Friday, May 9, 2008

Isu karpal

Petang tadi, ma tanya pendapat saya pasal isu Karpal.

"Tok tahu jugak iz ma...iz pun tak abis baca lagi....nok keno baca sumo dulu baru boleh bagi komen.." jawab saya.

Sejujurnya, memang saya agak "lost" tadi bila ma ajukan soalan macam tu. Saya memang ada terbaca sikit pasal isu karpal ni. Siap keluar muka depan surat khabar lagi..melayu marahlah..nak buat laporan polislah..dan macam2 lagi. Dalam internet, 2 hari lepas dah keluar kalau tak silap. Memang ni bukan kali pertama pun Karpal buat kenyataan2 kontroversi macam ni. Kali ni yang kena Sultan Azlan Shah. Sebelum ni YDP Agong dah kena. Tengku Mahkota Kelantan pun pernah kena.

Cuma, setakat petang tadi, kebanyakan yang saya baca adalah sumber daripada akhbar arus perdana - sebab tu tak berani nak komen lagi.

Bila balik rumah, saya jenguk2 lah sikit internet. Tengok pasal isu karpal ni. Memang banyak dah pun blogger, website yang komen pasal ni. Bila dinilai, ada 2 kemungkinan pasal isu ni:

  1. boleh jadi media sengaja besar2kan isu ni dengan kaitkan ke"biadapan" karpal terhadap institusi kesultanan dengan kemarahan kaum melayu
  2. memang karpal sendiri yang tak @ kurang sensitif dengan isu ini
Pada saya, memang karpal agak kurang sensitif bila membuat kenyataan yang sebegitu. Iya, memang dia melihat daripada perspektif undang-undang, dan kita tak nafikan yang dia arif dengan undang2 sebab ni memang bidang dia. Cuma, saya rasa dia sepatutnya lebih berhati-hati bila bercakap.

"Kamu kena sedar kamu tu pembangkang karpal oi....."

Itu yang saya akan cakap kalau saya ketua pembangkang (malangnya saya bukan). Dia kena sedar, apa yang keluar dari mulut pembangkang ni selalunya akan diperbesarkan bila keluar kat media perdana. Benda kecik boleh jadi besar. Benda yang tak isu pun, boleh jadi isu. Sebab tu, pembangkang bercakap kena pandai berlapik terutama bila melibatkan isu yang sensitif macam ni.

Cuma yang lucunya, bila kita tengok balik pasal isu kebiadapan terhadap istana ni, orang umno sendiri pun pernah buat sebelum ni kat Terengganu, dekat Perlis semasa campurtangan pihak istana dalam pemilihan MB. Tagline seperti "Kami nak Idris, natang" memang obviously biadap pun. Tapi, sekarang yang duk marah kat karpal pun kebanyakannnya orang Umno. Sebab tu saya kata lucu. Mungkin betul jugak memang media agak membesar2kan perkara ni. Sebab masa orang Umno buat demonstrasi kepada pihak istana selepas PRU haritu, takde pulak saya rasa ada yang nak saman orang umno, takpun dakwa di bawah akta hasutan. Biadap tetap biadap. Takkan bila orang bukan melayu yang buat je kita nak kata biadap iye dak? Mungkin sebab karpal buat kenyataan kat Parlimen, jadi senanglah sikit dia kantoi.

Institusi kesultanan memang perlu dihormati sebagai rakyat Malaysia. Saya pun pernah rasa tak puas hati dengan institusi kesultanan ni. Tapi bila pensyarah saya terangkan balik tentang fungsi Agong dan Sultan, baru saya faham. Sebab Agong berfungsi sebagai ketua agama Islam, dan juga lambang perpaduan. Orang melayu ke, orang cina ke, orang india ke, semuanya menghormati Agong/Sultan sebagai ketua negara. Bila ada isu yang melibatkan perbezaan ideologi politik, sekurang-kurangnya Agong/Sultan boleh jadi orang tengah, sebagai pihak yang neutral. Ini penting untuk menjaga perpaduan.

Hormat-menghormati antara kaum sangat penting. Selagi tak ada orang yang api-apikan isu perkauman, saya tak rasa kenyataan karpal tu perlu dilayan sangat. Paling taknak pun buat tak tahu je. Tapi, yang lebih baik ialah dengan memberi penjelasan yang rasional terhadap kenyataan karpal tu. Kita profesional, jadi kita jawab dengan profesional.

Takkanlah kalau ada orang cubit kita, kita terus nak lempang kot. Cubit jelah dia balik. Cubit yang ada makna. Bukan cubit sebab geram atau marah.

5 comments:

Jamil said...

Seperti masa mak tersayang cubit aku ketika kecil dahulu kerana tersalah baca time mengaji. Tapi ada juga bercampur rasa geram dan marah kot?

Hmm..memang betul apa2 sahaja yang keluar dari mulut pembangkang akan dijadikan isu, tapi kalau orang kerajaan yang buat, senyap sunyi je. Rasanya, takde lak pernah aku jumpa artikel pasal "Kami nak Idris, natang" dalam media perdana.

Double standard? Sememangnya.

Faiz Shukri said...

Memang takde pun dalam media perdana. Kena check dalam internet kalu nak tengok. Payah sebenarnya nak cari sumber yang betul2 neutral. akhbar kerajaan (um, bh, etc) akan lebih berat kat kerajaan. akhbar pembangkang pun kita kena tapis. ada yang betul, tapi ada jgk yang kita kena recheck balik. samalah jugak dengan akhbar krjn.

kesimpulannya, bacalah dua2. nilailah sendiri sumber mana yang lebih byk "benar berbanding fitnah". Jgn kita pulak yang bias udahlah ;)

Faiz Shukri said...

Pembetulan:

Pasal "kami nak deris, natang" tu ada keluar dalam utusan malaysia 30mac. Lelaki yang terlibat tu ditahan atas tuduhan menghasut.

pulasan007 said...

tp kan,aku rase cam nk sula gak si kapal tuh.hehe

Faiz Shukri said...

aku pun rasa camtu. memang dia patut ada sensitiviti lebih sket pun. cuma bukan dia sorang wat gini. ghani patail pun terang2 perjelaskan kuasa agong masa pemilihan mb ganu mengikut perspektif undang2. lebih kurang cam karpal jgk. cuma, karpal nak kena dakwa bwh akta hasutan, tp ghani tak pulak. tu yang kurang best tu. kena dua2 la.

patut, dua2 ckp blapik. jgn wat kenyataan tbuka iye dak? =D