Monday, April 20, 2009

Buat kawan2 kesayangan hamba

Seperti mana kawan2 yang lain yang kehilangan mood menulis blog, saya jugak tak terkecuali. Macam2 salah faham dan perselisihan faham yang berlaku dua tiga hari ni, pada saya antara punca utama. Saya tak maksudkan kawan2 saya yang lain, tapi kawan2 terdekat saya, yang saya sayang, yang saya suka berkawan dengan diorang selama ni - kawan2 16 kerat student lelaki 4th year (bakal 5th year insyaAllah) FPSK Usim.

Iya, ibarat membuka pekung di dada, saya memang sangat kecewa dengan keadaan sekarang. Saya tak pasti apa pandangan orang luar terhadap kitorang - baik ke, buruk ke, - tapi, apa yang pasti, kami tidak serapat dulu.

Tak semesra dulu.

Dan teramat menipulah saya rasa kalau saya kata saya tak sedih. Kawan2 yang kita dah kenal selama 5 tahun, yang kita sayang, yang kita tak suka mengumpat dan mengutuk belakang dia walaupun kita tahu yang dia tak tahu (tapi Allah tahu), yang kita seboleh2nya nakkan hubungan ini kembali mesra, macam masa Tamhidi.

Memang betullah macam orang kata, Tamhidi time paling best.

Time kita masih tak berapa matang.

Tapi, itulah time masa hubungan kita paling jujur, sekurang2 itu kata hati saya.

Orang akan berkata macam2. Dan akan berprasangka macam2. Sampaikan kekecewaan saya ini terpaksa diluahkan kepada seorang teman.

"Cok, kalau kita jujur, orang akan tahu cok"

Saya tahu, dan saya setuju. Tapi, jujurkah saya? Walaupun kita cuba yang termampu, tapi tak bermakna ketermampuan kita itu dah menjadikan kita jujur. Mungkin saya menjengkelkan di mata sesetengah kawan. Dan hanya permohonan maaflah yang saya pinta.

Andaikata Pecok yang korang kenali selama 5 tahun ini hanyalah kepura2an bagi korang, apalah yang mampu saya lakukan. Andaikata Pecok yang korang lihat berlaku perubahan dalam dua tiga menjak ni menjadi rujukan, hanya senyuman dan maaf yang mampu saya pohonkan.

Saya tidak minta untuk saya disukai. Tak seronok bila diri disenangi tapi kawan dibenci. Saya lagi rela kalau kawan2 15 orang ni berkawan rapat dan pinggirlah saya seorang diri, itu lebih menggembirakan hati saya. Saya sentiasa berminat untuk melihat kita semua berkawan kembali, macam dulu.  

Jomlah kawan2, kita berubah. Dan sampai masanya untuk kita berbaik. Saya merindui kawan2 saya. Kawan2 yang telah lama meninggalkan saya, samada zahir atau batin, samada sedar atau tidak.

Saya tahu - sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Andaikata 15 orang terlalu sukar untuk kita puaskan, korang tolaklah Pecok dalam list tu. Usahakan 14 orang tu dulu.

:]

18 comments:

aw3rz said...

Tamhidi kita tak mengenal budi orang dan paling penting tak mengenal diri sendiri.

Sekarang kita dah tahu sapa diri kita dan paling penting tahu hati budi orang sekeliling kita.

Jangan terasa hati kerana aku tutup blog aku lepas ko cakap semua itu. Aku tahu ko niat baik. Aku kenal ko (walau tak semuanya). Tapi secara jujur, sebab aku nak ko sentiasa sihat perasaan, aku taknak buat kacau. Jujur.

Tapi jujur juga aku kata, kalau nak mengharap si 16 ini macam Tamhidi dulu, sangat mustahil. Macam aku kata, semua dah mengenal diri dan semua dah mengenal budi orang lain. Batu dah lekuk dek air yang menitis sedikit-sedikit.

Kita kawan kan. Masih. *wink*

mongue said...

ko dah berubah cok?

ko nak kawen eh?

serious ni aku tanya.

Faiz Shukri said...

awe - aku tak pernah terlintas di hati nak exclude ko sbg kawan aku we..

aku cuma cuba yang termampu, nak cuba eratkan kita balik. aku tak seronok kita macam ni.dan aku tau kawan2 kita yang lain pun bukan seronok mana jadi macam ni.

semua orang merajuk. aku, ko, kawan2. sume merajuk. mungkin kat diri sendiri, atau mungkin kat orang lain.

kadang2 apa yang kita kenal tak semestinya benar...dan apa yang kita tak kenal tak semestinya salah.. andaikata apa yang kita kenal tu benar, masih ada ruang utk bpatah balik dan berubah..

kita tampallah lekuk2 batu tu dengan simen..mungkin batu takkan sama macam dulu..tapi sekurang2nya lebih baik..dan sama2lah kita tadah air yang menitik tu..salurkan jauh dari kita...

mongue - takdelah mon :] aku takde duit lg nak kawen...

aw3rz said...

eleh. ye la cok, tade duit. jangan aku bangun tido esok dan dapat kad jemputan kahwin - mongue & qilah. eh? gurau2. hehe

pulasan007 said...

:)

sori cok kalo aku ade wat slh pape.hope kite same2 berubah,menuju yg lebih baik.

kawen xyah duit cok.teoretically je la.hehe

Jamil said...

sedangkan lidah lagi tergigit....

...tapi jangan la sampai terputus, ye tak?

senyum2 selalu, macam aku ni :)

imyahus said...

cok, aku paham ape yg ko cube katakan. betul, memang dah tak sama macam dulu, tapi itu pkara biasa yg kita akan lalui bile usia makin tua.

makin lama, makin kita paham perangai sorang2. ada yg kita senang, ada yg kita rasa x selesa. ada yg kita cuba tegur, ada yg kita cuba pendam, dan ada yg kita cuba buat tak tahu. manusia x sempurna, aku x terkecuali.

aku yakin kawan2 aku kesemuanya dah matang untuk mebuat keputusan, tapi kadang2 keterlanjuran kata dan buruk perangai tak mampu di reversekan. mohon maaf adalah sebaiknya, tapi kadang2 maaf sahaja tak menjamin pkara itu takkan berulang, seeloknya disertai dgn semangat utk ubah perkara yg patut diubah dan menyesali akan ape yg telah berlaku, beserta dgn azam tidak mengulanginya lagi.. baru la sempurna taubat nasuha...

apepun, 16org masih kawan, insyaAllah takkan jadi macam lagu 10 budak hitam, hilang satu persatu. masa akan menentukan. panjang plak komen aku.

so, utk merapatkan ukhwah kembali, ape kate kita amik kursus nikah ramai2.. mqdad cakap nanti yuran naik harga, so better amik awal2... haha. so, amacam?

Sop said...

im desperate nk kawen. muahaha. gurau je im.

btol kate awe. susah nk kembali kpd keadaan kudus zaman tamhidi sbb dh kenal sekor2.

aku rs aku kawan dgn semua. psl kawan, aku xde exclusion criteria. tp bila aku merapati satu pihak, pihak lg satu terasa. vice versa. dilemma aku, si talam dua muka.

Faiz Shukri said...

awe - tak, betul ni memang takde duit huhu

pulasan - kita improve diri bersama..ruangnya masih ada insyaAllah, cuma mungkin sempit..:]

jatak - bila lidah tergigit, mata menangis kesakitan...

kan aku tgh senyum sokmo ni :]

Faiz Shukri said...

im - perubahan memang akan berlaku im...memang itu pun hukum alam.. tapi kita semua tak mengharapkan perubahan sebegini..perubahan yang menyakitkan..aku tau kita semua kecewa...

betul, kita semua ada kekurangan dan kelemahan...marilah kita berubah bersama... aku percaya, ruang tu masih ada...samada kita nak ataupun tak je....

semua kena brubah, aku, ko, dan kawan2 yang lain tanpa pengecualian...semua kena ikhlas nak berbaik....dan aku yakin semua insyaAllah nak..

