Wednesday, May 7, 2008

Life = Sunset

Sejuk hati bila tengok matahari terbenam ni. Rasa tenang sangat-sangat. Seronok pun ada. Tapi, bila kita baru je nak "layan", tengok-tengok dah terbenam dah. Hadui.......

Tapi inilah hidup sebenarnya. Sunset tak ubah macam kehidupan dunia. Sifatnya hanya sementara. Dan bila mana kita mula mencintai dunia, maka semuanya akan hilang. Yang kekal, hanyalah kehidupan di Akhirat sana.

Alam dunia hanyalah persinggahan sementara kita je. Untuk cari bekalan bagi kehidupan yang kekal abadi di Akhirat. Sama lah macam R&R yang kita selalu jumpa di highway. Singgah jap, stretching belakang badan yang dah cramp (huhu), dan minum air kopi bagi hilang mengantuk sebelum sambung perjalanan ke destinasi.

Kerana itulah, janganlah sesekali kita cintakan dunia. Cintailah Allah, kerana hanya Dialah yang kekal abadi selama-lamanya. Kita mulakan bersama. Biarlah amalan yang kita buat tu kecik pun tak apa, yang penting biarlah istiqamah. Bila kita bersedekah contohnya, walaupun beberapa sen, itu pun sudah jadi pelaburan untuk kita di Akhirat. Yang penting, ikhlaskan hati kerana Allah =] Saya tujukan semua ini kepada diri saya terutamanya, seterusnya adik-adik serta kawan-kawan semua.


No comments: