Wednesday, May 21, 2008

Kerajaan vs Swasta

Bekerjalah dengan ikhlas. Biar apapun pekerjaan kita - jangan lupa, semua itu adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita.

Pernah jugak saya berborak pasal bakal kerja saya ni - dengan kawan2, dengan mak ayah, dan dengan adik beradik. Nak kerja dengan kerajaan ke atau dengan swasta? Sebelum ni, tak pernah pun sebenarnya saya terlintas nak kerja dengan hospital swasta. Saya ada satu mindset yang saya nak bekerja dengan kerajaan, sebab saya nak tolong rakyat. Sebab duit biasiswa yang saya dapat ni pun adalah duit rakyat.

Cuma bila saya fikir balik, pesakit hospital swasta pun rakyat juga. Dan kalau ikutkan dari segi percentage cukai yang dibayar, mungkin mereka yang di hospital swasta ini lebih banyak membayar cukai, sebab gaji mereka lebih tinggi. Jadi, duit rakyat pun duit mereka juga. Lebih2 lagi, sekarang ni kita ada macam2 insuran perubatan. Jadi, bukan orang kaya saje yang pergi ke hospital swasta, mereka dari golongan pertengahan pun mungkin dah ramai yang pilih hospital swasta.

Tapi, biarlah macam mana pun, saya rasa saya akan kerja dengan kerajaan jugak nanti. Jiwa saya lebih dekat dengan "doktor kerajaan" berbanding "doktor swasta". Jangan salah faham. Saya tidak prejudis kepada doktor swasta. Cuma, saya lebih selesa bergaul dengan pesakit2 dari golongan mereka yang miskin dan orang2 kampung. Sebab jiwa saya jiwa kampung. Saya tak rasa mereka ini mampu ke hospital swasta. Biarpun gaji mereka sikit, biarpun sumbangan mereka melalui tax tak banyak, tapi, mereka juga banyak berjasa. Petani, pesawah, dan nelayan semuanya berjasa besar kepada negara.

Pada saya, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta, kedua2 nya sama je. Bergantung pada niat kita. Kalau kita bekerja ikhlas kerana Allah s.w.t. - duduklah kat mana2 pun insyaAllah berkat. Kalau bekerja di swasta sebab faktor duit yang jadi keutamaan- memang tak elok. Kalau kerja dengan kerajaan, tapi buat kerja macam melepaskan batuk di tangga - itu pun tak elok. Jadi, samada kerja di hospital kerajaan ataupun swasta, yang penting lakukan yang terbaik untuk merawat pesakit demi mendapat keredhaan Allah s.w.t. Itu yang paling penting.

p/s: Saya pernah bergurau dengan kawan saya; "jomlah masuk swasta, boleh kita join perhimpunan haram". Nampaknya, saya kena lebih berani sertai aktiviti politik - walaupun dengan nametag pegawai kerajaan ;)

4 comments:

Jamil said...

Haha...bukan masalah kerja di hospital swasta atau kerajaan kalau ko nak join perhimpunan haram. Aku takut takde masa je sebab sibuk ngan pesakit.

Atau, boleh je join perhimpunan haram...sebagai doctor-on-call :P

Faiz Shukri said...

Masa muda2 tak sempat la kot. Kena tunggu tua2 sket ;D

Letting the time pass me by said...

Kerja kena amanah... sebab tu saya kini kerja kompeni sendiri..

Harap-harap takla sampai tak amanah dengan masa dan tanggungjawab... Ramai kalangan kita kekadang tak perasan bab amanah nie... susah nak jaga..

Eokla kalau nak bergaul dengan orang miskin... Nak tolong orang miskin..

Kerja kena ikhlas...

Faiz Shukri said...

Saya cuba yg termampu insyaAllah. Betul, sebab tu kerja sendiri lebih berkat. sebab kita dpt jga sendiri sumber dia, dan insyaAllah bila kita bos, takdelah kita curi tulang @ mkn gaji buta..mintak dijauhkan..