Monday, May 12, 2008

Jangan nanti disuruh

Kadang2, perasan tak yang kita ni selalu nak kena suruh dulu baru nak buat kerja. Kita selalu lambat nak ambil inisiatif sendiri.

Semalam, masa makan2 dengan kaklong kat kedai roti canai kari tulang kat Kubang Kerian (kami tak makan roti pun, minum2 je) saya orderlah air limau suam satu, sambil2 nak tunggu adik2 balik tusyen. Nak dijadikan cerita, air limau suam saya ni masam, tak manis seperti yang saya harapkan.

"masamnyo air limau ni, tak letok gulo ke"

"dah abe mintak air limau je tadi kan, tak bagitau pun nak gula sekali" usik kaklong.

"kak, bagi saya milo campur susu campur gula campur ais satu ye. Campur dengan air sekali. Pastu letak dalam gelas ye. Jangan lupa straw saya" saya usik kaklong balik. Nak tunjukkan betapa letihnya saya kalau saya nak kena bagitau satu2 macam tu hanya untuk minum air milo beng (milo ais). Kaklong gelak.

Semua benda pun nak kena bagitau kita satu2, barulah kita buat. Mungkin kita tak perasan. Ataupun mungkin jugak kita buat2 tak perasan. Kadang2 tu, bila hujan, bukannya terus nak pergi ambil kain kat jemuran pun. Nak tunggu orang suruh dulu. Itupun, bila disuruh pun bertangguh lagi. Padahal, ni semua common sense iye dak?

Mungkin sebab tulah kot bangsa kita agak ketinggalan berbanding orang lain. Saya tak mahu komen bangsa lain walaupun mungkin diorang buat macam ni jugak. Biarlah, tak mahu bersangka buruk. Baik betulkan bangsa kita dulu. Baru boleh fikir nak betulkan orang lain. Saya tak mahu jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan. Lagipun, saya bukan ketam. Hehe.

Apa2pun, kita cuba berubah sama2. Jadi lebih proaktif sikit lepas ni. Untuk konteks student (wit, sila dengar betul2), jangan tunggu bila disuruh baru nak study. Jangan tunggu cikgu suruh baca baru nak baca. Kita mulakan dulu. Baru kita boleh maju berbanding orang lain. Analogi yang mudah, kalau dalam pertandingan lumba lari, orang lain semua tunggu pengadil tembak (atau tiup wisel @ cakap GO), baru diorang start lari kan. Tapi, kita dah start lari dah walaupun pengadil tak cakap apa2 pun lagi. Kan dah ada advantage ;)

6 comments:

Jamil said...

Tak boleh dibiarkan ni. Aku kena betulkan analogi ko pecok. Kalau ko lari dulu sebelum pengadil tembak, bukan dapat advantage...kena penalti ada la:P

Tapi betul cakap abang tu, wit. Sebelum orang lain suruh buat, kita buat dulu (nasihat yang sama ditujukan pada si abang dan sahabatnya yang komen ini)

Faiz Shukri said...

Baiklah, nampaknya kena edit sikit lah analogi ni.

okay, macam ni wit. Sebelum pengadil tembak, wit tembak dulu menggunakan pistol mainan yang wit bwk dari rumah =D lepas tu baru lari ;p

Disclaimer: nasihat yang sama ditujukan kepada kawan si abang sahaja. Si abang tak diinclude.

Jamil said...

Kalau macam tu, kawan si abang ni hanya ada satu lagi nasihat yang ingin diberi: berhenti la peningkan kepala wit tu dengan analogi2 yang pelik. Nanti tak pasal2 dia tembak pengadil pastu lari (kes salah faham la ni)

aen_aisyah said...

heh.cm debat bm.hujah.explain.analogi.hu

pulasan007 said...

bkn nt false start ke kalo lari dulu...nt kn wat len lak lumba lari tu...x ke bodoh namanye.tgu je la die tembak dulu.baru la adil.ape ni.hehehe.lawok je

Faiz Shukri said...

ni aku insaf nak bagi analogi ni huhu