Faiz Shukri said...

sop - sop, apa yg kita kenal tak semestinya betul sop.... aku tgh cuba nak yakinkan kita semua, yg kita semua dah tersilap mengenal hati budi masing2..memang ada yg betul, tp ada juga yg tsasar...

ikhlaskan diri bersama....... masih ada ruang perubahan kan...utk kita semua...:]

aku phm sop...aku pernah melalui perasaan mjadi dilema... mengorbankan satu pihak kerana nak mjaga hati satu pihak yg lain.. tp, cukuplh...takmau jadi talam dua muka lg... alhamdulillah, ada ruang utk aku bsuara lbih tbuka di blog... aku nakkan kedua2 pihak... aku nakkan semua 15 org.. aku tamak..

andai ada yg perlu dikorbankan, korbankan lah pecok tu :]

m.o.n.g.u.e said...

cok, andai kata anda terkorban, adakah anda positif keadaan akan menjadi aman seperti dulu?

jawab! (gaya ko tgh berdebat) heh

Faiz Shukri said...

Aku jawab mon;

Aku taktau.

Seriously, aku taktau. Tiada siapa boleh bagi jaminan yang keadaan akan kembali seperti dulu, melainkan Allah s.w.t. Aku tidak menuntut kesempurnaan mon. Kita bukannya hidup di syurga. Aku tidak mengharapkan kita 16 orang saling berpelukan, sentiasa makan bersama, sanggup bersusah bersama.

Semua tu terlalu indah untuk dicapai.

cukuplah kita saling ikhlas menyayangi (walaupun takmau / malu / tak suka tunjuk), saling memaafkan sesama kita (tanpa menunggu ada orang datang melutut dpn kita) dan bersangka baik antara kita. Cukuplah dendam dan mengutuk di belakang.

Dan semua tu takkan datang tanpa pengorbanan mon. Aku takmau mengajak kawan2 kita berkorban tanpa aku memulakannya.

Walaupun tak seberapa, terimalah pengorbanan ini seadanya. kerana aku hanyalah insan biasa.

m.o.n.g.u.e said...

cok. aku rasa kan kalau ko mengorbankan diri pun, xsemestinya keadaan akan berubah.

so, xyah la berkorban. =) serious ni. korban mengorbankan ni merugikan. lagi2 dalam keadaan kita yg sikit kawan ni.

Faiz Shukri said...

"tak semestinya keadaan akan berubah"

mentaliti macam ni la yg wat kita semua taknak berubah dan berkorban mon..in the end, habuk pun tarak :]

"korban mengorbankan ni merugikan"

kita dah memang rugi pun mon selama ni walopun takde org nak berkorban.. at least, bila kita cuba nak memulihkan keadaan, kita tak rugi mon..

aku dah cukup hina dgn keadaan aku yg "dilema" selama ni.. cukuplah kot setakat tu.. andai aku terkorban, aku puas hati :]

"lagi2 dalam keadaan kita yg sikit kawan ni"

kawan kita ramai mon..kita yg menjadikan kawan kita sikit :] kawan senang dicari, susah nak dijaga..

mongue said...

cok. maksud aku, korban mengorban ni mmg merugikan. so, kena la cari alternatif lain. bukan kena korban je baru bleh settle masalah. ye tak?

aku suka kawan ngan ko anyway. =)

Faiz Shukri said...

thanx mon, aku pun suka kawan dgn ko :] aku syg korang sume, dan still syg. that's why lah semua ni timbul - sebab sayang.

insyaAllah, kita cari alternatif lain bersama.

nuarasheeq said...

suke ayat2 korang sume kat atas. senyum je aku bace. he2. laki nih yang best nye 2 3 hari lepas satu insiden dah lupe segalenye. jadi jom ah jadi lelaki itu. erase those memories yang tak best. reformat blk pale otak kite. new year new aspiration. eratkan semngat ukhhuwah. tak perlu banyak kata2. aksi saja yang kita perlu buktikan. :)