. Entah-entah, rumah penulis artikel ini sendiri pun lebih besar berbanding rumah tuk guru Nik Aziz. Kalau tak kenal, saya boleh tolong bawakkan. Pulau Melaka tak jauh dengan rumah saya di Kubang Kerian. Lepas itu, fikir-fikirkanlah, siapa sebenarnya yang lebih takut kehilangan kuasa, pemimpin Pas ataupun BN.

Keenam:

“Mereka begitu taksub mengembang dan memperluaskan pengaruh politik kepartian daripada mimbar masjid. Apatah lagi apabila hujah khatib tidak dapat diserang balas oleh makmum yang mendapati pendapat mereka itu salah.”

Soalan saya, pernah tak si penulis ini datang mendengar khutbah di Kelantan? Kalau tak pernah, datang dulu dan dengar. Lepas tu, barulah keluarkan kenyataan yang betul. Saya yakin sesiapa sahaja yang pernah bersolat Jumaat di Kelantan, akan faham dengan apa yang cuba saya sampaikan ini.

Kesimpulan:

Inilah antara serba sedikit petikan artikel tersebut. Kalau nak dibidas semua, takkan habislah jawabnya. Apa yang termampu saya lakukan adalah untuk highlight seberapa banyak yang mungkin. Maafkan andaikata ada yang tidak setuju ataupun terkilan dengan penulisan saya kali ini. Perbezaan pendapat adalah fitrah. Terpulanglah kepada sesiapa yang ingin mendengar dan menerima. Bagi saya, ini tanggungjawab saya selaku rakyat Kelantan, untuk membela maruah negeri saya, kerana saya yakin, bukan semua orang berkesempatan datang dan merasai sendiri kehidupan di sini. Apa yang digambarkan dalam media, mungkin jauh terpesong dengan hakikat sebenar.

Pendapat peribadi saya, persoalan yang timbul bukanlah pada parti mana yang memerintah, tetapi parti mana yang memperjuangkan Islam. Andaikata BN memperjuangkan Islam sebenar-benarnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memilih BN dan begitu juga sekiranya Pas tidak melaksanakan Islam, saya juga tidak akan membela Pas seperti yang saya lakukan kali ini. Saya bersangka baik pada kedua-dua parti, bahawa mereka mahu memperjuangkan Islam, baik BN dengan Islam Hadhari dan Pas dengan kepimpinan ulama’nya. Apalah hak saya untuk mempertikaikan niat dan keikhlasan mereka, sedangkan saya juga manusia biasa, yang sifatnya dan fitrahnya terbatas. Yang tinggal sekarang, hanyalah pembuktian dan pelaksanaannya. Itulah asas kepada penilaian saya, selaku manusia yang daif lagi hina serta terbatas.

Wallahu’lam.

Puding Jagung!


Bergambar di akhir program

Hujung minggu lepas, Medical Student Club USIM, di bawah biro sukan dan rekreasi (Abang Im), telah menganjurkan sukan intra-fakulti untuk kali yang kedua. Seperti tahun lepas, hanya dua acara sahaja yang dipertandingkan, iaitu futsal untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan.

Jadi, untuk game futsal, kitorang semua dibahagikan kepada 6 team; 5 team student dan 1 team staff. Undi punya undi (random ke ni Im?), saya ditakdirkan tercampak ke team D. Tak kisahlah, team mana-mana pun sama je kot. Nak main untuk seronok-seronok je. Itu mind set saya. Saya rasa penting juga ada mind set macam tu, sekurang-kurangnya senang sikit saya nak terima kekalahan (in case) nanti.

Yang seronoknya, masa nak pilih nama team, Im mintak saya pilih satu nama untuk team kitorang. Hadui, parah ni. Nak letak nama apa plak ni? Saya dah la lemah bab-bab bagi nama ni. Saya minta tangguh jap. Mintak-mintak dapat la tanya pendapat ahli team saya yang lain. Tapi, Im macam nak cepat je. Kesian pulak dia.


Hm, bagi je la nama Puding.

Puding dalam jersi no. 4, me in no. 5!

Nama tu saya fikir sempena nama goal keeper kitorang, Sharifuddin b. Ismail yang kitorang panggil Pudin. Masa tu, semua team pun pilih nama santai-santai je; Pacat Hensem, Jawa, Chua Soi Lek, Anak Itik etc.

Jadi la nama team kitorang Team Puding Jagung (Selepas diedit oleh Ajes).

Tapi, malangnya, apa yang tertera di board markah tidak sama dengan apa yang kami tulis!


Puding Pisang..........Puding Laici............er.........


p/s: Itulah siapa suruh pilih nama makanan sangat!

p/s: Team kami berjaya menang 2 game, kalah 2 game, dan seri 1 game. Dapatlah tempat ke-4 out of six teams. Apa-apapun, syukur Alhamdulillah.

p/s: Credit to Awe for all these pictures. Thank you We.

Life = Driving a Car

Life is just like driving a car. Wit had once told me before about this when I was writing Life = Sunset. Oh yeah? Why? I asked her back, hoping to hear more from her.

"Well, in life, we must always look forward. But sometimes, we also have to look back, at the past. Besides, life is also full of obstacles. It’s just the same as when we are driving a car; a driver must always looks forward, peek through the rear mirror once in a while, and always be alert of his surrounding by making use of both his side mirrors, wisely."

Okay, that is interesting, I said. But that’s not the end of it.

