Wednesday, May 7, 2008

Nikmat bertudung

Kan cantik bila bertudung =]

Bertudung? Kenapa perlu bertudung?
Adakah kerana adat melayu? Ataupun adakah kita bertudung sebab mak ayah suruh kita bertudung? Ke sebab memang bertudung ni dah jadi sebahagian daripada "dressing code" kita di universiti, kolej dan sebagainya?

Andaikata bertudung itu sebagai adat melayu, kenapa wanita-wanita kaum lain, yang jugak muslimah, memakai tudung? =]

Andaikata bertudung tu kerana mak ayah yang suruh, bila mak ayah dah meninggal, tudung boleh dibuka ke? =]

Dan andaikata bertudung itu sebahagian daripada peraturan kolej/universiti, adakah apabila kita graduate, ataupun tak berada dalam kawasan universiti, tudung dah bukan lagi satu kewajipan? =]

Em, jadi, sebab itulah penting untuk kita tahu bahawa bertudung (yakni menutup aurat) itu sememangnya WAJIB kepada semua wanita muslim, yang sudah baligh kerana ini adalah perintah Allah =]

Jadi kenapa ramai lagi yang tak bertudung?
Kalau alasannya adalah rimas, tak selesa, saya rasa ramai je muslimah-muslimah yang mampu bertudung. Bahagia je diorang, takde masalah pun =]

Kalau nak kata nanti nampak tak cantik, secara jujurnya, pada saya Maya Karin lebih cantik dan ayu dalam gambar dia bertudung pada iklan-iklan celcom di Kelantan berbanding gambar-gambar tidak bertudung yang lain =]

Jadi, memang tak ada alasan pun sebenarnya untuk kita tidak bertudung. Yang paling penting ialah berusaha untuk bertudung. Pakai sekali mungkin tak selesa untuk yang belum biasa, tapi itu tak bermakna kita tak payah pakai lansung. Kena terus, dan terus mencuba. Perintah Allah tetap wajib untuk ditunaikan.

Betulkan niat, insyaAllah Allah akan permudahkan...amin =]


Umat Islam kat negara lain, nak bertudung pun banyak cabaran. Tapi mereka tetap bertudung. Tapi, negara kita yang aman damai ni, ramai pulak wanita Islam yang tak bertudung kan? =]
Renung-renungkan lah.

No comments: