Friday, May 9, 2008

Selingan

Selingan.

Dah terasa macam blog politik la plak huhu. Rehatkan minda la kejap iye dak ;)

Ada satu lawak yang saya jumpa dalam majalah Rapi edisi Mac 2008 (kenapa saya baca Rapi?) :

Cara-cara nak cover malu:

  1. kalau tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. bila sudah tiada yang nampak, barulah anda bangun.
  2. kalau terjatuh basikal: cpt2 naik basikal anda semula dan buat2 jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sengaja buat lawak.
  3. kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  4. kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dgn suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin dengan kebersihan.
  5. kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2 "oi apa ni tolak2 orang?" walaupun tiada orang di belakang anda.
  6. kalau terjatuh di depan perhentian bas: terus buat2 pengsan sehingga ada orang yang membantu anda. kalau tak ada yang membantu, baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun lagi yang tinggal di perhentian bas itu. inilah masa yang paling tepat untuk anda bangun semula.
  7. kalau jatuh tergelincir di lantai licin: tariklah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda seorang saja yang dapat malu. ye tak?

6 comments:

Jamil said...

Camner nak cover malu kalau permintaan macbook dibalas dengan jelingan yang membawa seribu satu makna?

Faiz Shukri said...

1. Jeling balik dengan penuh makna.
2. Berpura2 bahawa macbook tak berbeza mana dengan mcflurry.
3. Pakai spek hitam dengan segera.

pycnogenol said...

Bagaimana pula kalau jatuh cinta?

Saya ingin kedua2 Jamil dan Faiz menjawabnya!! ;)

Jangan pula buat pura-pura gila...he...he..

Faiz Shukri said...

Jatuh cinta dan ditolak ke?

Sebab jatuh cinta tak memalukan kan ;)

pycnogenol said...

Ha..ah..jatuh cinta dan tertolak CINTA nya. Apa nak buat?

Kalau nak pura-pura kata cuma berlakon, kan nanti dijawab nya:..hek eleh....kalau dah jatuh cinta tu, mengaku aje lah....but sorry, you're 25 minutes too late!!

Ha, apa nak buat agak nya, untuk mengelakkan 'kemaluan'??? ;)

Faiz Shukri said...

Senang je hehe..kita ambik contoh Fais dan Jamilah (kedua2nya bukan nama sebenar):

F: Jamilah, saya suka kat awak.
J: Ee..apa ni..tak malu betul..saya tak suka lah orang tak ensem cam awak.
F: Jap2, awak Jamilah bt Baharudin ke?
J: Tak, saya Jamilah bt Shukri
F: Oh, sori saya silap orang. Saya suka kat Jamilah Baharudin, bukan awak. Maaf ye. Dan jangan perasan.