Thursday, April 9, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 27!

Assalamualaikum w.b.t.

Entry ini saya tujukan khas buat dua insan yang penting dalan hidup saya, dua orang yang paling saya cintai selepas junjungan besar kita Rasulallah s.a.w., dua insan yang tak pernah jemu menyayangi saya, tidak pernah penat menggembirakan saya, dan sentiasa bersabar dengan kelemahan saya.

Insan-insan ini, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa mereka. Andai saya diberi hidup oleh Allah untuk hidup seribu tahun sekalipun, insyaAllah hati tetap takkan berasa puas menyayangi mereka. Dan disayangi mereka. 

Ma, Abah, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 27! ;] Iz doakan ma dan abah berbahagia sepanjang hayat. Moga Allah tempatkan ma dan abah di kalangan orang2 yang Allah redhai, dan dipertemukan semula di syurga Allah yang kekal abadi.

Maafkan iz atas kelewatan ini. Hero tunggal ma abah ni tetap macam dulu. Kesian ma abah. Maafkan iz...... Bukan niat di hati untuk membuatkan ma abah tertunggu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa cintaku padamu. 


Love of my life

3 comments:

Jamil said...

Hoh.Mak ayah aku baru anniversary ke-24. Kira junior mak ayah ko la ni hahaha

nuarasheeq said...

mak ayah aku ntah tak terkira. ke memang x kira. hah2

Faiz Shukri said...

jamil - em, junior senior la kira ni hehe

nuar - tak kira kot hehe =D