Wednesday, May 7, 2008

Nilai sebuah ciuman..

Abe dan Wit

Mahal sangatkah nilai sebuah ciuman seorang abang? Sampaikan teramat payah rasanya untuk saya lakukan. Entahlah, sampai sekarang pun saya tak mampu nak jawab. Bukannya kedekut, apatah lagi tak sudi. Mana ada abang yang tidak sayangkan adik mereka sendiri. Terlalu sayangkan mereka sehinggakan kadang-kadang bersikap terlalu "protective". Tapi, bila si adik nak cium pipi, terus saja mengelak. Sedangkan untuk dicium pun dah begitu payah, apatah lagi untuk merelakan diri mencium pipi adik-adik. Kadang-kadang, terasa sayu jugak hati saya, bila mak cakap "abe, bagi la adik cium...kesian dia...." setiap kali saya cuba mengelak.

Mungkin saya pelik, tak macam adik-beradik lain yang suka dicium. Tapi, inilah abe. Dan biar apapun yang orang cakap, abe harap adik-adik sedar yang abe sayangkan mereka. Takpelah, bagi saya sedikit masa. Mungkin satu hari nanti, saya akan berubah. Walaupun mungkin masa tu, dengan rambut dan janggut yang memutih, dan muka yang berkedut, diorang pun mungkin dah tak sudi nak cium saya. Biarlah, saya tetap nak berubah, walaupun dah lewat. Berubah demi adik-adik saya.Aya

Saya harap, biarlah saya seorang saja yang jadi abang yang sebegini aneh. Jangan kedekut untuk dicium, apatah lagi mencium. Janganlah bila kita nak dikapankan, baru adik-adik ada peluang untuk cium. Jangan jadikan ciuman pertama mereka sebagai yang terakhir.

Tak salah menyayangi adik-adik. Kalau bukan kerana adik-adik, kita takkan jadi seorang abang. Betul tak? Kalau bukan sebab untuk jaga dan sayang adik-adik, saya pun tak mahu jadi abang =]

Adik Syiham

Ditujukan untuk adik-adik tersayang: Wit, Aya dan Syiham.

No comments: