Thursday, May 15, 2008

Hidup yang singkat

Hidup ini singkat. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Petang semalam, jiran saya, Allahyarham Nik Man telah selamat kembali ke rahmatullah. Memang saya tak sangka, sebab rasanya saya baru je tengok dia bawak kereta haritu, berselisih dekat lorong nak ke rumah saya. Memang kami sekeluarga pun terkejut.

Lebih kurang seminggu sebelum tu, saya dimaklumkan dengan pemergian seorang pensyarah Community Health saya, Prof Idris. Jujurnya, saya memang sangat terkejut. Sebab Allahyarham nampak sihat dan bertenaga pada saya.

Tapi, ajal dan maut itu kehendak Allah s.w.t. Kita mungkin sihat, tak ada sakit2. Tapi, kalau Allah nak kita mati, masa tu jugaklah kita mati, seperti yang telah Allah tetapkan. Tak awal ataupun lewat walau sedetik pun. Dan tak ada siapa pun yang tahu, bila dia akan mati, melainkan Allah s.w.t sahaja.

Entahlah, kita selalu rasa yang kita akan hidup lama. Pelik kan? Padahal, bila2 masa dari sekarang pun, kita boleh mati. Sebab itulah kita lalai. Sebab kita selalu rasa ada masa lagi untuk kita bertaubat, walaupun kita sendiri tak tahu. Pernah tak kita terfikir,

"kalaulah tiba2 aku dilanggar kereta, sempat ke aku bertaubat?"

"kalau aku mati sekarang, siapa yang nak tolong selesaikan hutang2 aku ni..."

Sebab itulah Allah suruh kita selalu ingat pada kematian. Supaya kita lebih alert. Supaya kita sedar yang hidup kat dunia ni sekejap je. Agar kita tahu apa yang perlu kita buat dengan baki hidup yang kita ada ni. Kita kena ingat, dunia ni hanya persinggahan, akhirat itu yang kekal. Dan kita hanya diberi satu peluang ni je untuk kumpul seberapa banyak bekalan untuk kita bawak ke akhirat. Satu peluang! Tak lebih dari itu. Fikirkanlah, kalau satu peluang yang kita ada ni kita sia2kan, bukankah tersangat rugi.

Hidup teramatlah singkat. Kita mungkin sedar. Kita mungkin tidak. Renung2kanlah.

Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Prof Idris dan Nik Man. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai Allah s.w.t

No comments: