Wednesday, May 7, 2008

Takwa.....

"Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu sama yang lain). Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Indah sangat-sangat bila kita hayati ayat ini. Betapa kemuliaan di sisi Allah itu diukur pada ketakwaan kita padaNya. Bukan pada rupa paras, harta benda, pangkat, kaum, bangsa dan sebagainya.

Andaikata kemuliaan itu diukur pada sihat dan cantiknya tubuh badan, maka tak adil bagi mereka yang huduh ataupun cacat.

Andaikata kemuliaan diukur pada kekayaan, maka tak adil pula bagi mereka yang miskin.

Andaikata kemuliaan itu diukur pada tingginya pangkat dan darjat seseorang, maka tidak adil bagi mereka yang berpangkat rendah dan golongan kebanyakan.

Kerana itulah, Allah memuliakan hamba-hambaNya berdasarkan ketakwaan mereka padaNya, kerana takwa itu mampu dicapai oleh sesiapa sahaja yang berusaha mencari keredhaan Allah, insyaAllah =] Yang penting, jangan sesekali kita berbangga dengan nikmat dunia yang kita miliki, kerana semuanya datang daripada Allah, sebagai pinjaman dan amanah kepada kita.

Terlampau banyak pengajaran boleh kita ambil daripada ayat ini, yang boleh kita hayati bersama. Inilah keindahan Al-Quran =] Sama-samalah kita renungkan.

No comments: