Wednesday, May 7, 2008

Dari mimbar Jumaat....

Suram

Saya ada terbaca satu artikel yang menarik dalam Wasilah, tentang betapa lesunya khutbah Jumaat kita di Malaysia akhir-akhir ini. Entahlah di mana silapnya, khutbah Jumaat sekarang dah tak macam dulu. Lesu dan kadang-kadang, topik yang dibincangkan juga kurang relevan. Bila khutbah lesu, yang jadi masalahnya ialah pada mereka yang macam saya ni. Selalu tertidur semasa khutbah.

Teringat masa kat sekolah dulu, Ustaz Wan Akashah lah yang selalu bagi khutbah. Saya suka sangat bila ustaz yang bagi khutbah. Sebab ustaz tak suka ikut skrip yang dibekalkan. Dia cuma ambil intipati khutbah, dan huraikan sendiri dalam ayat yang lebih santai dan menarik.

Antara trademark ustaz,

"kepada cikgu-cikgi, muda-mudi, remaja-remaji......."

Kami jemaah yang tengah dengar ni pun kadang-kadang nak tergelak. Tapi, rasa serba-salah la jugak nak gelak sebab tengah khutbah Jumaat. Apa2pun, yang penting mata kami celik, dan yang lebih penting, minda kami masih sedar untuk digest apa-apa yang patut. Pokok pangkalnya, presentation khutbah juga penting. Suara perlulah lantang dan bersemangat. Dan intipati biarlah kena. Berbincang tentang isu semasa tak salah, tapi biarlah isu itu isu yang besar dan bermanfaat, yang sememangnya perlu disampaikan demi kemaslahatan umat Islam bersama. Ini barulah khutbah Jumaat yang sebenar!

p/s: Saya pernah juga tertidur masa khutbah ustaz. Saya rasa ini memang salah saya, bukan salah khutbah!

p/s: Selaku orang yang selalu tertidur semasa khutbah, saya bukanlah orang yang layak untuk menegur tentang kelesuan khutbah. Cuma sekadar berkongsi untuk renungan dan iktibar bersama. Wallahu'alam.

No comments: