Tapi, umur memang akan sentiasa bertambah. Nak tak nak pun, saya akan jadi besar jugak. Daripada kanak-kanak ribena, saya akan jadi remaja, dan seterusnya dewasa. Bila dah dewasa, saya akan jadi tua. Itupun kalau Allah benarkan saya hidup sampai ke tua. Kalau mati awal, itu pun kehendak Allah :)
Walau apapun, saya bersyukur sebab saya diberi peluang oleh Allah untuk membesar. Membesar dan mengenal dunia ini pun satu rahmat daripada Allah. Sebab dunia ini tak sama pada perspektif seorang kanak-kanak jika dibandingkan dengan seorang dewasa. Dan yang paling penting, dapat mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ini pun satu rahmat. Tiada apa yang lebih indah berbanding mendapat keredhaan Allah. Kita perlu bersyukur sebab kita hidup dalam nikmat iman dan islam yang merupakan dua nikmat yang paling besar yang Allah anugerahkan kepada kita. Tugas kita, adalah untuk menjaga kedua-dua nikmat tersebut sebaik mungkin.
Tiada gunanya hidup seribu tahun andaikata hidup tanpa beriman kepada Allah.
No comments:
Post a Comment