Wednesday, May 7, 2008

Saat aku lanjut usia

"Saat aku lanjut usia"

Dengarkan lagu ini daripada Sheila On 7.

Bila dengar je lagu ni, memang rasa terharu pun ada =] Terfikir jugak macam mana la agaknya bila dah tua nanti....bila anak2 dah besar....bila rupa dah tak seseksi dulu (walaupun tidak pernah seksi in the 1st place haha)... Bak kata ibu tercinta, bila dah dapat anugerah PJK (Perut Jauh Kehadapan). Adakah cinta masih sekukuh dulu? adakah rindu masih ada? Itulah yang perlu kita renungkan bersama terutamanya bagi kawan-kawan yang sudah berumah tangga.

Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Muda dan "hensem" atau cantik tu pun hanya sementara =] harta dan wang ringgit pun hanya sementara =] yang kekal abadi hanyalah Allah swt, Tuhan Yang Maha Agung. Jadi pastikan dalam bercinta sebagai suami isteri, niatkan lah ia kerana Allah, nescaya cinta itu akan berkekalan dunia akhirat InsyaAllah =]

Jadikan Cinta kepada Allah sebagai cinta yang satu. InsyaAllah, kita cuba bersama =]








No comments: