Wednesday, May 7, 2008

Tak sama

Pernah sekali Anun tanya saya.

“Kenapa kita tak sama be?”

Memang betul, kami lebih banyak yang tak sama berbanding yang sama. Pernah jugak saya terfikir, bukankah lebih elok kalau kami banyak persamaan, samada daripada segi sifat, ataupun daripada segi minat. Sekurang-kurangnya, dapat juga berkongsi hobi yang sama. Tapi, bukan itu yang berlaku.

Saya akui, saya memang tak sama dengan Anun.

Saya seorang yang kurang sabar.
Tapi anun seorang yang sangat sabar dan tabah.

Saya cepat melenting bila orang melawan cakap saya (padah menjadi seorang pendebat).
Tapi anun lebih suka mengalah. Tak pernah melawan cakap saya, walaupun selalunya saya yang salah dan pentingkan diri.

Saya suka main games :)
Anun tak minat sangat (tapi saya sedang cuba pengaruhi anun hehe).

Saya sangat suka baca, ambil tahu dan mengikuti perkembangan politik.
Tapi anun sangat benci politik. Sebab politik sekarang payah nak cari yang bersih.

Saya tak suka kucing. Bukan benci, cuma tak minat.
Tapi Anun minat sangat kat kucing. Dan juga arnab. Dan juga semua binatang yang comel.

Saya takut dengan baby. Takut bila dia nangis, sebab saya tak pandai layan.
Anun pantang tengok baby, memang suka melayan pun. Baby ataupun kanak-kanak, semua tak terlepas.

Pendek kata, memang kami banyak ketaksamaan. Bukannya sengaja, tapi itulah hakikatnya. Bila anun tanya macam tu, saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Tapi, bila difikirkan balik, mungkin lebih baik macam ni :) Tak sama tak bermakna tak sesuai. Cuba ambil contoh magnet. Hanya kutub yang berlainan saja akan menarik antara satu sama lain, dan kutub yang sama akan menolak, betul tak. Ambil pula contoh enzyme dan substrate, tak pernah sama, tapi kedua-duanya saling melengkapi, ibarat kunci dan mangga. Begitu jugaklah dengan DNA, adenine perlu digandingkan dengan thymine, dan guanine pula dengan cytosine. Mungkin kita tak sama, tapi yang penting, kita saling melengkapi :) Itulah yang saya beritahu kat anun. Walaupun saya tahu, anun sentiasa menerima diri saya yang seadanya. Terima kasih nun :)

Saya suka Anun, sebab Anun adalah Anun, bukan sebab Anun adalah Faiz.

p/s: Oh yea, lupa pulak. Saya hitam, tapi anun putih :D

No comments: