Friday, April 3, 2009

Rumah kaklong

Assalamualaikum w.b.t

Penat plak rasa badan ni. Dua tiga hari ni, saya, kaklong dan cekda tak habis2 ke hulur ke hilir siapkan rumah sewa baru kaklong. Majlis solat hajat dan bacaan Yasin akan dibuat insyaAllah pada hari sabtu malam ahad (lusa), jadi nak tak nak kena selesaikan hal rumah sebelum tu. Esok (jumaat), insyaAllah abang ipar saya akan balik dari Labuan. Harap2 dia seronok naik rumah baru ;] 

Setakat ni, hampir 90% dah siap. Perabut2 basic dah beli. Cuma peralatan elektrik macam tv dan peti sejuk belum lagi. Disebabkan saya free esok, kelas takde, jadi kitorang bercadang nak pergi cari tikar getah untuk wet kitchen kaklong. Harap2nya, segalanya berjalan lancar. Ameen.

p/s: ma sangat excited nak melawat rumah kaklong. Kalau cuti sekolah tak habis lagi, kompem ma dah datang KL dah hehe ;]

2 comments:

Jamil said...

Hohoho....mana boleh takde tv...kan itu essential item untuk bermain home console video game :P

p.s. teringin nak tengok rumah baru kak hanan haha

Faiz Shukri said...

ko pujuk la kaklong suruh beli xbox360 kat aku ;D

p/s: aku dah pujuk tp gagal..