Friday, April 3, 2009

Maaf

Assalamualaikum w.b.t.

Ya Allah...apa aku nak tulis ni...

Dah dekat 20 minit saya depan laptop ni. Jam dah pukul 2.53am, mata pulak tak mau tutup2 lagi. Aduh, ni mesti penangan air Coke Burger King tadi. Itulah, beli barang boikot lagi. Padan muka. 

Saya buntu. Otak tak jalan. Idea dah hilang. Banyak benda sebenarnya yang bermain kat kepala ni. Fikir pasal exam, pasal study, pasal rumah kaklong, pasal kawan2, dan pasal diri sendiri. 

Ya Allah, napelah aku duk risau sangat dengan segala macam perkara ni. 

Kadang2, saya kesal dengan diri sendiri. Sukarnya diri nak memaafkan orang. Sedangkan empunya diri pun tidak sempurna. Tidak mulia. Untuk meminta maaf perlukan kekuatan. Tapi saya tak sangka, walau hanya untuk memaafkan orang pun, hati terasa berat. Sedangkan, kita tak tahu pun dia betul2 bersalah atau tak. Mungkin sebaliknya. Wallahua'alam. Kita mungkin rasa diri kita betul. Tapi kita tak pasti. Boleh jadi kita silap. Astaghfirullah hal 'azim. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

Andai saya yang bersalah, saya mohon seribu kemaafan. 

Mungkin nilah sebabnya hati tak tenang.  

6 comments:

Jamil said...

"To err is human, to forgive divine"

Tidak mudah untuk memaafkan, dan lebih sukar lagi untuk melupakan. Cuma...lihat begini lah. Hidup ini terlalu singkat untuk dirumitkan dengan perasaan runsing dan gundah gulana. Cubalah maafkan dan berdoa agar dada dilapangkan.

Aku pun minta maaf andai kata aku berada di pihak yang bersalah

Anonymous said...

KAWAN - BERTENANG

Kawan, hati kita adalah tempat pandangan ALLAH,
Hati menjadi penentu kepada sebaik-baik keadaan bagi diri
kita,
Maka jagalah hati.

Kawan, hati kita milik TUHAN,
Yang mengawalnya pun hanyalah TUHAN,
Begitulah kejadian kita yang memang lemah,
Hingga hati kepunyaan diripun tak dapat kita jaga.

Tapi janganlah risau KAWAN,
Memang begitulah kehendak TUHAN,
Dijadikan kita lemah supaya kerana ALLAH ingin berlembut dan ringan dengan kita,
Jadi bukankah TUHAN Maha Baik sekali.

KAWAN ku yang sejati,
Masalah dalam dunia tidak akan berhenti,
Semakin membesar dan tua, semakin banyak pula masalah kita,
Tapi bukankah kita yang menentukannya,
Hati kita yang memilih untuk pergi pada yang mana satu.

KAWANku,
kita berkawan mestilah kerana TUHAN,
Yang didekati patut didekati,
Yang baik patut dijadikan kawan bersama,
Yang dihalang patut di halang,
yang dijauhi patut dijauhi,


KAWAN,
Berkawan bukan kerana manusia,
Berkawan kerana HATI kita sam dengan HATI dia,
HATI yang sama-sama inginkan sesuatu.

KAWAN,
Kalau harta yang jadi persamaan di hati,
MAka hartalah punca kelangsungan hubungan KAWAN kita,
Ada harta adalah KAWAN,
Tiada harta tiadalah KAWAN.

KAWAN,
kalau suatu objek atau sifat yang jadi persamaan hati,
KEtika ada barang adalah lah akwan,
Tiada barang tiadalah kawan.

KAWAN,
Kalau maksiat jadi persamaan,
Ketika ada kegiatan maksiat kawan menjadi,
Ketika kita ditimpa musibah kerana nya,
KAWAN tak menjadi lagi.

KAWAN,
kalau karier yang jadi persamaan,
Ketika ada persetuajuan dan karier masih ada kawan menjadi,
KEtika dipecat, pencen atau tiada perstujuan KAWAN tiadak menjadi.

KAWAN,
kalau diri, jasad yang menjadi tujuan bersama,
Ketika jasad sempurna dan indah kawan menjadi,
Ketika jasad cacat kawan tiada lagi.

KAWAN,
Jika diri kawan kita yang jadi sebab kita berkawan,
Maka hati kita sudah digunakan untuk diri kawan kita,
Kebenaran kebatilan sudah tidak dapat dibezakan lagi,
Kerana yag menjadi fokus adalah diri KAWAN.

