Monday, May 12, 2008

Aya dan adik

Adik dan Aya

Hujung minggu lepas, Aya tak ada kat rumah untuk beberapa hari. Dia pergi Kem Bahasa Arab kat Tok Bali. Entahlah kenapa, tiba2 adik Syiham bagitau saya;

S: Bosanlah aya tak ada kat rumah..taktau nak main dengan sape :(
F: Aih, sekarang baru rindu.. Masa aya ada kat rumah jadi "serabut" (read:tensen) pulak kan... (saya mengusik)
S: Haah, betul jugak..
F: oh okay =.="

Hai, entahlah. Pelik2 jugak budak 2 orang ni. Masa dua2 ada kat rumah, asyik bergaduh je. Tapi, bila salah sorang takde, rindu pulak. Patutlah ada peribahasa, "Sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan". Memang patut pun tinggalkan diorang ni. Lagi lama lagi bagus, bagi dia rindu banyak sikit ;D

Macam tu lah kot adik beradik. Bergaduh macam mana pun, yang tu lah yang kita duk rindu nanti. Bergaduh pagi, petang baik semula. Harini cubit adik, esok abah cubit kita balik ;)

Sayangilah sesama keluarga. Sementara mereka masih ada.

3 comments:

Jamil said...

Yang gambar kedua tu macam kat Cameron Highlands je...?

Hmm...aku takut satu benda je kalau 'sayang isteri tinggal2kan'. Nanti dia syak kita tinggalkan dia untuk perempuan lain. Al maklumlah, pemikiran kaum Hawa (bunyi macam MP Kinabatangan tak?)

Jamil said...

Oh, satu lagi. Hanif dan Ihsan sama sahaja perangai mereka seperti Aya dan Syiham -.-" Budak2 lagi kot?

Faiz Shukri said...

jamil - yep, gmbr kedua memang kat Cameron. kalau tinggal pastu tak balik2 tu memang menimbullkan syak tu. tp, kalau balik pastu makin sayang kat isteri, elok la kot ;)

p/s:mungkin pasni kena suruh ihsan pergi mana2 kem jgk hehe