Sunday, May 18, 2008

Hari Ke - 12

Masa makan bihun petang tadi dengan kaklong dan adik2, kitorang berdebat tentang apa menu yang sesuai untuk sarapan pagi esok.

"Aya suka bihun lagi", kata Aya.
"Adik pun", adik syiham menyampuk.
"Em, iz pun suka bihun", kata saya selaku satu2nya wakil rakyat lelaki kat meja tu *laugh*

"Kaklong nak mee tapi...bihun leceh..sebab kena rendam lama2" bidas kaklong.

"kitorang tengok dari perspektif tukang makan, tapi kaklong tengok dari perspektif tukang masak" saya bergurau.

"bila lagi nak makan masakan kaklong...sebelum jadi isteri orang kan.." Ma menambah.

"Em, sebelum dilarikan haha" kata saya.

Kesimpulannya: Perbincangan petang tu akhirnya berakhir dengan sia2. Kami tak dapat pun penyelesaian apa untuk menu pagi esok ;) Apa2pun, sokong bihun!


2 comments:

Jamil said...

Aku suka bihun gak dowh. Mee aku takleh telan sangat, lagi2 kalau mee kuning yang masak ngan sawi. Dia rasa...aneh. haha. Tapi kalau mee je yang ada, makan je la. Rezeki kan...takleh memilih :P

Hmm...sarapan dengan apa pagi ni? (hari ni isnin)

Faiz Shukri said...

Sarapan mee jugak aduhai...takpelah.. kang kaklong taknak makan kitorang jgk yang susah kan =D