KAWANku,
Tapi TUHAN kita iaitu ALLAH yang menjadi sebab kita berkawan,
Kata akan amat sayang pada kawan kerana ALLAH,
Kita akn amat marah kepada KAWAN kita jika di melanggar perintah ALLAH,
KIta akan sangat menghargai KAWAN kita bila bersama-sama mengahdap ALLAH,
Kita tidak akan sekali-kali membuat keburukan kepada KAWAN kita dalam apa jua bentuk sama ada didepan atau dilekang kawan kita,

KAWANku,
Kalau ALLAH yang menjadi tujuan hati kita sesama KAWAN,
Kita tidak pernah hilang kawan melainkan KAWAN yang menghilangkan dir kerana tidak sukakan TUHAN,
Walau jauh dan dimana sahaja,
Hati kita akan sentiasa berkawan dan KAWAN sentiasa ada.

KAwanku,
Kalau kita berkawan kerana ALLAH,
WAlau sekuat mana kita marah kalau kerana ALLAH,
Hati kita akan tenang dan KAWAN kita juga akan bersyukur kerana mendapat KAWAN yang mengingatkan diri kepada TUHAN.

KAWANku,
Walau kawan kita tidak mengucapkan kata dan ungkapan manis kepada kita yang menandakan kasih sayangnya,
Tapi semua KAWAN kita ada hati dan perasaan yang mungkin tidak diluahkan,
HATI itulah yang akan mengaku diri kita sebagai KAWAN.
Kalaupun kita tiudak tahu di DUNIA,
Insya ALLAH diakhirat itu lah kawan kita.

KAWAN,
Ingatlah, berkawan kerana sesuatu selain ALLAH, Itulah jua natijah yang kita dapat,
Jika berlaku kerosakan pada Asbab itu maka rosak lah kawanan kita,

tapi KAWAN,
Jika KAWANan kita kerana ALLAH,
Kita ketawa, kita muram, Kita marah sesama KAWAN,
ALLAH akan kembalikan semula hati kita sebagai KAWAN.
Kerana hanya lah ALLAH, TUHAN Kita,
Yang MAHA MEMBOLAK BALIKKAN HATI.


P/S; Do visit this website:

http://www.youtube.com/watch?v=h824Xf0RkDM

-KAWAN-

aw3rz said...

saya maafkan kamu wahai pecok (umm?apa kaetan aku dalam hal ni?)

nuarasheeq said...

nilah cabaran kita hidup dalam komuniti. semua pasti melalui benda yang sama. tapi bagaimana seorang tu handle situasi cani itulah yang membezakan dengan yang lain. cok janganlah simpan dalam ati. cakap je terus terang. usah peduli apa kata orang. nanti ko akn sentiase nampak stress cok! hah2

apos said...

klo ade anugerah org yg plg xdibenci,xdisakit hati, n x tak disukai dikalangan laki n pompuan kat fpsk ni..org 2 ialah ko...(ikhlas...bole pakai jujurmeter not)

rasa tngjwb,amanah n kewajipan ke atas prkara yg bkn jd tngjwb,amanah n kewajipan kte sbnrnye sgt menyeksakan...

kte cuba pgg amanh yg bkn milik kte,yg bkn tggjwb kte...then amnh 2 terbakar..mmbkr jari2 kte yg memegang..akibatkan luka yg xberkesudahan...

sepatutnye,kte campakkn bhn itu ke dlm air..rendam shingga sjuk..dlm ms yg same cba smbuhkan luka di tgn..(luka xleh smbuh klo tgn trus pgg bhn amnh yg bkn amnh yg pns mmbara)

lps luka di tgn smbuh ambil smula n pgg bhn amnh yg telah sejuk..jika blm sjuk..tngu hnga bnr2 sjuk...

smuga dpt keberkatan...

Faiz Shukri said...

jatak - sebab hidup ni singkatlah aku nak merasai nikmat berkawan tu tak.... kawan adalah anugerah drpd Allah.. kalau boleh, aku taknak kawan2 aku gaduh2..aku nak diorang baik n hepi bsama.. cukuplah ada musuh sebagai musuh..kalau "kawan" pun dah jai "musuh"..kan sedih.. awe - thanx we ;] nuar - not, sebab aku sayangkan korang sume la aku jadi stress macam ni..aku syg dua2 pihak.. dan betapa sedihnya aku bila kedua2 pihak tak baik.. kalau aku syg satu pihak je..things will be easier not..i can just ignore the other party.. tp aku yakin insyaAllah kita semua sama..kita semua nak syg dua2 pihak..cuma maybe jalan belum dibuka oleh Allah s.w.t lg.. apos - thanx pos..jujurnya, aku tak sebaik tu ;] tapi, aku setuju dengan apa ko ckp..cuma aku rasa tu pun sebahagian dari amanah aku..korang sume still kawan yg aku syg..saudara seislam aku yg aku syg... cuma maybe amanah tu terlalu berat utk aku dan beberapa org kawan je yg pikul...insyaAllah kalau kita sume 16 org pikul sama2..akan lg ringan dan mudah...