The most interesting part is that a driver must have a destination. Or else, you won’t be heading anywhere. And it is quite stupid to enter a cab, say hello to the driver and said “Oh well, I don’t know where should I go”. The same goes with L.I.F.E. We need a destination, an objective, a mission, a vision, and a dream of what we are planning to do with our lives. Simple questions such as What am I going to be for the next ten years, Where should I work, What do I plan to achieve in my life and etc must be constantly generated and answered in our six-layers-of-cerebral-cortex. It’s good to remind ourselves, replenish our motivations, and get us back on track.

Be a good driver and always follow the rules. Say no to speeding. There is no need to rush. Just drive slow and steady, enjoy your journey, and don’t forget to have a look at the beautiful and fascinating scenery along the way.

I can guarantee that u will arrive safely at your destination. InsyaAllah.

My Life as a Medical Student


6.30 – Bangun daripada tidur & solat

7.00 – Cuba untuk tak tidur tapi tertidur balik

7.30 – Bangun dan mandi

7.50 – Bertolak ke kelas

7.55 – Nak makan pagi tapi dah tak sempat

8.00 – Kelas dah start

9.00 – Tahan diri dengar lecture dan kuatkan semangat bersama Not

10.00 – Rehat dan baca paper kat Library (atau makan pagi)

10.30 – Sambung tahan diri dalam kelas

11.30 – Dah hilang focus, Not pun dah tertidur, cuba kejut Not tapi tak bangun

11.45 – Tertidur bersama Not

12.30 – Kelas sesi pagi dah habis, pergi lunch

1.30 – Solat Zohor

2.00 – Kelas sesi petang start

2.30 – Jeling-jeling Jatak kat belakang

3.00 – Cuba dengar lecture lagi

3.30 – Otak tepu dan hilang focus dalam kelas, SMS Anun jap

3.45 – Semangat balik

4.00 – Kelas baru habis

6.00 – Makan malam (makan awal dengan harapan tak mengantuk malam nanti)

7.30 – Study

9.30 – Balik hostel

10.00 – Menenangkan diri, mandi dan menenangkan diri lagi

10.30 – Study sikit lagi

11.30 – Menenangkan diri sehingga tertidur

11.45 – Mimpi

3.00 – ………………..

6.30 – The cycle goes on......

"Aku Lebih Penyayang"

"Lelaki Malaysia lebih penyayang"

Itulah antara sedutan artikel pada muka depan Utusan Malaysia hari ini. Tersenyum saya. Iyelah, ada jugak wanita yang sanggup memuji lelaki Malaysia. Persoalannya, betul ke? Entahlah. Yang ni, kaum Hawa yang kena jawab. Apa-apapun, itu adalah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang wanita negara seberang bila ditanya sebab kenapa beliau berminat untuk berkahwin dengan rakyat Malaysia. Isu ni kan tengah hangat sekarang. Sebagai seorang lelaki, dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia, mustahil saya tidak tertarik bila terbaca kenyataan sebegini! Ops, jangan salah faham. Saya tidak mengharap supaya Acha Septriasa (saya terpaksa Google nama Acha kat internet sebab tak tahu nak eja sampai sekarang) ataupun Dian Sastrowardoyo (fuh, payahnya nak eja, saya Google lagi sekali huhu) jatuh cinta pada saya. Cuma sekadar berminat dengan Acha dan Dian kenyataan tersebut.

Pada saya, soal penyayang atau tidak adalah isu yang subjektif. Mungkin wanita tersebut, sepanjang hidupnya di Indon, asyik terjumpa dengan lelaki Indon yang tidak penyayang je. Bila datang ke Malaysia, kebetulan terjumpa pulak dengan seorang lelaki Malaysia yang penyayang! Walhal, ramai je lelaki Indon yang penyayang (eg Abang Aji daripada drama Mutiara Hati / Kamal daripada USIM) dan lelaki Malaysia yang tidak penyayang. Sebab sifat penyayang ni bukanlah terkandung dalam genetik sesuatu kaum atau bangsa.

Sifat ini boleh dipupuk dan boleh dipelajari. Untuk 'menyayangi' seseorang tidak sesenang untuk 'disayangi'. Perlukan teknik dan cara yang betul. Sebab itulah kita kena belajar. Jangan ego untuk belajar perkara-perkara asas yang nampak remeh sebegini. Tapi hakikatnya, ramai yang tak sedar. Yang diorang tahu, adalah untuk keluarkan kenyataan-kenyataan sebegini;"hek eleh....senang je....bukan payah pun...." ataupun "nanti dia jadi sendiri la....takyah belajar2...bazir masa je......". Sebab tulah, kes-kes penceraian kat Malaysia makin hari makin menjadi-jadi. Iye, saya tak nafikan banyak lagi faktor lain yang menyebabkan penceraian. Tapi, kita perlu ingat, faktor kurang kasih sayang suami/isteri pun salah satu faktor juga, bukan?

Atas dasar itu, marilah kita sama-sama belajar. Saya pun perlu belajar banyak lagi tentang ni.Tak salah untuk jadi bodoh. Yang salah ialah, sudahlah bodoh, tak mahu belajar pulak tu.

Apa-apapun, buat rakyat Indon yang telah jatuh cinta di Malaysia, janganlah gusar. Dengarkan lagu ini:

Istana pasir lagi.......






Ini gambar-gambar sand castles team lain masa di English Gateway haritu. Saja letak kat sini untuk tatapan semua hehe. Sekurang-kurangnya, bolehlah dibuat comparison betapa cantiknya sand castles diorang berbanding kitorang punya (terpaksa mengaku). Apa2pun, yang penting hati gembira, menang kalah belakang cerita. Thank you to Jatak for all these nice pictures.