Wednesday, May 7, 2008

Home sweet home


Rumah manis rumah. Itulah terjemahannya secara literal. Bila dibaca macam tu, terasa kelakar jugak sebenarnya :) Tapi, itulah jugak yang menjadi idaman semua orang.

Apa sebenarnya yang menjadikan rumah ni manis?

Saya percaya, rumah yang manis ialah rumah yang berkat. Dan kita perlu ingat, bahawa keberkatan bukanlah diukur pada betapa luasnya rumah tu, atau betapa besarnya saiz tv lcd kat ruang tamu, ataupun kepada keluasan lamannya, ataupun pada bilangan bilik yang ada. Berkat datang dengan izin dan redha daripada Allah. Dan sudah pasti, rumah yang diisi dengan Islam itulah yang menjadikan rumah itu diredhai dan disukai Allah :) rumah yang penghuninya selalu solat berjemaah, rumah yang penghuninya selalu membaca Al-Quran, rumah yang bersih dan kemas, dan rumah yang dipenuhi dengan kasih sayang kerana Allah. Itulah antara ciri rumah yang dihiasi dengan keindahan dan keagungan Islam :)

Bila rumah dah berkat, ramai yang akan suka tinggal di rumah. Tak rasa serabut otak, tak rasa tensen, tak rasa marah. Ini tidak. Balik rumah je tensen. Balik rumah je rasa nak marah. Rumah yang sepatutnya makin menenangkan, dah jadi sebaliknya. Sebab itu ramai yang lebih gemar lepak kat luar. Setiap hujung minggu, mesti kena keluar, jalan-jalan kat bandar. Bosan katanya bila duduk kat rumah.

Mungkin bila kita dah jadi macam ni, kita kena fikir balik, rumah aku ni berkat ke? :)

No comments: