Wednesday, May 7, 2008

Today is my birthday!!

21.12.1986 - 21.12.2007

Alhamdulillah, hari ni genap 21 tahun dah umur ini huhu... dah tua dah rasanya hehe... Apa2pun, syukur kepada Allah atas nikmat hidup ini.....=]

21 tahun...... sekejap je masa berlalu.....dulu2 masa kecik2, bila dengar je org umur 21 tahun, "eh, tuanya mamat ni, dah nak mati kot kuikui"...tp bila diri sendiri umur 21 tahun, "alahai...muda lagi aku ni...relek la..."

Tapi betul ke umur 21 tahun tu muda?

Bila dapat kad yang adik-adik bagi pagi td, mungkin saya perlu fikir balik tafsiran "tua" ni...=]
hadui.....adik2 ku ini......selalu igt abe dah tua =.=" well, back to our question, betul ke 21 tahun tu muda? =]

Berapa ramai bayi-bayi yang meninggal semasa masih dalam kandungan...
Berapa ramai bayi-bayi yang meninggal due to infection, congenital disorder etc sebelum diorang sempat berumur satu tahun pun....
Berapa ramai adik-adik kita yang meninggal dalam kemalangan, dibunuh dan sebagainya walaupun masih di sekolah rendah....
Kalau nak dinisbahkan dengan umur Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad saw, umur 21 tahun ini sudah kira 1/3 daripada umur Rasulallah wafat iaitu 63 tahun...

Jadi, pada pendapat saya. umur 21 tahun ni bukanlah muda mana pun sebenarnya =] ajal tidak pernah sesekali berkait dengan umur =] kerana semua itu adalah hak Allah swt semata-mata, Pemilik dan Pencipta kita semua, yang Maha Mulia dan Maha Agung =]

Jadi beringatlah sementara masih sempat =] (ditujukan kepada diri sendiri terutamanya)

No comments: