Monday, May 19, 2008

Iklan dan dakwah

Haritu, masa saya tengah drive balik dari Beris dengan Ma, Ma ternampak iklan billboard yang baru dekat cabang empat Binjai.

"kan lawa Vaneeda pakai tudung" kata Ma.

"Em, bertambah lawa bila pakai tudung" saya mengiakan. "itulah, kenapa la Kerajaan Pusat taknak implementkan iklan macam ni (menutup aurat)...padahal bukan payah pun..kata kita negara Islam"

"itulah...Ma pun tak faham" keluh Ma.

Sedih. Memang sedih. Sebab suasana macam ni saya hanya mampu rasa di Kelantan je. Itu pun mujur saya tinggal di Kelantan. Kalau orang negeri lain, mungkin tak pernah pun tengok Maya dan Vaneeda bertudung dalam iklan.

Payah sangat ke nak laksanakan undang2 mewajibkan iklan menutup aurat? Pada saya, benda ni tak payah. Kalau Kelantan pun boleh buat, takkan lah Kerajaan Pusat tak boleh. Takkanlah anak lagi hebat dan lagi bijak berbanding bapak kan? Persoalannya, sama ada kita hendak buat ataupun tidak. Itu je. Sebab kes dia adalah hendak ke tak hendak. Bukan boleh ke tak boleh. Sebab kalau boleh ke tak boleh - jawapannya pasti dan pasti boleh, insyaAllah. Saya tak nampak pun sebarang bentuk kerugian jika kita melaksanakan konsep iklan begini - baik kepada syarikat yang mengiklankan produk tersebut, ataupun kepada target market. Malah, ia membawa kebaikan kerana iklan2 sebegini lebih berakhlak dan bermoral berbanding iklan2 yang tidak menutup aurat dan berpakaian seksi.

Saranan saya, jangan menilai perkara begini dalam aspek komersial je. Ini pun salah satu bentuk dakwah kan :) kalau kita boleh dapat kedua2 dakwah dan nilai komersial, why not go for it kan? Cuba kita nilai situasi ini:

"Eh, lawa jugak kan Vaneeda pakai tudung...nampak makin ayu. Kalau macam ni aku pun nak cuba pakai tudung la"

"cantik betul aku tengok Maya Karin ni bila dia pakai tudung. Satu hari nanti, aku pun nak cari isteri yang macam ni lah...yang tutup aurat"

Dan kita jangan lupa, aurat bukan di kepala sahaja. Semua aurat wajib ditutup oleh semua Muslimin dan Muslimat. Fahami konsep aurat, dan tutuplah semuanya, seperti yang Allah s.w.t. perintahkan. Wallahu'alam.

4 comments:

Jamil said...

Aku rasa sebab orang ada pemikiran "Ala...itu Kelantan, memang la boleh buat macam tu". Mungkin mereka ni lihat Kelantan sebagai satu entiti yang berbeza daripada Malaysia. Kenapa macam tu?

Faiz Shukri said...

Itu yang silap tu. Patutnya, diorang buat mind set macam ni "ala...ko igt ko sorang je ke boleh buat macam tu wahai kelantan..kitorang pun boleh la" kata kerajaan malaysia.

Tapi, kena buat betul la. Jgn cakap "boleh buat" je. Iye dak?

aen_aisyah said...

btol2.
tp lau sume owg pk cm a.faez pk,da probability kot.hu.
em.kna da "KESEDARAN" la tu sume nye.

Faiz Shukri said...

Kena sedar dan jugak buat2 sedar. Takmau sedar tapi buat2 tak sedar ;) iye dak?